17/3/2012 = Sabtu, subjek koko aku buat hari kokurikulum. Pagi-pagi lagi pukul 6 aku dah bangun, mandi siap. Aturcara kata pukul 7 start aerobik kat kompleks sukan. Tapi aku pergi kompleks sukan pukul 7.45. Tu pun kat kolej ada lagi orang tengah tunggu orang.
Sampai kat kompleks sukan, orang ramai still duk terkedek kedek berjalan lagi. Ramai lagi yang beratur panjang nak daftar kedatangan.
Ni muka-muka tengah daftar. Habis merempat kat kereta aku sebab cari pen.
Lepas daftar, boleh ambil roti dengan air mineral. Lepas tu boleh beratur buat senaman ringan. Laki and perempuan asing dari A to Z. Means aktiviti koko hari ni memang TAK bercampur laki lansung. Lega amat ..
Time ni baru ja dilepaskan untuk merentas Unisel. Orang depan semua lari. Yang belakang .. Siap peace yaw.
Laluan rentas. Boleh tahan la jauh dia. Ada 5 check point semua. Baru fikir nak mengelat ..
Sempat singgah fakulti aku lagi woi. Haha. Maka, jadi lah kami geng third paling last. Hehe.
Dekat tasik Unisel. Shah Alam punya kampus takda tasik-tasik bagai ni :p
Ramai yang dah sampai.
Sampai-sampai ja, terus cari borang. Aktiviti koko hari ni 25 % markah koko aku. Tu pasal la aku join ja even hati kata TAK NAK.
Muka-muka 25 %. InsyaAllah, semuanya akan dapat A++.
Hak ni sure sure dah A++ :p
Gerai jualan. Kecik ja pun -.-'
Dalam pukul 10 aktiviti ni habis. Lepas tu kitorang boleh balik kolej dah. Tidur-tidur. Semalam tidur lambat gila kot sebab duk berlatih drama. Balik bilik ja terus pengsan.
Dalam pukul 12 tu aku bangun dah mandi siap. Lepas tu Erna dengan Emly datang mekap-mekap bagai.
Bab mekap-mekap ni memang selalu serah kat Erna.
Tengah-tengah mekap, orang lain bising sebab diorang dah tunggu lama. Terpaksa sambung mekap kat bilik tutorial plak.
Kat sini la kitorang berlatih drama for the whole 2 days. BT 9 :)
Mekap lama gila. Pukul 2 janji kena ada kat dewan, pukul 2 lebih baru kitorang pergi. Tu pun kena buat 5 trip untuk angkut sorang-sorang pergi dengan kereta. Takut mekap cair punya pasai. Jauh plak satu hal.
Lepas cabut undi, kitorang kena buat persembahan ke-8. Sementara nak naik pentas tu, rasa nervous nak mampos .. Even dewan tu bertutup and tak ada laki, tapi kemaluan dia tetap sama -..- *perh !
Aku jadi pari-pari -.-' Boleh bajet cute tak kat situ ? Ramai gila orang tegur aku hari ni. Haha. Tapi takda la plak yang nak mintak sain.
Ok, lepas habis drama, memang LEGA GILA ! Tak dapat digambarkan rasa lega tu macam mana. Haha. Lega .. Lega .. Habis-habis tu ja, terus aku dengan 4 others balik rumah, solat. Pukul 4 petang lebih dah kot. Lepas solat zohor, terus azan asar -..- Mama tau mesti kena marah.
Lepas solat, patah balik pergi kompleks sukan, tapi acara dah habis. Then terus pergi warung, makan. Lapar gila kot. Rasa nak makan ja meja kerusi tu dulu as pelapik perut. Lapar punya masalah ..
Tak habis kat sini, malam tu pukul 8.45 kena pergi masjid plak. SEMUA wajib. Ni yang aku hot ! Semua orang termasuk India, Cina, kena pergi masjid. Apa kejadah. Memang la diorang wajibkan benda tu sebab nak suruh kitorang ( ISLAM ) dengar forum. Tapi apa kes plak nak suruh India, Cina dengar ceramah agama orang lain. Diorang ( India, Cina ) tunggu dekat masjid dari pukul 8.30 malam tau. Pukul 11.45 macam tu baru penyampaian hadiah dalam masjid tu start. Apa kejadah ? Kesian India Cina ni semua woi. Semuanya semata-mata untuk 25 % markah koko. What the tolol ??
No comments:
Post a Comment