Tadi masa nak pergi ambil hubby kat hotel, boleh plak aku sesat. Lepas tu bebel marah kat hubby sorang-sorang dalam kereta masa on the way nak pergi jemput tu :p
Hubby stay kat hotel for the whole 2 weeks ni. Syarikat tempat kerja hubby yang sponsor. Sakan la dia malam-malam tidur sorang dalam hotel tu. Nasib baik kawalan hotel tu ketat. Nasib baik sangat ! Haha. Tambah-tambah hotel tu depan ibu pejabat polis yang gedabak besar tu. Lagi la nasib baik ! Hewhew. Perjalanan nak jemput hubby suppose to be 1 hour ja kalau ikut GPS Papago mama come -.-' tetiba jadi sejam setengah.
Aku bertolak tadi pukul 8.30 sampai kat hubby around 10 pagi macam tu. Serious cakap, aku panas dalam kereta tadi sebab sesat. Tapi lepas nampak hubby, cair weyh :p Hubby potong rambut semalam. So hari ni nampak rumbut baru. Bau kedai pun ada lagi. Haha. Nak lagi tepat, bau mamak kedai gunting rambut. Hik hik.
Sampai 1 Utama (OU) tadi terus cari panggung. Mula-mula tu hubby nak tengok Man In Black, tapi aku bangkang. Dasar pembangkang :p Sebab cerita ni dah lama sangat kat panggung. Tak best dah. Tak boleh nak belagak ngan Kak Lita. Haha. Masa nak beli tiket tu, tetiba sis tu kata movie tu takda seat couple. Dan-dan hubby tukar Vampire Hunter. Fuhh ! :D
2 tikets, 1 seat couple, 11.30 am
Masa tengok cerita ni kan, hubby merungut sebab dia pening kepala. Dia kata dia pening tengok cerita ni. Sebab dia nampak rupa watak dalam cerita ni semua sama ja. Dia tak reti beza. Hehe. Nak buat macam mana, dah awek dia suka tengok cerita seram old school cetu :p
And masa tengok wayang tu kan, hubby dengar perut aku bunyi. Hahaha. kantoi la aku tak makan dari tengah hari kemarin. Semuanya sebab Seoul Garden ni. Hubby dah janji nak belanja makan hari ni. So harus la kikis sampai tulang. Ngee ~
Hubby bayar RM 72 ++ termasuk bayar service RM 6.00. Daa -..-"
Ini baru 1/20 kot anggaran yang kitorang makan hari ni.
Secara overall-nya, kitorang menginap kat Seoul Garden ni selama 3 jam lebih ye kanak-kanak :) Ni baru la puas and berbaloi orang kata. Makan sampai cirit la. Hahaha. Bukan buat lawak. Memang aku cirit betul-betul lepas keluar kedai tu. Damn ! Hubby lagi best. Masa tengah makan tu, dia pergi toilet. Dekat setengah jam dia kat toilet. Lepas dia balik dari toilet tu, dia makan lagi. Haha. Lepas tu keluar kedai sambil jalan tonggek-tonggek sebab sengkak. Dia kata cekang perut. Haha. Rugi tak rakam :p
Mana la hubby tak sengkak. Aku goreng ayam aku, tengok-tengok dah hilang. Hahaha :p
Benda ni sampai dah malas nak hidup la. Jam terakhir tu kitorang dah tak layan dah benda alah ni. Malas. Too oily. *Muntah T.T
Lepas makan ni, kalau ikutkan hati hubby, nak aku balik ja. Tapi aku nak sangat tengok cerita Brave ni. Kalau nak tunggu cerita yang takda D keluar, memang lambat la. So better aku tengok hari ni. Boleh gak aku tengok dengan hubby :)
Lepas pujuk-pujuk, hubby sanggup gak nak bagi aku balik malam. Tu pun sebab separuh jalan nanti Erna akan teman aku balik :)
Pukul 5.50 petang tu kitorang layan second movie. The Brave 3D :)
Habis cerita ni, sempat lagi pusing OU cari pavlova. Tapi result dia sama ja macam masa aku datang cari dengan Kak Lita and Tira dulu. Dah habis T.T
Sebagai ganti, hubby beli Famous Amos :D
Lepas hantar hubby balik hotel tanpa singgah meneman secara rela dan gatai merenyam, aku pun balik Unisel dengan berat hatinya. Haha :p
No comments:
Post a Comment