Sunday, June 17, 2012

Cumi, a kitten

15 JUN 2012 ( Jumaat )

Tira ajar aku, nak toilet trained Cumi, kena kurung dia dalam toilet sepanjang malam for a week. So semalam aku kurung dia dalam toilet tapi dia  kacau aku tidur. Dia punya jerit tu boleh lanjut sepanjang malam. Kesian aku tak khusyuk tidur. Start lepas Subuh sampai la pagi esok aku tak tidur. Mengantuk gila hoi.

Tengah hari tu aku keluar dengan Kak Lita and Tira. Pergi The Curve. Masa aku nak keluar tu aku kurung Cumi dalam toilet siap-siap sebab takut dia berak kencing bersepah. 

Sampai The Curve, kitorang tengok cerita Madagascar 3 pukul 3.15 petang. Penat gelak kot. Hehe. Tira lagi la kuat gelak. Tak boleh blah btol cerita ni. Hehe.




Aku suka klimaks dia. Rasa happy semacam. Gila.. Haha. Aku suka happy ending :) Masa dia menari-nari dalam sarkas tu best.


Lepas tengok wayang, kitorang pergi IKEA makan meatball. Kak Lita yang kempunan sangat. Dari sem 1 lagi dia ajak. Kesian T.T Kitorang order meatball 20, chicken wings 10 and pasta. Gila kebulur -.-'




Habis makan, kitorang pergi 1 Utama. Masa tu pun dah pukul 8 malam. Aku dah craving gila nak makan pavlova. Bila sampai sana aku cari kedai Delicious. Masuk-masuk situ, bro tu kata pavlova dah habis. Damn T.T

Hari ni balik pukul 10 malam. Gila lewat. Hehe. Ingat tu nak pergi makan burger bakar je kat Wangsa Maju, tapi sebab dah penat sangat and risau Cumi terkurung lama dalam toilet tu, so aku dengan Kak Lita balik lepas tinggalkan Tira kat RapidKL Kelana Jaya.

Sampai kat Unisel dah pukul 11 lebih. Masuk ja rumah, terus aku buka pintu toilet. Kesian gila kat Cumi. Tapi malam ni aku nampak something :) Cumi dah pandai masuk toilet sendiri bila rasa nak kencing/berak sebab masa dia main-main kat ruang tamu, dia sendiri yang lari masuk toilet and kencing :) Start malam tu, terus aku tak kurung Cumi dalam toilet dah. Dah tak payah toilet train dah :) Aku perlukan 2 malam ja untuk toilet train Cumi. Hebak nyah ..

****************************************

Hari ni aku beli barang Cumi ja semua :)




Ni rantai leher Cumi. Rantai ni aku beli last week kat expo kat Dewan Biru. Harga dia RM10.00 termasuk loceng beli asing kat pet shop.




Ni ubat sapu. Ni Tira punya. Hehe. Saja nak semakkan kat sini jugak ^.^ Harga dia RM14.00




Ni perfume. Wangi gila :D Beli kat petshop. Harga dia RM11.90 :)




Ni mainan Cumi :D Boleh main tendang-tendang. Harga dia RM5.00




Cumi nak ajar tutorial jap :)




Sebab Cumi suka tangkap ekor sendiri, so mainan ni memang sesuai sangat ! :) Harga dia RM5.50




Ni mangkuk makan Cumi yang aku beli tadi. Harga dia RM5.00 ja :) Yang lembik-lembik tu Whiskas wet food for kitten. Aku beli sebab Cumi jarang makan. Aku tengok dia tak makan, aku stress. Stress gila. So aku beli satu pek wet food ni nak try. Tengok-tengok dia makan. Boleh bayang tak rasa bahagia tu macam mana ?? :)




Ni mangkuk Tira. Dia bagi aku pinjam sebelum aku beli mangkuk sendiri :) 




Ni bola loceng. Aku pinjam ni dari Tira. Tira beli kat pet shop Rawang harga RM3.00.


************************************

Sekarang ni aku tak kurung Cumi dalam toilet dah. So malam-malam dia bebas nak main ikut suka hati mak bapak dia. Hari ni Kak Lita kata Cumi patahkan kipas laptop Nana T.T Lepas tu dia buat muka tak bersalah. Hohoi.. Mampus aku nak kena ganti :(

Dah la tikar Piku pun habis berbulu sebab Cumi test tajamkan kuku. Homaigad T.T



No comments: