Entry dating takda gambar T.T
Aku dengan adik balik Kedah hari Khamis lepas. Lepas habis kelas ja, terus aku drive balik Kedah 4 jam setengah. Pukul 3 petang bertolak, 7.30 tu terpacak depan pagar rumah dah. Lepas-lepas turun kereta tu berderu anak-anak buah kemetot sambut. Boleh bayang tak perasaan kat situ ? Tak sabar nak jadi ibu weyh !! Tapi sentap sikit kat situ. Sebab diorang tanya (sambil tengok dalam kereta) "pak long wan mana ?" *Sedih dengan diri sendiri T.T
Hari Jumaat tu aku keluar dengan hubby. Siang tu hubby kerja. Petang tu pukul 6 kan hubby dah habis kerja. Kami jumpa minum-minum. Jadi macam orang baru bercinta plak. Segan gila kot masa aku face to face dengan hubby kali ni. Padahal dah dekat 14 tahun kot kitorang kenal -.-'
Aku mamun kot. Haha :p
****************************************
Esok tu kitorang pergi Karnival Kerjaya, Seberang jaya. Pukul 8.45 pagi lagi aku dah keluar rumah. Abang sepupu aku masa tu nak pergi kerja. Dia siap tanya lagi aku melawa pepagi buta ni nak merayap mana. Hik hik hik ........ -..-
Sepanjang jalan ni aku kira alert ja dengan ring tone sebab takut mama, abah, abang dah sampai Malaysia. Tapi tak T.T Ayah cu pun selang berapa minit ja kol. Mesti diorang kat sana dah bersiap nak pergi airport jumpa mama. Huhu.
Kat karnival ni hubby apply kerja. Dalam banyak-banyak yang hubby apply, satu company ja yang ajak b interview on the spot. Lain-lain semua guna ayat "nanti kalau kami rasa awak sesuai, kami call interview". Tak pun "nanti kalau ada kosong, kami call". Ciss... APTB.
Habis kat situ, kitorang singgah Sunway Seberang Jaya. Ni first time aku jejak sana. Hubby dah ber'time time' la :p
Hari ni merasa makan gaji first hubby. Hihi :D
Kitorang nak tengok cerita Madagaskar memula tu. Aku kan hantu katun. Tapi cancel sebab full. Nak tengok Bohsia, full. Nak tengok Snow White, full. Last-last tengok Prometheus. Masa beli tiket ni kitorang pakai tawakal je. Tak tau ni cerita apa, tak tau sinopsis apa, tak tau best ke tak. Lepas beli tiket, pergi makan. Cup cap cup cap kat food court tu, terus cari surau. Tapi manakah surau dia ??? Arrow ke kedai baju kott -..-"
Habis wayang terus balik. Elok sampai rumah ja, mama mesej kata dah sampai KLIA. Alhamdulillah :) And mama kata dah jumpa Ayah Cu kat airport tadi. Tu yang tak mesej Ayah Cu kata mama dah sampai tu. Ayah Cu lagi expert :p
************************************
AkuKata : Sepatutnya balik Kedah hari tu bawa balik atuk sama. Kesian atuk T.T
No comments:
Post a Comment