Monday, November 26, 2012

Industrial visit Ajinomoto

Assalamualaikum.. 


Cerita dah basi, but still kena upload. Even Picasa Album tu kata limit storage aku dah sampai, but aku still gigih nak upload jugak. So kena tunggu 2-3 days. Lately ni busy gila. Nak makan pun tak sempat. Sampai rasa sangat kurus *mata juling ke atas -..-

Last week aku pergi melawat kilang dengan semua classmate aku. Ada la dalam 40 orang lebih semuanya. Disebabkan kitorang ni malas nak buat baju korporat, so pakaian kali ni bertemakan "suka hati korang lah". Sangat buruk. Sumpah ! 

Ni first trip kitorang pergi dengan naik bas Unisel. Hopefully lepas ni kalau ada lagi trip, kitorang akan pakai baju korporat kitorang yang warna hitam hijau tu.

Dalam pukul 8.15 pagi kitorang dah berkumpul depan fakulti FasBio. Lecturer pun dah lama sampai. Tapi bas yang lambat sampai. 





Kilang Ajinomoto ni terletak kat Jalan Kuchai Lama. Not sure la ejaan tu betul ke salah. Malas nak check Google. Masa mula-mula sampai tu, ada la sesi pengenalan, talk-talk.. Lepas tu fill in the form dalam diorang punya questionnaire tu. 



Masa ni encik manager ni tunjuk pelan kilang diorang


Habis sesi talk-talk, kitorang semua pakat bersepah ambil gambar. Ada yang pergi merasa perasa pun ada. 



Eat while you can :)



Eat well live well



Giant Aji-no-moto





With Industrial Microbiology's lecturer. Miss Emi. Super duper cute and still single ;)



Classmates + lecturer + pembantu makmal Microbiology

Encik manager tu kata, lidah manusia ni sebenarnya ada tambahan deria rasa iaitu rasa daging. Thats why masa kita makan daging, ada satu rasa yang tak boleh disamakan dengan manis, pahit, masin or masam. So, rasa daging tu la yang ada dalam Ajinomoto. 

Dulu aku ingat, Ajinomoto ni just yang aji-no-moto merah putih tu ja.



Tapi sebenarnya Ajinomoto ni mengeluarkan banyak lagi produk lain.




Penutup majlis, kitorang ada jamuan ringan. Dapat makan Vono :) Macam tau-tau aku hantu Vono.





Ok, sedap :')


Next, ada kuiz. Sapa yang dapat jawab boleh dapat produk diorang for free. So kalau sapa yang dapat jawab banyak tu, banyak la diorang dapat.

Balik dari sini, kitorang pergi Shah Alam sebab nak tukar bas. Yang kitorang naik tadi tu bas lama. And sekarang naik bas baru :)

Paling tak best, lepas sampai Unisel ja petang tu, kitorang kena terus pergi kelas. Ok, i hate you. Bai.



No comments: