Assalamualaikum :)
Tiap tahun, kalau CNY je, mesti akan pergi vacation. Untung Malaysia ada banyak perayaan, sebab boleh pergi bercuti. Hehe. Tahun ni kitorang pilih Cameron Highland. Planning ni pun last minute sangat-sangat dah. Masa nak booked hotel and apartment tu, semua kata fully booked. Menyampah ! Dekat seminggu calling calling sana sini. Mesej pun dah bersepah hantar sampai tak fikir dah tempat tu cantik ke tidak, tempah je. Tapi semua habis. Sedih. Huhu. Sampai abah kata vacay ni tak jadi lah. Tapi last-last aku jumpa jugak apartment. Aku godek-godek blog. Then jumpa number kat blog Eyriqazz. Dia dapat apartment lily, 3 bilik. Aku dapat apartment Desa Anthurium, 2 bilik. Ok la tu dari takda lansung :)
Bila dapat kata putus je, abah terus bank in pakai maybank2u sebab takut owner tu bagi apartment tu kat orang lain.
So, 31 Januari hari tu, jadi la kitorang pergi Cameron :) Aku bertolak dari Unisel pukul 7.30 pagi, while family and sepupu aku bertolak dari Kedah pukul 6 pagi. Then kitorang bertembung kat tol Simpang Pulai. Dari sana, abang wan yang drive kereta aku. Dah ajak dah family ayah cu untuk ikut sama, tapi diorang tak nak sebab jalan confirm akan jem time CNY ni. Nak buat macam mana, ayah cu pun tengah busy T__T
First destination, Cameron Lavender. Nak masuk sini kena bayar tiket. RM 5 dewasa, RM 3 kanak-kanak. Orang lain semua tak nak masuk. Kak Chaq mabuk sampai muntah. Sama la dengan abang and atok. Huhu. Dah la jalan simpang banyak, pastu jem plak. So aku, adik and 2 anak sedara aku je masuk. Adik tu pun kena paksa masuk sebab dia cameraman. Haha.
Sumpah ramai
Lavender. Cantik :)
Cameraman curang. Aku plak yang kena banyak snap gambar dia -___-
See -___-
Ni anak sedara aku yang snap. Umur dia baru 8 tahun, tapi dah pandai main DSLR :)
Dalam ni ada banyak bahagian. Ada bahagian bunga lavender, bunga daisy, strawberi, lebah madu, cenderahati, cafe.
On the way ke bahagian strawberi :)
Strawberi kat sini self plucking. Petik sendiri, then pergi kaunter and timbang. Bayaran kena ikut berat. Nak petik strawberi pun ada cara dia. Bukan main petik je. Kalau tak tau, tanya. Jangan jadi bodoh sombong :) Tak tahu, bukan bermakna katak bawah tempurung. Sebab ilmu tu berbeza-beza mengikut manusia. Takkan ada manusia yang tahu serba serbi. Sebab dia bukan Allah :) Ilmu Allah kan seluas lautan, tapi ilmu manusia cuma setitik air ja. Ingat !
Kat exit.
Tempat ni tak sampai Brinchang lagi. So suhu dia tak berapa sejuk. Tapi angin sejuk tu still ada. Lately suhu kat Malaysia ni rata-rata sejuk. Perlis and Kedah pun sejuk.
Perjalanan nak masuk Brinchang ni jem gila. Dah la hari Jumaat. So, kat Brinchang tu sesak dengan kereta tepi jalan. Kan orang pergi solat, so kereta pun parking sepah la. Sementara nak check in apartment, mama and abah pergi beli sayur. Aku dengan cousin plak, tunggu abah dekat Petronas Brinchang. Then abah hantar kitorang pergi apartment, and abah pergi jumpa owner untuk dapatkan kunci kat Tanah Rata.
Apartment Desa Anthurium ni terletak antara Tanah Rata and Brinchang. Ni second time aku stay kat sini. Tapi blok and owner lain-lain.
Rest sementara abah dapatkan kunci
Masa check in ni pun ada story. Kitorang dapat kunci untuk 2 buah apartment. Kitorang ingat betul dah sebab kat resit bayaran memang dia tulis macam tu. First tu kitorang check in apartment 3 bilik. Ingatkan owner tu kasi bonus CNY ke apa, sebab hari tu called dia kata full. Dah punggah habis dah barang masuk rumah, then tetiba owner kata kitorang salah check in and dia pun salah tulis. Dia suruh kitorang pindah apartment 1 lagi and pulangkan kunci rumah tu kat guard -___-
Time tu abah memang mengamuk la sebab masing-masing dah penat. Barang pun dah habis punggah. Dah la barang banyak gila. Abah kata dia sanggup bayar lebih dari kena pindah rumah lain. Tapi mama tu lembut hati sangat. Mama suruh pindah je. So pindah la.
Check in rumah kedua, lega sikit dari rumah first sebab sini ground floor. Yang tadi third floor. Haha. Buat penat je marah-marah tadi. Dah la rumah ni lagi cantik, cuma bilik dia la ada 2.
Lepas check in ja, mama terus masak. Masing-masing memang penat, tapi mama relek je masak. Baik kan mama saya :)
Masing-masing lapar. Jimmy dengan Bella pun lapar. Hehe.
Masa ni dah pukul 3 lebih. Semua orang tak lunch lagi. Serious lapar. Huhu.
Lepas makan, yang lain semua tidur, kecuali aku, anak-anak sedara aku and mama abah. Diorang asyik ajak pergi main je. So pukul 5 tu kitorang pergi main. Mama abah tak sempat rehat pun -___-
With the smallest. 3 Tahun baru.
With the oldest. 8 tahun sudah.
Aku ada 3 adik beradik ja. And tak seorang pun yang kawin lagi. So ni bukan anak-anak sedara aku. Yang betulnya, anak-anak sedara sepupu. Diorang anak sepupu aku, tapi kitorang layan macam anak sedara sendiri sebab dari kecil lagi sepupu-sepupu aku dah macam adik beradik kandung. Tiap kali vacation, abah yang sponsor semua orang from top to toe. Family kitorang memang rapat macam ni :)
Bayangkan bila mama abah ada cucu sendiri nanti. Hehe :p
Memula main kat playground apartment ja. Tapi lepas tu abah bawa diorang pergi main kat playground Tanah Rata plak. Situ banyak gila game. Suhu time ni dah sejuk dah. Tak macam kat Cameron Lavender tadi. Time ni suhu dia 20 degree celcius.
Mama abah sembang je kat sini. Aku la yang terkejar-kejar kena kepung 3 orang tu. Dah la lari sana sini T__T Rasa macam kejar anak ayam.
Ambik kau. Sampai malam diorang main -___-
Lepas sini, abah bawa pergi pasar malam. Pasar malam sini takda jual barang basah pun. Dia ada sayur, buah, mafla, gloves, baju macam tu ja. Semuanya produk Cameron. Paling suka bila pergi Cameron, beli sayur la. Then balik goreng and makan panas-panas :) Tapi makanan panas kat sini tak lebih 5 minit pun. Kejap je dah sejuk macam ais. Stress.
Qaseh kena dukung sebab dia kecik gila. Bila dia berjalan tengah pasar tu, tenggelam dia. Haha. Kenek je :p
Kitorang tak lama pun dekat pasar ni sebab semua orang pakat penat. Budak-budak ni pun masuk kereta je terus pengsan. Sampaikan aku kena dukung sorang-sorang masuk rumah. Nasib baik ground floor je ...
Bersambung ....
No comments:
Post a Comment