Assalamualaikum :)
Mari update story laju-laju sebab hari ni super busy. Busy macam mak-mak dah ni. Kelmarin pergi Broga Hill. Pukul 3 pagi lagi aku dengan Aimi dah bangun mandi, bersiap. Tira plak liat gila nak bangun. Orang kejutkan dia, lagi dia tarik selimut tutup muka -___-" Dah la bila suruh mandi, dia kata tak nak mandi. Lepas tu dengan baju and seluar yang dia pakai tidur tu la dia pergi masuk kereta. Siap rembat selipar ntah sapa-sapa la sebab kasut lupa bawa. Hahaha.
Planning asal nak pergi 1 rumah la konon. Tapi sorang-sorang tarik diri. Ada yang boifren tak bagi pergi lah, ada yang nak balik kampung lah. Last-last tinggal aku, Tira, Aimi and hubby ja. Tu pun hubby hampir-hampir kena tinggal sebab bangun lambat. Dah 46 juta kali dah aku call. Ada dua fon, tapi dua-dua tak angkat. Hantar sms dengan whatsapp pun tak balas. Memang hampirrrrrrrr ditinggalkan sangat-sangat dah. Huhu.
Dari apartment hubby kat Batu Caves tu, ambil masa almost 1 hour jugak la untuk sampai Semenyih. Before panjat, kitorang stop solat subuh kat Petronas Semenyih. Sumpah ramai gila orang yang stop kat situ untuk solat. And most of them nak pergi panjat Broga.
Kitorang masuk parking kat ladang kelapa sawit. Per entry kena RM2.
Mine :)
Ladang ni super luas and kereta yang parking pun super banyak. Maybe sebab weekend kot. Sebab tu ramai nak mampos. Tapi meriah. Suka plak aku pergi panjat-panjat bukit ni. Hehe. Dah lama gila aku stop bersukan ni. Masa panjat ni, meriah gila jantung aku. Berpeluh sakan. Puas sangat ! :)
Ladies kalau nak panjat ni, pakai la baju dengan seluar yang tak seksi. Ada sesetengah tu aku tengok, dah la kena panjat cerun, pakai plak seluar nampak line seluar dalam. Tak best la. Ada setengah tu plak pakai baju warna cerah and jarang. Bila banjir peluh, nampak habis tali-tali kat dalam baju tu. Hm. Yang panjat ni macam-macam jenis manusia ada. Ada tua, ada pakcik makcik, ada baby, ada budak sekolah and RAMAI laki-laki.
Macam tak percaya ja berjaya panjat cerum curam. Haha. Nak naik sini aku tak set pun berapa minit. Tapi tak lama sangat pun sebab 1.7 KM je.
Hubby caring gila masa aktiviti ni. Tak cukup dengan banjir baju, rasa nak banjirkan mata plak. Hehe :p
Kitorang planning nak tengok sunrise. Tapi tak sempat sebab lepas subuh baru start panjat. So bila dah sampai atas tu, dah cerah dah. Nak kata sejuk sangat kat atas tu, takda la. Tapi tak panas la. Kalau pakai baju hitam pun still ok la.
Haha. Senget diorang ni sebenarnya :p
Semuanya kesayangan :) Tengok Tira. Panjat bukit pakai slipar ja woh ! Haha.
Ni masa nak turun cerun. Ada yang pakai tali ni sebab curam sangat. Tapi kitorang tak pakai tali. Gasak turun macam tu ja. Test kasut baru. Haha. Tapi kesian Tira la sebab dia pakai selipar.
Kitorang turun bila rasa matahari macam nak panas dah. Masa turun tu tak penat sangat. Tapi kena jaga-jaga la sebab takut tergelongsor. Sebab ramai dah yang buat tanah kat situ jadi papan gelongsor. Tergolek-golek. Nasib baik kotor seluar je. Kalau koyak, tak ke malu.
Pagi tadi tak nampak sangat suasana kat sini. Bila dah turun baru nampak. Banyak gila kereta.
Before balik, main belon yang beli kelmarin. Ingat nak bawa panjat Broga sekali, tapi tak jadi. Tengok, nak terbang pun dah segan. Tapi, ok la. Tengok muka-muka happy kat situ. Puas :)
Sampai-sampai ja kat kereta, baru sedar kata cermin tingkap driver tak tutup. Buka sampai habis plak tu. Nasib baik rezeki kitorang baik sebab takda barang hilang. Purse Aimi pun tak kena curi. Smart tag, TnG, Papago apa semua ada lagi. Syukur sangat sebab Allah still pelihara :) Next, cari makan. Lapar gila. Hubby bawa pergi Old Town White Coffee. Denga busuknya, selekehnya, kotornya, selamber je kitorang masuk order. Haha.
Kbai.
No comments:
Post a Comment