Thursday, March 30, 2017

Honeymoon 3 : Ipoh (day 2)

Assalamualaikum

Hari ni nak check out dah. Tapi sebelum check out tu kitorang pusing hotel dulu.



Ni kat dobi tingkat atas. Aku ada ambil gambar mesin basuh rasanya. Tak ingat dah sebab benda ni dah setahun lebih dah. Hehe. Mesin basuh dia jenis pintu didepan. Kena masukkan syiling, abru dia pusing. Rasanya sama je macam dobi lain. Lepas tu ada mesin pengering. Apa yang aku nampak, serbuk pencuci dengan pelembut kain diorang sediakan. 


Wallpaper diaπŸ’“



Dah check out, on the way nak balik Shah Alam tu kitorang singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Kellie's Castle ni dari jauh pun tengok dah seram dah. Bila masuk lagi lah seram. Tambah dengan tak ramai orang kat dalam tu. Tiket masuk : RM 5/pax.


Kisahnya istana ni dibina kat atas bukit sebab nak elak dari pemberontakan orang Melayu satu hari nanti. Jauh betul dia fikir. Rumah ni ada laluan rahsia dalam toilet di setiap bilik tidur diorang. Laluan tu akan tembus kat sebuah kuil. Yang misterinya istana ni sebab orang kata pernah jumpa Kellie dengan anak perempuan dia kat koridor istana ni.


Atas ni panas gila. Rasa macam kena panggang.


Koridor ni la diorang jumpa hantu tu.


Aku sebenarnya takut nak bergambar dalam istana ni. Taku kalau aku view balik gambar-gambar tu tetiba nampak hantu tersenyu dari penjuru mana-mana. Haish πŸ˜“

Kitorang melawat semua tempat dalam istana ni kecuali bilik bawah tanah je tak pergi sebab gelap gila. Kitorang ada perasan sorang girl ni dia datang sini sorang-sorang bawa kamera. Dia masuk bilik wain kat bawah tu sorang-sorang. Dia tu takda perasaan ke ?


Keluar je dari pagar istana tu aku rasa lega gila. Sumpah lega. Tak nak pergi dah. Sampai sekarang bila aku view je gambar datang sini, meremang bulu roma aku. Including sekarang. Kbai

Honeymoon 3 : Ipoh (day 1)

Assalamualaikum

Kali ni honeymoon kat Ipoh. Tapi yang best nya honeymoon kali ni sebab tak keluar bilik. Memerap je kat bilik kecuali keluar dinner. Tu pun sepatutnya dinner jela dalam hotel kan. Tapi tekak nak makanan goreng-goreng. Tak nak cafe style.

Honeymoon kali ni kitorang check in kat M Boutique Hotel Station 18. Aku booked bilik dia dari Agoda.com. Kalau tengok hotel dengan harga bilik, memang unbelievable. Murah gila. Semalam RM180 je. Tapi hotel cenggini πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Hotel ni menggabungkan cafe, butik dan hotel. Cantik.



Cara penyusunan barang-barang lama kat sini memang terbaik la. Kena betul dengan taste aku.


Dari lobi, naik lif ke tingkat 2, sampai la area-area bilik. Kalau tak silap sini ada 3 tingkat. Tingkat 3 ada library and dobi. Esok baru kitorang melawat tingkat atas. Hari ni dah tak sabar nak baring. Macam biasa, honeymoon ni pun menumpang gak. Aku kutip madu kat Bukit Merah tadi. Kedekut betul pak cik mak cik tu. Choi !



Serious cantik. Rasa nak repeat je.


Ini pintu dari dalam bilik kitorang. Dalam uncang tu ada kayu untuk gantung kat pintu hotel. Kayu yang 'don't disturb and room service' tu.


Aku namakan dia baju sejuk Harry Potter ⛄


Besi usang macam ni kalau ada kat rumah, aku angkut buang lama dah. Tapi diorang deco cantik plak nampak.


Toilet dia memang ada dalam idea list aku dah. Memang cantik gila black and white dia.
 

Katil dia tinggi gila. Kalau jatuh ni memang ICU la. Haha.



Ok dah malam. Kbai.

Bersambung..



Wednesday, March 29, 2017

Pulau Pangkor (3D2N)

Assalamualaikum

Lepas pergi Melaka haritu, aku terus balik Kedah. Then bermalam dekat Penang. Dari Penang kitorang gerak ke Pulau Pangkor dengan family aku plus kawan-kawan pejabat abah. 

Kitorang naik feri dari Lumut ke Pangkor almost 1 jam jugak la. Harga tiket feri : RM 10/pax. Aku tak sure pun harga ni sebab perjalanan ditaja abah. Hehe. Sampai kat Pulau Pangkor, kitorang sewa van pink untuk ke Pangkor Bay View Resort dekat Pantai Teluk Nipah. Perjalanan memakan masa almost 20 minit. Harga van aku tak tau sebab aku naik je. Tapi inshaAllah tak mahal. Haha.

 

Sampai dekat resort, lepas dapat je kunci bilik masing-masing, kitorang campak beg then terus keluar pergi makan. Dekat depan resort, ada banyak kedai makan. Jangan risau. Cuma yang kena risau, kedai makan buka malam. Siang cuma buka 1, 2 buah je. Tu pun makanan dah tinggai kerak. Haha.


Lepas makan je, cepat-cepat kitorang balik bilik and tukar baju mandi. Siap tukar baju, kitorang turun bilik mama, tengok bilik kosong. Semua dah pakat berenang dulu kat pool belakang resort sebab tunggu kitorang lambat.



Malam tu kitorang dinner kat area depan resort je. First day ni tak banyak aktiviti sangat sebab sampai tu pun dah pukul berapa.

Esok tu plak, kitorang pergi snorkeling. Tapi sebelum pergi tengok ikan, kitorang sewa moto pergi pusing pulau. Sewa moto dekat resort, harga RM30 sebiji.



Nak habis pusing pulau ni ingatkan sekejap je. Rupanya sejam jugak. Nak kata bawa slow sangat, tak jugak. Macam kenderaan sewa kat mana-mana la, minyak isi sendiri. Orang sebelum ni guna sampai habis minyak. So kena la isi minyak. Kat sini ada pekan, dalam tu ada stesyen minyak. Tapi jenama apa entah la. Moto pun kapcai, boleh je.


Kalau kat tempat ni memang takda la nak ber-selfie kat stesyen minyak


Kat sini banyak curam. Harap sabar la kalau naik yang curam-curam tu. Moto pun macam nak mampos je. Hahaha. Moto abang aku kesian, sebab tak larat naik bukit. Abang dengan Sha kena turun moto untuk tolak. Kitorang datang sekali. Tapi lepas je isi minyak, naik bukit, diorang terus lost. Kitorang call pun no signal. Nak patah balik, dah lambat sebab yang lain-lain tunggu nak snorkeling. Bila masing-masing dah sampai resort, baru abang cerita. Diorang kena turun motor untuk tolak moto kat curam tadi. Haha.

Sampai je resort, tengok semua orang dah tunggu nak naik bot. You are late.


Oh, untuk datang Pangkor ni, anak-anak Abang Dodi pun ikut sama. 

Before boleh snorkeling, diorang bawa kitorang naik bot and pusing pulau-pulau kat Pulau Pangkor tu. Sekeliling Pulau Pangkor ni ada banyak lagi pulau kecil termasuk Pulau Giam, Pulau Mentagor, Coral Bay etc. Dekat atas bot tu, ada sorang kawan abah yang bawa bundle roti. Sampai je dekat Pulau Giam untuk snorkeling, kitorang bagi ikan makan dulu. Then baru turun bot. Nak kata tempat dia bersih sangat, takda la. Tapi boleh la..



Aku takda la pandai mana pun nak berenang, so kena la berpaut pada suami. Tu best dah kawin. Boleh peluk πŸ˜›


Yang belakang tu pun melekat gak tu. Kikiki.

Bot tinggalkan kitorang kat sini selama 2 jam. Lepas tu dia datang balik untuk bawa kitorang balik. Nak balik sendiri, jauh. Dah la berenang pun tak pandai. 

Balik dari snorkeling tu, kitorang lunch dulu, rest, tidur. Petang tu plak kitoang keluar lagi untuk main pantai. First kitorang main mable. satu pelampung tu boleh naik 4 orang. Nak main ni tangan kena kuat la sebab nanti boleh terbaling jauh. Harga : RM 25/pax.

Image result for mable

Gambar ihsan Google je.

Then kitorang try jet ski. Harga RM 70/ 20 minit. Ni first time aku rasa dekat gila dengan laut dalam. And aku rasa takut sangat. Aku memang tak suka laut dalam. Pergi main air kat gigi pantai tu berani la sikit. Snorkeling tapi pegang orang tu boleh la. Ni, aku tengok kaki je nampak air. Ya Allah 😭



Memula hubby la bawa untuk first 10 minutes.



Then lepas tu hubby paksa aku plak bawa. Memula tu memang gigil. Dah la duduk depan tu nampak luasnya laut. Lepas tu nampak ombak. Seramnya 😰 Tapi lama-lama lepas tu ok dah. I can endure this. 



Day 3, kitorang nak balik dah hari ni. Tapi sebelum check out, awal pagi tu lepas je breskfast, kitorang 1 family pergi island hoping + snorkeling sekali lagi. Harga RM 90 per tour. Kalau kelmarin kitorang pergi Pulau Giam, hari ni kitotang pergi pulau lain plak. More private and takda orang pun. Pasir dia halus and sini takda batu.





Tapi satu ja aku tak suka dengan air laut sini. Aku rasa sini banyak obor-obor halus. Yang waktu malam nampak bercahaya je kat sisir pantai tu. Bila kena kat badan, sakit menyengat. Even dia halus macam semut. 


The end











Tuesday, March 28, 2017

Honeymoon 2 : Melaka (day 2)

Assalamualaikum

Berjalan kat Melaka ni banyak yang tak payah keluarkan duit. Kalau kena bayar pun tak mahal. Apa yang tak payah keluarkan duit tu, one of them is parking. Satu lagi ni haa, kota A Famosa.


Kota A Famosa ni last aku pernah datang masa rombongan sekolah rendah dulu. Masa tu tak sure hubby ada ikut rombongan tu skali ke tak. Yelah, sekolah sama, tapi time tu aku jadi crush hubby je. Hehe.


Dari pintu gerbang yang ada meriam tadi tu, kena panjat tangga plak untuk naik atas ni. Kat atas ni ada makam. Makam sapa aku pun tatau. Aku naik sini sebab nak bergambar je, bukan nak hayati sejarah. Sejarah aku dulu tak pernah dapat A. paling tinggi pun D. Padahal aku sekolah asrama penuh. Lepas tu kena masuk kelas tambahan. Nasib baik SPM A.


Bangunan lama serious cantik. Nanti nak buat rumah, aku nak buat ala-ala sekeping retreats. Cenggini haa πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Dari atas sini, kalau turun tangga belakang (bukan dari gerbang tadi) akan tembus kat balai polis. Betul-betul depan kereta aku. Aku pun tak tau kata aku parking kat pintu apa. Noob

Then, kitorang jalan pergi tengok art wall. Sepanjang sungai Melaka tu, ada la lukisan-lukisan cantik kat dinding kedai/hotel. Serious menarik.



Nak jalan kat sini tak boleh jadi puteri lilin ye sebab memang panas gila sebab dekat dengan laut and jalan dia panjang gila. Lagi lama berjalan lagi banyak art yang kitorang jumpa.

Habis dekat sini, kitorang pergi tempat viral. Dekat The Shore ada Sky Tower. Nak cari The Shore ni waze je. Dia dekat je dengan Sungai Melaka dan dia adalah mall. Nak ke Sky Tower, naik je eskelator ke medan selera. Then naik lif tepi medan selera tu direct ke Sky Tower. Nak masuk kena bayar. Harga tiket : RM 25/pax.


Kalau tak gayat, sila datang.


Aku nak ambil gambar ni, ketar lutut tau.


Dah sampai kat atas, menyesal sesangat. First, the view tak la secantik mana. Second, panasnya ya ampun. Azab gila. Third, nak bergambar tak boleh pandang atas sebab silau. Forth, sini tak ada apa pun. Bazir je RM 25. Tapi, at least bucket list aku dah fulfilled.

Rasanya ni je lah apa aku buat kat Melaka. Banyak lagi yang tak pergi. Next time aku datang lagi.

The end

Honeymoon 2 : Melaka (day 1)

Assalamualaikum

Our second honeymoon, kitorang pergi Melaka. Tapi, its not really a honeymoon la sebab my thesis untuk master ni, i have to collect honey in every states along west coast of peninsular Malaysia. Makanya hari-hari honeymoon la. Sebulan honeymoon. Hahaha. 

Kat Melaka ni kitorang tak sempat pun nak pergi semua tempat yang 'famous'. Sempat pergi mana sempat je sebab nama pun honeymoon ambil kesempatan. BTW, thesis aku takda geran. Ni bukan sesi ketedarah duit kerajaan. Thesis aku duit poket sendiri including duit sampling, minyak, tol, hotel, makan, semua lah. Pokai mama aku. Hehe.

Dekat Melaka ni, dalam banyak-banyak tempat, Mini asean ni la aku tak pernah masuk. Tak tau pun apa ada kat dalam. Harga tiket : RM10/pax.



Dalam ni ada contoh rumah untuk setiap negeri termasuk sabah and sarawak. Bagi aku dah masuk sekali, ok la. Kalau orang minat seni, maybe suka la kot tempat macam ni. Tapi, at least aku dah pernah datang.

BTW, kitorang datang sini lepas habis sampling dekat Giant B, Ayer Keroh. One of the top honey company kat Malaysia. Ingatkan bila company besar ni procedure dia susah sikit la. Rupanya seriously tak. Bos dia chinese and sangat baik. I got my madu kelulut a.k.a Trigona honey for free. Sebotol penuh plak tu. Freshly harvest from farm. Memang terbaik lah. Nak berjaya, jangan kedekut sebab orang akan tolong doakan kejayaan korang. Tak macam sesetengah orang tu, nak maduk sikit pun kedekut. I know madu kelulut memang mahal and tak berbaloi pun bagi free kat student macam aku. Fine.

Back to my honeymoon (spoil betul cerita pasal madu), aku tak ingat check in kat mana, hotel tu tak best pun, so tak payah cerita. Lepas check in and refresh balik, petang tu kitorang pergi lepak tepi Sungai Melaka. A must place untuk tourist.


Datang sini sebab sini ada everything. Ada art wall, ada cruise, ada muzium kapal, ada menara taming sari, semua lah. And kalau nak senang parking macam kitorang, kitorang parking depan balai polis. 


Naik cruise ni, better dalam waktu senja. You'll get both views. Ada view siang and malam, plus senja. Harga tiket : RM15/dewasa. Akan dapat tiket and makanan. Wah, foods. Ada air kotak, biskut. Seronok kan. Dulu datang takda pun benda ni.


Honeymoon, kissing depan public pun you rasa halal je. Eh, pipi je boleh kot. Haha.


Supposed kalau datang Melaka kena la naik beca kan. Tapi serik dah naik kat Penang dulu. 1 round kena RM 50


Jonker Walk ni pun a must la kalau datang Melaka. Tak beli apa pun kat sini. Nak beli makanan pun tak boleh sebab yang berniaga semua chinese. Tapi hubby ada beli 1 barang. Kayu urut RM 15. Haha.


Penutup malam, disebabkan hotel kitorang kat area-area sini je, kitorang stop makan kat Pantai Klebang. Uniknya kat sini, boleh makan dalam bas lama. Harga sama macam gerai luar, tak mahal pun.

Bersambung..