Wednesday, March 29, 2017

Pulau Pangkor (3D2N)

Assalamualaikum

Lepas pergi Melaka haritu, aku terus balik Kedah. Then bermalam dekat Penang. Dari Penang kitorang gerak ke Pulau Pangkor dengan family aku plus kawan-kawan pejabat abah. 

Kitorang naik feri dari Lumut ke Pangkor almost 1 jam jugak la. Harga tiket feri : RM 10/pax. Aku tak sure pun harga ni sebab perjalanan ditaja abah. Hehe. Sampai kat Pulau Pangkor, kitorang sewa van pink untuk ke Pangkor Bay View Resort dekat Pantai Teluk Nipah. Perjalanan memakan masa almost 20 minit. Harga van aku tak tau sebab aku naik je. Tapi inshaAllah tak mahal. Haha.

 

Sampai dekat resort, lepas dapat je kunci bilik masing-masing, kitorang campak beg then terus keluar pergi makan. Dekat depan resort, ada banyak kedai makan. Jangan risau. Cuma yang kena risau, kedai makan buka malam. Siang cuma buka 1, 2 buah je. Tu pun makanan dah tinggai kerak. Haha.


Lepas makan je, cepat-cepat kitorang balik bilik and tukar baju mandi. Siap tukar baju, kitorang turun bilik mama, tengok bilik kosong. Semua dah pakat berenang dulu kat pool belakang resort sebab tunggu kitorang lambat.



Malam tu kitorang dinner kat area depan resort je. First day ni tak banyak aktiviti sangat sebab sampai tu pun dah pukul berapa.

Esok tu plak, kitorang pergi snorkeling. Tapi sebelum pergi tengok ikan, kitorang sewa moto pergi pusing pulau. Sewa moto dekat resort, harga RM30 sebiji.



Nak habis pusing pulau ni ingatkan sekejap je. Rupanya sejam jugak. Nak kata bawa slow sangat, tak jugak. Macam kenderaan sewa kat mana-mana la, minyak isi sendiri. Orang sebelum ni guna sampai habis minyak. So kena la isi minyak. Kat sini ada pekan, dalam tu ada stesyen minyak. Tapi jenama apa entah la. Moto pun kapcai, boleh je.


Kalau kat tempat ni memang takda la nak ber-selfie kat stesyen minyak


Kat sini banyak curam. Harap sabar la kalau naik yang curam-curam tu. Moto pun macam nak mampos je. Hahaha. Moto abang aku kesian, sebab tak larat naik bukit. Abang dengan Sha kena turun moto untuk tolak. Kitorang datang sekali. Tapi lepas je isi minyak, naik bukit, diorang terus lost. Kitorang call pun no signal. Nak patah balik, dah lambat sebab yang lain-lain tunggu nak snorkeling. Bila masing-masing dah sampai resort, baru abang cerita. Diorang kena turun motor untuk tolak moto kat curam tadi. Haha.

Sampai je resort, tengok semua orang dah tunggu nak naik bot. You are late.


Oh, untuk datang Pangkor ni, anak-anak Abang Dodi pun ikut sama. 

Before boleh snorkeling, diorang bawa kitorang naik bot and pusing pulau-pulau kat Pulau Pangkor tu. Sekeliling Pulau Pangkor ni ada banyak lagi pulau kecil termasuk Pulau Giam, Pulau Mentagor, Coral Bay etc. Dekat atas bot tu, ada sorang kawan abah yang bawa bundle roti. Sampai je dekat Pulau Giam untuk snorkeling, kitorang bagi ikan makan dulu. Then baru turun bot. Nak kata tempat dia bersih sangat, takda la. Tapi boleh la..



Aku takda la pandai mana pun nak berenang, so kena la berpaut pada suami. Tu best dah kawin. Boleh peluk 😛


Yang belakang tu pun melekat gak tu. Kikiki.

Bot tinggalkan kitorang kat sini selama 2 jam. Lepas tu dia datang balik untuk bawa kitorang balik. Nak balik sendiri, jauh. Dah la berenang pun tak pandai. 

Balik dari snorkeling tu, kitorang lunch dulu, rest, tidur. Petang tu plak kitoang keluar lagi untuk main pantai. First kitorang main mable. satu pelampung tu boleh naik 4 orang. Nak main ni tangan kena kuat la sebab nanti boleh terbaling jauh. Harga : RM 25/pax.

Image result for mable

Gambar ihsan Google je.

Then kitorang try jet ski. Harga RM 70/ 20 minit. Ni first time aku rasa dekat gila dengan laut dalam. And aku rasa takut sangat. Aku memang tak suka laut dalam. Pergi main air kat gigi pantai tu berani la sikit. Snorkeling tapi pegang orang tu boleh la. Ni, aku tengok kaki je nampak air. Ya Allah 😭



Memula hubby la bawa untuk first 10 minutes.



Then lepas tu hubby paksa aku plak bawa. Memula tu memang gigil. Dah la duduk depan tu nampak luasnya laut. Lepas tu nampak ombak. Seramnya 😰 Tapi lama-lama lepas tu ok dah. I can endure this. 



Day 3, kitorang nak balik dah hari ni. Tapi sebelum check out, awal pagi tu lepas je breskfast, kitorang 1 family pergi island hoping + snorkeling sekali lagi. Harga RM 90 per tour. Kalau kelmarin kitorang pergi Pulau Giam, hari ni kitotang pergi pulau lain plak. More private and takda orang pun. Pasir dia halus and sini takda batu.





Tapi satu ja aku tak suka dengan air laut sini. Aku rasa sini banyak obor-obor halus. Yang waktu malam nampak bercahaya je kat sisir pantai tu. Bila kena kat badan, sakit menyengat. Even dia halus macam semut. 


The end











No comments: