Monday, January 30, 2012

21th birthday


21th birthday kali ni agak sakit sikit. Sebab time ni la dia nak first day period. Time ni jugak la dia nak period pain T.T

Hubby orang first yang wish birthday kat aku. Dia jugak la orang first yang bagi hadiah. Ada 2 hadiah. Dua-dua aku suka :) Tapi paling suka, yang ada bau hubby tu :p Thanks hubby ..

*********************************

AkuKata : thanks kat semua yang wish. *smile* :)

 

Sunday, January 8, 2012

weekend di Korea dengan hubby

Sebelum berlepas, kitorang isi perut dulu kat McD. Masa ni dah pukul 12 tengah hari kot. Sebab perut aku duk sakan ja ber'kriok'.



Muka yang berkerut-kerut kat tengah tu sebab sendawa keluar gas ikut hidung. Pedih oii. Ada nampak beg galas hitam ? Tu nak bawa pi Korea la tu - -"

Lepas sembahyang Asar, baru la kami pergi Korea ... Pergi balik hari ja. Jet kan laju -..- malangnya kitorang pergi ni tak bawa dslr. Snap guna henset pun boleh ..




Dalam gambar ni aku nak kata " lihatlah Korea ". Keh keh keh.


Ni jambatan apa ntah. Sadis sangat. Hahak.


Pernah nampak laman macam ni tak kat Korea ? Haha.


Feeling Korea -..-


KOREA :p

Tengah best best lawat Korea, tiba-tiba destinasi berubah ke China. Ahh, China pun boleh ..


Rasa frust sebab tak jumpa panda dalam pokok buluh ni - -"


Tapi lepas tu happy balik. Sebab hubby sanggup jadi panda jadian :p


Ending dia, dua-dua jadi macam ni. Haha.

So, sampai sini ja kot trip kitorang kat Korea dengan China. Even pergi China semata-mata nak melawat pokok buluh ja, kitorang tetap bahagia. Kui kui kui.

************************************

AkuKata : Trip kali ini ditaja oleh ptptn.
AkuKataLagi : Lokasi ni bukan la dekat Korea, tapi Tasik Perdana :) Peace ..


Jusco baru Rawang

Ni kira first hang out aku dalam tahun ni. Masa aku mula-mula masuk Unisel ni dulu, aku ingat aku memang takkan ada ramai kawan Melayu dah. Sebab sini majoriti India. Tapi actually classmate India aku pun not bad la. Semuanya baik-baik. Kira aku je lah yang suka judge book by its cover ni. Hehe.

Jusco kat Rawang ni baru ja rasmi masa new year hari tu. Parking pun tak payah bayar lagi. Kira baru sangat la. TGV cinema dengan Starbucks pun dalam proses lagi. Hari Khamis hari tu ( 5/1/2012 ), Tirah ajak pergi Bank Islam kat Rawang sebab kad atm dia kena tendang. Dia salah masukkan number pin. Dah alang-alang tu, serang Jusco terus ah.



Pantang jumpa cermin besar sikit.

Memang habis la 1 Jusco ni kitorang tawaf. Toilet dia dengan atm dia pun kitorang test habis. Aku tak ingat sangat la kedai apa ada kat sini. Sebab ramai lagi yang tak pergi kan. So harus la cerita lebih-lebih. Huhu. Tapi yang sure kedai makan dia ada Secret Recipe, Chicken Rice Shop, Old Town White Coffee, Baskin Robbin, Starbucks, Hot and Rool, Subways etc etc. Kedai baju pun banyak. Yang aku ingat, PDI dengan F.O.S ja. Watson, Guardian, Body Shop, Popular etc etc. Malas list semua. Rasanya Kuala Selangor lepas ni habis lengang ah. Hahaha.

Actually takda apa sangat pun Jusco ni. Tapi dah sebab area sini memang jauh gila dengan benda-benda moden ni, so lepak Jusco pun kira better la dari lepak One Plaza, Tesco, Giant tu :p


Ni kedai makan vietnam. Ada logo halal. Tapi sebab tak lalu, pandang pun dah kenyang kot. Yang tengah makan tu Kak Lita. Umur sama dengan abang aku. 24 tahun ni. Kak Lita ni kacuk chinese. Dulu mati-mati aku ingat dia cina.

Petang ni memang kenyang gila ah. Mula-mula tu aku dengan Tirah beli hot and roll. Lepas tu tak kenyang lagi, Erna + Elmy + Kak Lita ajak share ayam plak. Lepas tu Kak Lita belanja lagi makanan apa ntah. Kenyang kenyang ..


Ni je la kawan Melayu aku dekat kelas. Ada tertinggal lagi sorang kat Unisel. Dia tak ikut sebab dia ada kelas. Tapi Elmy tu bukan Melayu. Dia Dusun, Sabah. Dalam kereta ni macam-macam umur ada. Paling muda, yang 2 dari kanan tu. Diorang 20 tahun. Aku 21. Elmy 22. Kak Lita 24. Tapi perangai semua macam sebaya -..-

Semua dalam kereta ni dah berpunya pun. Hihi .. Hubby dengan boyfie Erna and Elmy ni sama. Awek diorang tak boleh keluar dengan laki lain. So, memang sah-sah la mana-mana pun kami pergi tak kan ada laki lain :)

Lepas balik, Kak Lita ajak singgah rumah dia kejap makan coklat. Rezeki dah depan mata, memang tak kan tolak la ..




Ok, habis dah .....

Monday, January 2, 2012

hai hai 2012

Dah pagi. So, harus la mandi kan ... Haha. Mandi masjid la jawabnya. Untung la masjid banyak yang dah ada shower :p

Hari ni kitorang lepak Times Square ja. Kitorang pergi pukul 10 pagi. Sarapan roti dengan air soya. Soya oh :p


Actually kitorang ambil gambar macam ni sebab nak ulang kenangan lama. Dulu, before ada dslr, kitorang suka snap macam ni pakai fon :) Snap banyak-banyak sampai beteri kong.

Lepas makan, shopping ! :D



Cari-cari baju :) Hubby kata dia suka baju aku pakai time ni. Sebab ada getah kat bawah tu.

Hubby nak buat spek time ni. Mula-mula tu cari frame kat luar, tapi hubby tak nak. Takut cepat rosak. *actually hubby dah beli 2 frame dah -..-




So dia cari frame dekat kedai buat spek terus. 2 in 1. On the spot, hubby terus buat spek.


Silau naik rabun turun. Sebelah lagi, silau dengan rabun sama-sama naik. Serasi bersama - -"

Sementara tunggu spek siap ( dia buat sejam ja ), kitorang turun food court. Hubby cari ais laici. So aku pun minta ais laici jugak. Haha.


Ni second time kitorang date kat food court TS ni. Dulu masa first time lepak, kitorang ada buat video. Tapi sekarang video tu aku dah takda. Virus lepak dalam hardisk aku. So semuanya hilang. Banyak gila gambar, video kitorang hilang. TAPI nasib baik ada copy dia kat hubby. Haha. Kira macam tak hilang jugak la. Kui kui kui.

Lepas menelan ais laici, kitarang pergi ambil spek mata hubby. Then pergi sembahyang. Zohor sambung ke Asar terus. Hihi. Lepas tu pergi mamam pulak. Jam dah pukul 5 petang ni. Dahsyat - -"


Aku makan dalam kuali oh. Anak gadis sopan seantereo -..-


Lepas makan, terus bangun pi tunggu 'ulat'. Nak balik Unisel dah oi :(

Dalam pukul 7.15 petang jugak la aku sampai Unisel. Dah maghrib dah. Huhu.

Tapi before sampai tadi, mau kecut perut jugak la masa kat mini tart kelapa sawit tu. Aku memang suka pakai jalan tu sebab short cut and ada perkampungan melayu. Kira tak seram sangat la. Tapi semalam ada 5 orang foreigner kot kat tengah jalan. Kereta diorang punya cantik block jalan. Dari jauh lagi aku dah break bila lampu kereta aku suluh diorang. Masa tu aku sorang-sorang. Lepas tu aku dah nak patah balik dah. Tapi time tu jugak la ada kereta dekat belakang. Naza Ria kalau tak silap aku. Then ada sorang mamat foreigner ni datang kereta aku cakap, kereta diorang rosak. Tak payah takut la. Kereta aku lepas ja kalau nak lalu. Dia kata dia pun student Unisel. Maybe dia nampak sticker parking aku kot. Then, aku pun lalu la. Fuh. Syukur.

good bye 2011

Hari kejadian ni, 31/12/2011. Pukul 5.30 pagi lagi aku dah bangun masak untuk hubby. Takda la masak hebat sangat. Simple simple ja. Aku buat nasi goreng, goreng sosej dengan buat roti celup telur. Tu pun, sedar-sedar dah sejam setengah aku kat dapur. Dengan mengantuknya lagi. Fuh !

Pukul 9.16 pagi aku bertolak pergi kolej hubby. Sampai sana, kitorang pergi Taman Bunga Raya dekat area tugu negara. Baru aku perasan kat situ ada macam-macam. First time kot aku pergi. Hehe. Situ ada Taman Burung, Planetarium, Muzium Polis, Taman Tasik Perdana, etc. Ok, jakun kejap -..-



Ekspresi muka kejakunan melampau


Tetiba ja rasa nak kurung hubby dalam peti besi. Sebab takut orang lain sambar.


Lepas Taman Bunga Raya tu, kitorang pergi Taman Tasik Perdana. Datang sini dah pukul 12 dah. Matahari tegak atas kepala oh. So kitorang tak sempat pun nak pusing habis. Takat pergi jenguk taman rempah ja. Hihi ..


" lihatlah tanaman saya. Subur kan ... Lembu saya tanam sendiri dalam farm ville " - kata hubby :p

Lepas snap snap 4, 5 keping, kami pergi berkelah makan. Lapar oh .. Kesian enzyme perut kami -..-



Excited terlampau. Hehe. Kasi cubit sikit itu pipi :)


Simple kan. Makanan tengah hari yang boleh makan sampai ke malam. Hehe. Nasi goreng tu aku buat banyak gila. Roti telur tu ada 6 keping kot kalau tak silap. Sosej yang ada cheese kat tengah tu sampai 4. Makan sampai buncit yaw :p

Before nak makan tu, tak sempat telan lagi hubby dah kata sedap. Wow ! Ambil bau pun dah boleh kenyang la ceni. Hehehe :p


Lepas tu, kami pergi tengok Alvin and Chipmunks 3 kat Wangsa Walk sebab situ seat couple dia superb. Haha.

Lepas wayang, pusing lagi cari spek hubby. Snap snap kat Wangsa Walk tu. Makan ais kacang. Nyum nyum.


No one treats me like he did. Kalau nak bermanja, he is the best person ( besides my mom ). Kalau nak gaduh, he is the best guy. Sebab aku boleh menangis 4 hari non stop disebabkan dia. Try me :)

Malam tu, kitorang sambut new year dekat Dataran Merdeka. Ok, actually tak nak story pun yang ni. Tapi this is the first experience ever. Tak pernah sambut new year pun before ni. Tapi hari ni hubby bawa pergi sana tengok bunga api sama-sama. Sangat meriah ok. Nasib malam tu pukul 2 pagi pun ada 'ulat' lagi. So kami boleh la balik pergi lepak KFC sementara tunggu pagi. Ok, bukan lepak la. Tapi tidur - -"