Monday, February 13, 2012

food hunter dengan hubby

11/2 hari tu, kitorang pergi food hunter. Hubby memang plan awal-awal lagi nak expand perut. Tak cukup besar lagi dia kata. Hehe. Tapi pagi tu hubby kidnap aku pergi Tasik Titiwangsa dulu. Nak photog dia kata. Talent dia takda tauliah lansung ..





Pagi tu ada pertandingan memancing kat situ. Ramai jugak la ada. Tak perlu pun cakap benda ni. Tapi saja nak cakap.





Takda orang boleh ambil gambar kitorang. Huhu. So, guna timer ja la yang kitorang mampu.





Pipi kembung, ikan kembung jelous -..-

Pagi ni kitorang sarapan plus lunch sekali. Mula-mula tu order pau ja sorang sebiji dengan air sorang segelas. Lepas tu tambah order lagi, laksa sorang semangkuk dengan air lagi sorang segelas. Haha.

Lepas sini, kitorang pergi The Curve. Dah lama dah aku nak sangat makan meatball IKEA. Aku nak pergi situ pun sebab boleh keluar masuk banyak shopping complex. Lepas tu kat The Curve memang banyak kedai makan. Fuh. Memang makan jela.. Tapi tak makan pun kat tempat lain. Makan IKEA ja. Makan kedai IKEA :p



On the road. Jadi co-pilot ni memang best. Boleh kacau driver :D



Bila sampai ja, pusing-pusing sampai pening, lepas tu mula la cari tempat duduk. Dalam gambar ni, kitorang kat cinema complex The Curve. Kat depan hubby tu ada tv, duk ulang tayang triller Haywire sampai pitam. Lepas tu kami pun terpedaya la. Huh ! Ingatkan seronok. Rupanya .... ( lepas ni cerita )



Terjumpa cermin kembung ni masa nak pergi toilet. Nasib kau lah cermin. Hehe.



Ni pun jumpa cermin lagi. Haha. Cermin depan kedai kecantikan :p



Yang ni tak payah pakai cermin. 


 

Selalunya aku jadi gila sebab ada hubby. Tapi gila versi baik punya. Nak gila versi tak baik, tunggu bila takda hubby. Memang nak emo ja memanjang dengan hubby  :p
Dah habis pusing The Curve, segala curve-curve tu, kitorang pergi IKEA plak cari makan. Nyum nyum ..



Dapat meatball dari hubby. Lepas tu dapat ayam sekor. Haha. Semuanya bahagi half-half. Tapi hubby makan lagi banyak. Sebab bahagian aku pun dia habiskan :D


Lepas makan pun pusing The Curve balik. Malam tu teman hubby tengok bola dekat depan Street Bazaar tengah-tengah The Curve tu. Tengok sampai terlentok. Haha. Sedapnya tidur :p


Habis bola, kitorang pun balik. Pergi Wangsa Walk plak. Tengok Chronicle.





Ya Allah .. Tak best nya cerita ni. Huhu. Tapi aku suka part ending. Part tu jela. Rasa macam burn gila RM34 tengok cerita mengarut ni. Hm ..

Even dah malam, tapi date tak habis lagi. Malam tu berkampung dekat mcD. Time kat mcD ni pun satu hal. Pesan set meal, dia bagi happy meal. Huhu. Dia rasa-rasa, aku dah ada anak eh ? Ka dia bajet aku yang nak makan happy meal tu. -..-

Pagi esok tu, bangun-bangun tidur terus cari masjid la. Masjid tentera kat kolej hubby tu best. Bilik mandi dia super duper bersih and super duper besar.

Lepas wangi, pergi jalan TAR plak cari barang. Hubby beli frame ayat al-Quran satu. Lepas tu aku ambil buku 4 buah. So, cukup la RM200 vaucher hubby. Hubby suruh aku pilih buku untuk kitorang. Tu yang aku ambil buku panduan perkahwinan tu :p Lagi dua, buku fakta tentang lelaki sebuah, dengan buku fakta tentang wanita sebuah. Hehe. Lagi sebuah, buku aku :)

Lepas hantar frame masuk kereta, kitorang pergi cari cincin :) Dah jumpa cincin, kitorang terus rush balik. Anyway, parking kat jalan TAR mahal ! :( Kitorang kena RM10 sekali parking. 

Lepas ni tengok wayang lagi. Cerita Haywire sebab semalam terpengaruh dengan triller dia. Tengok-tengok ..



  Bapak tak best ! Huhu. Burn lagi RM34 *nangis laju-laju.

Kalau semalam, hubby ja yang tertidur time tengok Chronicle. Tapi hari ni, dengan aku-aku sekali terlelap. Sumpah rasa rugi gila tiket wayang hari ni. Pergi Genting balik hari pun lepas ja duit minyak ni :(

Lepas habis, kitorang terus laju-laju pergi Pizza Hut. Lapar. Tu yang order pun ikut perut ja tu. Banyak .. :p


Pesan banyak-banyak. Tak habis, bungkus bawa balik :) So pagi ni aku sarapan dengan pizza. Hihi. 

Lepas Pizza Hut, kitorang rush lagi pergi Carrefour. Aku nak beli hamster, tapi takda la pulak hamster kat sini. Dulu ada, sekarang dah takda. Huhu.

Lepas hantar hubby balik kolej, aku terus balik Unisel. Seram oh balik malam sorang-sorang lalu ikut hutan. Hm. Ni yang last kot. Lepas ni tak balik maghrib lagi dah. Serik :(

2 comments:

misznanarizal said...

hahaha...aku igtkan aku ja dok wat keja kuaq date bagi kembung perut..rupa2nya hang pon sama..hehehe

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

haha. mmg lama dah km duk mengembung ni :p