Thursday, February 23, 2012

bawa diri ke Pahang

Malam ni macam susah plak mata nak lelap. Tadi dah buat lab report Chemistry Two sampai pukul 2 pagi. Then mata ternganga macam ni ja sampai sekarang -..-

Orang lain dah tidur ? Untung laa ...

Ni story weekend minggu lepas punya. Tapi semalam baru dapat gambar-gambar ni dari kawan, so malam ni la kot baru rasa nak taip.

18/2 hari tu, lepas subuh ja aku terus masak sarapan untuk bawa dekat hubby. Bajet pagi-pagi ni kompom hubby tak sarapan lagi punya. Dah kenal sangat hubby tu :) Alang-alang pagi tu ex-awek adik aku datang teman aku tidur, dapat la kat dia 2 sandwich cheese. Krim tu sedap :D

Pas makan dengan hubby, terus bertolak pergi Kuantan. 3 jam drive dari KL. Hubby yang drive. Hehe. Kesian dia sakit urat habis. Alolo :p

Sampai kat sana ja, terus singgah UMP dulu. Rindu oh kat universiti lama aku :) Rindu kat kawan-kawan sana yang kepoh gila. Roomate yang super duper best. Sekarang ? -..- *hidung kempis kuncup.

Petang tu lepak merata la dengan member-member kelas aku dulu. Ya Allah, sumpah rindu dengar depa sembang. Kelakar :)

Malam tu last jumpa diorang. Kitorang lepak kat Padi. Restoren makan-makan. Diorang kata makanan situ sedap. Tomyam dia kaw punya pedas.




Aku dengan hubby tak makan pun. Just hubby la, mainum nescafe + fun fries. Marshila yang bayar. Thanks Mar :) Nanti boleh belanja lagi kot. Hee .. Try tengok aku. Chubby kau ! Pandai hubby aku bela. Kui kui kui :p




Ini style apa pun aku tak tau. Nama ja ada dslr, tapi aku tak explore pun :p Janji tau snap, setting sikit-sikit, sudah ..

Malam tu lepak Teluk Chempedak la. Jumpa Fika dengan bf dia kat sana jugak. Diorang pun overnite. Tapi malam ni penat sangat nak overnite sebab datang jauh-jauh. So hubby sorang ja lepak mcD. Aku tidur dalam kereta. Hubby siap selimutkan aku dengan kain pelekat lagi. So sweet :)

Esok tu hujan lebat gila. Ingat dalam pukul 10 pagi macam tu baru nak balik KL sebab nak jalan-jalan tepi pantai. Tapi, pukul 8 lebih kitorang dah gerak balik. And the driver for this time, me lah. Hubby tak sihat sebab semalam tak boleh tidur. Aku plak nyenyak ja tidur dalam kereta sebab selesa sangat. Kesian hubby :(

Lepas sampai KL, singgah beli tiket wayang terus. Cerita ..





Best. Tak rugi tiket dah kali ni :)

Lepas beli tiket, kitorang pergi masjid tentera dekat kolej hubby. Mandi manda kat situ. Lepas tu pergi tengok wayang. Lepas wayang, makan dekat food court Wangsa Walk tu. Dah la makan sepinggan licin. Lepas tu tapau lagi bakso. Perh ! Pandai hubby jaga sayang :D

Dating untuk minggu ni, akan diupdate nanti. Terima kasih !

No comments: