Wednesday, February 8, 2012

Indonesia [ day 1 ]

Ni kisah 6 hari lepas punya. 2 februari 2012.

Masjid tak azan subuh lagi mama dah kejutkan aku adik beradik. Aku pun bangun la, mandi air sejuk. Huhu. Beku oh. Lepas siap-siap segala, pukul 7.30 pagi kitorang bertolak pergi Bayan Lepas, Penang. Kitorang tunggu family pak ngah dekat tol Gurun, lepas tu konvoi pergi airport 3 kereta. Kawan kerja mama pun ikut sama. Huhu. Memang kena behave gila la. Takut nanti cikgu tu cerita perangai tak senonoh aku kat mak hubby. Haha.

Pagi tu kitorang sarapan mcD. Kami 3 beradik pakat angkut yg breakfast punya hidangan tu. Air pun ambil banyak-banyak. Lepas tu even dah kenyang pun, abah still paksa suruh habiskan. Padan muka (T.T)




Kitorang berlepas pukul 10.50 pagi. Dalam flight tu aku tukar tiket dengan abang Izul sebab aku nak duduk sebelah Shima. Hehe. Memang mabuk la time dalam flight tu. Tapi nasib baik aku tak muntah.

Aku sampai Medan punya airport dalam pukul 10.45 pagi jam Medan. Haha. Kalau tengok memang pelek. Macam naik flight forward masa ja. Jadi -5 minit. Hik hik. Sampai airport ja, dah ada agent travel yang tunggu kitorang. Lepas naik bas, baru kitorang tau yang kitorang ni gabung dengan 3 group lain lagi. Kira dalam tu ada orang Singapore, Australia segala. Huhu. 

First place kitorang pergi, kedai makan. Part ni tak best sebab makan campur dengan semua orang dalam 1 meja. Macam tak selesa sangat. Diorang pun tak selesa dengan kitorang. Lepas tu pakat tak puas hati dengan makanan sebab tak sedap. Melayu makan pedas, tapi cina tak makan pedas. So, memang first hidangan ni TAK SEDAP la. Tawar. Kitorang makan nasi padang versi tawar.




Lepas tu kitorang bertolak nak pergi Tasik Toba. Perjalanan makan masa 6 jam dari Medan. Kalau aku kat Kedah ni, memang aku dah sampai Melaka pun.

Sementara nak sampai Tasik Toba tu, ada la kitorang singgah kat kedai kerepek ni. Nama dia Paten. Hahaha. Kitorang sampai kat sini ja, terus cari toilet. Haha. Nak shopping apa kalau dah nama pun makanan buatan cina. Tak baik makan benda yang bukan buatan Islam ni.


  

Haa tudia. Yang kiri tu Fatin Nazhatul Shima. Hak kanan, Fatin Nadiah. Good good.

Lepas blah dari situ dengan tangan kosong, dalam on the way tu, kitorang singgah lagi kat satu kedai. Kat sini, pemandu pelancong tu just nak tunjuk contoh batak blanket ja. Batak ni macam kain la dalam bahasa orang Batak. Batak karo.

*****************************
Kalau korang pernah dengar la, dulu ada satu jenis kaum ni yang manusia makan manusia. Haa, tu la orang Batak. Batak makan daging manusia. Tapi tu time diorang jahil. Time masing-masing takda agama. Tapi sekarang semuanya dah masuk kristian.

*****************************





Lepas dari kedai ni, sepanjang jalan aku tidur. Hahaha. Dah la pakai contact lens. Macam takut jugak la. Kot-kot nanti mata jadi merah ka. Huhu. Tapi mengatuk weyh. 6 jam dalam bas. *pengsan



Last-last sampai jugak kat Danau Toba. Masa kitorang sampai kat sini, sini hujan. Memang sejuk. Group aku bermalam kat hotel kat sini. Nama hotel tu Siantar Hotel, Parapat. Kalau dari jalan raya tu memang tak kan nampak hotel ni sebab dia kat underground.




Sebab kitorang semua 10 orang yang datang. So, 1 bilik 2 orang. Aku share dengan shima. Memang menyetan la malam-malam. Tapi malang. No wifi. Huhu. Broadband pun tak boleh guna. Memang good. 

Hari tu time datang Bandung pun aku tarik muka jugak sebab no iron. Huhu. Kalau nak compare Malaysia dengan Indon, Malaysia 4 kali better. Wifi everywhere. Damn !




Night view. Memang cantik. Tapi mana-mana pun, suasana malam memang cantik. Even kat Unisel. Siang ja buruk. Malam macam kat KL. Haha.




Ni before pergi makan. Aku dengan Shima keluar bilik paling awal. Turun bawah semata-mata nak bergambar ja.



Aku selalu makan dekat Cikgu Zu ( baju biru ). Aku tak pernah kenal pun dia before. Tapi tak tau macam mana boleh mesra and rapat. Maybe sebab anak dia comel kot. Hehe. Baru setahun 2 bulan :)



  Lepas makan, bergambar lagi. Sudut mana ada semua pergi.

Lepas tu masuk bilik, terus tidur. Terbaik :p Mandi pun tak dah. Haha. Shima pun tak mandi :p

1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.