Monday, March 19, 2012

konvoi Port Dickson [ part 3 ]

Sambungan

Lama gila nak tunggu sambungan. Kitorang naik banana boat ni tunggu 2 trip. Sekali trip 6 orang. Seorang RM10.




Ni first trip. Ada Cat, Zaki, Reena, Fateen, Shaha dengan Ijat.




Second trip Shaha, Yus, aku, hubby, Ubai, Fatim dengan Afif. Photog = Zaki. Dia tumpang naik bot laju yang tarik banana boat tu.



Turun dari banana tu, terus sambung mandi. Masa ni air laut tengah pasang.


Bila dah dekat nak maghrib, baru kami pergi mandi-mandi salin baju bersih. Semua pakat ambil turn sebab barang tak kemas lagi.




Sempat lagi hubby makan. Hehe.




Time ni gelap gila nak berkemas sebab takda lampu lansung. Terpaksa la pinjam kereta cat dengan kancil sewa. Bawa sampai sini lepas tu buka lampu terang-terang. Habis berkemas, kitorang pergi makan.




 Lepas makan, overnight kat Pantai dot dot dot. Tak ingat. Hehe.
Kat sini, ada adegan merajuk-merajuk sikit. Aku pun tak paham. Lepas tu ada la lepak sorang-sorang. Then calling akak kat Unisel ni sembang-sembang sampai habis kredit -..-

Masa tengah lepak sorang tu, tetiba Yus datang duduk dekat sebelah. Ok, dah ada geng. Hehe. Tetiba plak, ada sorang pak cik ni datang bersembang. Layan jela sampai hubby dengan Afif datang. Bila pak cik tu blah, Yus pun angkat kaki pergi kat yang lain-lain, tinggal la aku dengan hubby. Tak tau kenapa moody sangat time tu. Rasa macam nak protes. Huh !

Tapi agak sentap jugak la. Sebab hubby ajak pergi pasar malam time tu, lepas tu tetiba beli tikar. Tengok-tengok dia hampar kat tepi pantai tu. Haa, duduk la tepi pantai tu. Nak sangat kan. Huu .. Tapi kali ni hubby teman :D

Tapi tak tahan la tidur kat situ. Ada nyamuk. I need asap. Bila tengok kat port diorang, tetiba nampak asap. Diorang tengah ber'BBQ'. Terus ajak hubby tukar port.




Cat dah lama dah berkabung :p






Kat sini tidur selesa la sikit sebab ruang dia BESAR. Hehe. Masa aku sampai tu, dah tak boleh tidur dah. Makan-makan, sembang, lepas tu dengar orang accident. Kereta dengan motor bercium, manusia tersepit di bawah -.-'

Lepas tu terus kemas-kemas nak balik.




Ni khemah orang lain. Sedapnya ada khemah ..

Masa kitorang hantar diorang balik GMI dengan Shah Alam, masing-masing muka mengantuk lagi. Masa bertolak tadi, subuh pun tka masuk lagi.

Next, aku dengan hubby sambung tidur kat mcD. Lepas bangun tu, terus balik KL, pergi Wangsa Walk, tengok John Carter. Gigi pun tak gosok lagi. Hahaha.




- TAMAT -

******************************************

Gambar banana boat tu credit to Afif Manaf.


Carnival Day

2 minggu aku tak lena tunggu hari karnival ni. Sebab aku tak suka sangat sukan-sukan bagai. Tambah-tambah bila aku kena pulak ambil bahagian sama. Memang tetiba rasa 2 minggu tu LAJU ja sampai -..-

17/3/2012 = Sabtu, subjek koko aku buat hari kokurikulum. Pagi-pagi lagi pukul 6 aku dah bangun, mandi siap. Aturcara kata pukul 7 start aerobik kat kompleks sukan. Tapi aku pergi kompleks sukan pukul 7.45. Tu pun kat kolej ada lagi orang tengah tunggu orang.




Sampai kat kompleks sukan, orang ramai still duk terkedek kedek berjalan lagi. Ramai lagi yang beratur panjang nak daftar kedatangan.





Ni muka-muka tengah daftar. Habis merempat kat kereta aku sebab cari pen.

Lepas daftar, boleh ambil roti dengan air mineral. Lepas tu boleh beratur buat senaman ringan. Laki and perempuan asing dari A to Z. Means aktiviti koko hari ni memang TAK bercampur laki lansung. Lega amat ..




Time ni baru ja dilepaskan untuk merentas Unisel. Orang depan semua lari. Yang belakang .. Siap peace yaw.




Laluan rentas. Boleh tahan la jauh dia. Ada 5 check point semua. Baru fikir nak mengelat ..




Sempat singgah fakulti aku lagi woi. Haha. Maka, jadi lah kami geng third paling last. Hehe.




Dekat tasik Unisel. Shah Alam punya kampus takda tasik-tasik bagai ni :p




Ramai yang dah sampai.




Sampai-sampai ja, terus cari borang. Aktiviti koko hari ni 25 % markah koko aku. Tu pasal la aku join ja even hati kata TAK NAK.




Muka-muka 25 %. InsyaAllah, semuanya akan dapat A++.




Hak ni sure sure dah A++ :p




Gerai jualan. Kecik ja pun -.-'

Dalam pukul 10 aktiviti ni habis. Lepas tu kitorang boleh balik kolej dah. Tidur-tidur. Semalam tidur lambat gila kot sebab duk berlatih drama. Balik bilik ja terus pengsan.

Dalam pukul 12 tu aku bangun dah mandi siap. Lepas tu Erna dengan Emly datang mekap-mekap bagai.




Bab mekap-mekap ni memang selalu serah kat Erna.

Tengah-tengah mekap, orang lain bising sebab diorang dah tunggu lama. Terpaksa sambung mekap kat bilik tutorial plak.




Kat sini la kitorang berlatih drama for the whole 2 days. BT 9 :)

Mekap lama gila. Pukul 2 janji kena ada kat dewan, pukul 2 lebih baru kitorang pergi. Tu pun kena buat 5 trip untuk angkut sorang-sorang pergi dengan kereta. Takut mekap cair punya pasai. Jauh plak satu hal.





Lepas cabut undi, kitorang kena buat persembahan ke-8. Sementara nak naik pentas tu, rasa nervous nak mampos .. Even dewan tu bertutup and tak ada laki, tapi kemaluan dia tetap sama -..- *perh !




Aku jadi pari-pari -.-' Boleh bajet cute tak kat situ ? Ramai gila orang tegur aku hari ni. Haha. Tapi takda la plak yang nak mintak sain.

Ok, lepas habis drama, memang LEGA GILA ! Tak dapat digambarkan rasa lega tu macam mana. Haha. Lega .. Lega .. Habis-habis tu ja, terus aku dengan 4 others balik rumah, solat. Pukul 4 petang lebih dah kot. Lepas solat zohor, terus azan asar -..- Mama tau mesti kena marah.

Lepas solat, patah balik pergi kompleks sukan, tapi acara dah habis. Then terus pergi warung, makan. Lapar gila kot. Rasa nak makan ja meja kerusi tu dulu as pelapik perut. Lapar punya masalah ..




Tak habis kat sini, malam tu pukul 8.45 kena pergi masjid plak. SEMUA wajib. Ni yang aku hot ! Semua orang termasuk India, Cina, kena pergi masjid. Apa kejadah. Memang la diorang wajibkan benda tu sebab nak suruh kitorang ( ISLAM ) dengar forum. Tapi apa kes plak nak suruh India, Cina dengar ceramah agama orang lain. Diorang ( India, Cina ) tunggu dekat masjid dari pukul 8.30 malam tau. Pukul 11.45 macam tu baru penyampaian hadiah dalam masjid tu start. Apa kejadah ? Kesian India Cina ni semua woi. Semuanya semata-mata untuk 25 % markah koko. What the tolol ??

Monday, March 12, 2012

konvoi Port Dickson [ part 2 ]

Sambungan

Kitorang bertolak dari GMI terus naik highway. Dekat Nilai tu ada la jem tapi jem bergerak, bukan yang stop terus tu. Masa tu dah pukul 1.20 petang lebih dah. Sementara nak sampai PD, ada la 2 jam duk lenguh dalam kereta. Hubby pun berapa kali menguap ntah. Hihi. Sebelum naik highway tadi, stop dekat stesyen minyak. Buat la apa nak buat kat sini. Shaha bagi air sekotak besar tu untuk minum dengan roti sorang satu sebab memang tak sempat nak lunch. Dah terlambat ..

Lepas sampai PD, 2 3 kali kitorang duk ulang alik kat tempat yang sama. Sebab plan asal nak berkelah kat Teluk Kemang, tapi lepas tu nampak port tak cantik. Patah balik pergi PD. Lepas tu nampak port tak cantik jugak, u-turn balik pergi Teluk Kemang.




Masa ni parking kat depan toilet. Tengok tak cantik jugak sebab ramai orang, lepas tu ubah kereta lagi pergi kat the other side -.-'




Ok, finally dah sampai.




Kereta Cat




Dah jumpa port kat bawah pokok :)




Sampai-sampai ja, yang perempuan ni blur. Tak tau nak buat apa sebab geng laki ja yang buat semua. Dari setup tempat sampai la ke masak.










Bawa air gas banyak gila. Junk food pun ada. Tak sempat nak makan pun semua-semua ni sebab syok mandi. Tu pun, hari tu kat event punya la plan nak buat sukaneka bagai-bagai. Last-last semua pakat tak jadi.




Yang duduk tu Fateen. Yang berdiri Reena.




Campur beg aku + hubby + Fairuz.

Sebab dah blur gila tak tau nak buat apa, Yus ajak aku turun pantai. Masa ni baru pukul 4 lebih kot. Air pun tak pasang lagi. So boleh jalan-jalan sampai tengah laut.




Ada camping sekolah menengah. SMK tu sekolah menengah la kan. Tapi muka sebijik sebijik macam sekolah rendah. Confirm mak pak depa suruh depa kawin lambat. Bagi matang dulu -..-




Ada tiny tiny ketam :p



Far far away from tapak.

Before datang sini dah cakap dekat hubby nak duduk dengan hubby ja masa kat sini. Tapi bila dah sampai sini "takpa la hubby, nak jalan-jalan dengan Rizha". Hehe.

Lepas melilau-melilau, aku dengan Yus balik pergi tapak, lepas tu pergi salin baju. Nak salin baju kat sini kena bayar 50 sen. Nak mandi kena bayar seringgit. Aku salin baju pun Yus yang bayarkan. Hehe. Thanks >.<

Lepas salin baju, balik tapak, kitorang offer la diri nak tolong bakar ayam. Masa tu Shaha dengan Ubai yang bakar ayam. Tapi diorang kata "takpa takpa". Siap suruh kami pergi mandi lagi. Nak tak nak TERpaksa la pergi mandi. Hew hew hew.

Dalam pukul 5 tu air dah pasang. Best mandi. Haha. Memula aku mandi dengan Yus. Hubby mandi dengan Ijat, Zaki. Tapi lepas tu masing-masing balik, tinggal aku dengan hubby ja. Jeng jeng :p Afif dengan Fatim awal-awal lagi dah hilang dalam air. Haha.

Next .. banana boat. Coming soon. ( gambar ada dekat Afif )



Konvoi Port Dickson [ part 1 ]

Benda ni dah sebulan lebih dah plan. Lama gila kot admin kitorang duk semangat. Hehe. Admin jalan-jalan ni selalu bagi kat Afif Manaf. Dulu nak pergi Floria, tak jadi. Nak pergi Bukit Tinggi, tak jadi. Syukur la kali ni punya plan nak pergi Port Dickson menjadi.

Semuanya 12 orang yang follow ni. 3 buah kereta.

Pukul 7 pagi lebih lagi aku dah start siap-siap sebab takut diorang semua tunggu. Pukul 8 pagi tepat tu aku dah bertolak dari Unisel. Sampai kat separuh jalan ja, terpaksa plak patah balik sebab tertinggal kemera. 20 minit pulak la nak patah balik. Overoll, more than 40 minutes yang rugi kat situ. Huhu T.T

Sampai dekat hubby dalam pukul 9.30 lebih. Suppose pukul 9.45 tu dah sampai dekat apartment Fairuz, tapi ni dah terlambat sakan dah. Kesian diorang tunggu. Fairuz tinggal dekat Apartment Baiduri. Fatim dengan Ijat pun tunggu situ. Angkut semua dari 1 tempat sekaligus senang. Fatim ni awek admin, Afif Manaf. Kenal-kenal dia dari facebook ja. Ni first time jumpa. Cute ja budak dia. Kecik ! :p Ijat ni pun kenal dari facebook jugak. Kawan Fairuz dekat Uitm :) Afif Manaf ni aku pernah jumpa dia sekali ja. 2 tahun lepas kat entry ni. Sama la dengan Shaha, Ubai and Zaki. Tapi Shaha ni aku kenal lama dah sebab dia pekwe fairuz.

Lepas pick Fairuz, Fatim dengan Ijat kat Shah Alam, kitorang pergi GMI kat Bangi plak. Semua berkumpul kat situ. Yang ada kat GMI ni Shaha, Afif, Zaki, Ubai, Fateen, Reena, Cat. Shaha dah kenal, Afif dah kenal, Zaki dah kenal, Fateen + Reena + Cat lansung tak kenal lagi. Sekarang ni baru kenal. 




Masa Ijat dengan hubby pergi bilik diorang, panas gila kot tunggu kat kereta. Bahang oii. Puas melilau kat sini. Tapi situ asrama laki. Guard pun dah tengok pelek. Pehal plak kan minah-minah ni duk melilau kat asrama laki -.-'




Baju merah tu Fairuz. Orang selalu panggil Rizha tapi aku dah terbiasa panggil Yusz. Baju hitam tu Fatim. Pakai baju nak mandi siap. Semangat..



See .. Puas melilau. Aku ja terpaksa duduk kat kereta sebab kereta tak berkunci. Kunci plak ada kat hubby.




Ni baru 1/4 barang. Ada lagi meja tikar bagai. Lengkap la kalau pergi dengan diorang ni. Tak kurang satu habuk pun. Mula-mula tu plan pergi 2 kereta ja. Naik Citra aku boleh 7 orang, Myvi Cat boleh 5 orang. Tapi tak bajet pun yang banyak gila barang nak bawa and orang pun tetiba beranak lagi 2. So terpaksa sewa kancil lagi sebuah.




Sweet couple. Jelous oh tengok diorang :) Ni la Admin. Afif Manaf.





Laki baju koko tu Ijat. Laki singlet putih seluar belang-belang kaki nyamuk aedes tu Cat. Haha.Yang duk pegang kereta pakai baju hitam tu Ubai.

Lama gila kot kitorang stay kat GMI ni. Bersiap lama gila. Aku ingat aku yang terlambat 40 minit tadi dah kira lama dah. Diorang ni lagi lama kot. Pukul 12 lebih baru kitorang bertolak pergi PD. Kereta Cat, Cat la drive. Kereta kancil, Afif drive. Laju gila kot diorang ni drive -..-




Sandwich ! Fairuz yang buat :D Sampai 2 bekas dia buat. Sedap :) Hubby sampai menambah nambah.




Follow Cat. Second Admin. Mula-mula tak kenal Cat ni lagi, aku dah rasa cuak dah. Pehal mamat ni macam ni. Rasa macam tak semangat je nak ikut camping. Tapi lepas kenal, baru la tahu. Fun fun ja dia ni. Kira lagi meriah and bising la bila dia ada.




Depan Cat, belakang Afif.

Zaki dengan Ijat naik dengan Cat. Fatim, Ubai dengan Shaha ikut Afif. Fatim kompom la ikut pakwe dia. Geng perempuan semua naik dengan aku. Nasib ada aku. Kalau aku takda, and tinggal hubby sorang ja laki dalam kereta tu, memang hot and crunchy la cerita dia :p

Sampai tu ja nak update. Gambar kat PD ada banyak kat Afif. Lepas dapat gambar, baru nak update lagi. Good night !