Wednesday, August 28, 2013

Singapore trip - preparation (step 1)

Assalamualaikum :)


Ni antara preparation yang aku buat before pergi Singapore for 3 days and 3 nights. 3 days, 3 nights ? Macam mana tu ? Fikir sendiri la. 

Actually aku tak pernah sampai pun sana. Ni kira first time la. And untuk first time ni jugak aku pilih untuk pergi sendiri with 2 ladies. Among my best buddies yang ada sekarang ni. Kaki jalan jugak memasing. Kasut bersepah -.-"

Selalunya kalau nak pergi lepas sempadan ni, mesti akan pergi dengan parents. Tapi kali ni abah support ja semua. From top to toe, dari duit tiket sampai la ke duit poket. Thanks abah :')

******************************************

Few weeks before departure, Kitorang dah list-kan apa yang kena bayar (sebab booking tiket semua nak pakai online. LAJU !). Kitorang ni sangat lah malas nak beratur bagai. So booking pakai hujung jari je senang. Alang-alang kaki tak cramp, tetiba jari plak cramp. Takpa. Redha je. Haha.

And aktiviti menternak lemak pun bermula. Tanpa perlu berjalan and beratur, kitorang booked hotel melalui incik agoda. Dekat sini korang boleh dapat macam-macam jenis bilik yang korang nak. Pilih la samada nak yang murah or mahal. And dekat agoda ni, korang akan dapat diskaun yang tahap nak terjun Gunung Kinabalu. Sangat la banyak diskaun dia. Superb.




Jangan lupa isi tarikh daftar masuk and keluar untuk tengok availability of your chosen room :) Kang melopong plak kempunan. Zaman ni dah takda dah batu belah batu bertangkup.




After usha-usha pat-pluh-nam juta kali, kitorang setuju nak pilih Mercury Backpackers Hostel. Dah nama pun backpacker, harus la pilih yang bajet and adventurous. Yeke ?

Actually hostel ni member aku pernah pergi. Ada ja gambar-gambar dalam fb dia. Aku dah kaji bertahun dah... (tipunya !)




Isi ja form yang dia kasi. And buat payment tu boleh ja kalau nak pakai atm card yang ada visa. Macam aku, aku bayar pakai maybank card visa. Kalau nak bayar pakai atm card ni, untuk direct full payment je boleh. Untuk reservation yang 'booked dulu, bayar kemudian sampai tarikh sekian-sekian' tu tak boleh. Ni takat pengalaman aku la. Kalau orang lain boleh buat reservation pakai atm visa tu tak tau lah.

And then sampai bab train plak. Aku pilih ktm intercity sebab train ni dia bergerak sampai Singapore. And kenapa aku tak pilih flight ? Sebab aku nak merasa naik train tu lagu mana. 9 jam perjalanan babe ! Mampos. Haha.

Untuk book tiket, buka Mozila Firefox > Google > ktm intercity > klik KTM e-ticket > sign up. Kalau dah pernah sign up, sign in jela. And bila dah sign in, dia akan keluar macam kat bawah ni.




Isi ja mana yang patut. Masa aku buat, aku tak boleh booked online sebab ada error apa ntah. Maybe server down kot. So Tira la yang tolong booked-kan semua kat kaunter. Thanks Tira :)

So, done with the most important things. Yang lain-lain tak kesah sangat sebab tau yang tiket akan tetap ada. Train ni berebut sikit la sebab nak katil.




Tapi aku tak dapat katil pun sebab terlambat booking. Dapat seat je untuk pergi balik. Takpa lah. Maybe takda rezeki kot. So instead of marah Tira sayang sebab lambat pergi booking, baik fikir positif jela. Maybe duit balance tu boleh beli kasut ke. Haha. Or maybe ditakdirkan taknak kasi baju and tudung aku berkedut sebab tidur baring ke. Who knows :)

So, 2 more tickets to book later on. Say hi to agent :)










Kbai.


No comments: