Previous entry dah cakap kan, flight terbang pukul 6.40 pagi. So harus la check in at least an hour before that. So harus la get ready 2 hours before that sebab kita kena always 'relax brother, brother relax'. Haha. Tu sebab kena tidur surau, bukan check in hotel.
This morning kitorang breakfast atas flight je. Dari banyak tak banyak sangat dalam menu, 6 out of 7 pilih nasi ayam. Mama plak pilih nasi lemak sebab mama tak makan ayam. Para bakal menantu yang nak jadi menantu tu harap ingat eh. Order nasi, dapat la seketul air spritzer terbantut tumbesaran tu. Tak puas minum air sikit, order lagi fresh oren yang terbantut jugak tumbesaran dia, tapi harga dia tak setaraf tinggi dia. RM6 sebotol. Kau hado ? -_-"
From LCCT, kitorang landing kat Juanda International Airport, Surabaya, Indonesia. Vacation kali ni, kitorang nak habiskan Indonesia East Java. From Surabaya to Bromo to Malang to Tretes and going back to Surabaya. Perbezaan masa antara Malaysia dengan East Java ni adalah 1 jam. Malaysia cepat 1 jam dari East Java. Jadi, kitorang sampai sini pukul 8 lebih jam East Java.
Dekat airport, kitorang disambut oleh Pak Alwi. Terkejut aku tengok dia, sebab dia ni pernah guide kitorang masa previous vacation dekat Bandung. Dalam banyak-banyak guider, aku suka dengan Pak Alwi ni sebab dia kelakar gila. Memang gelak non-stop la kalau dengan dia. Umur dah 42, tapi muka tak makan tua pun. Siap menggatal lagi. Pantang jumpa awek, semua dia mengayat. Haha. Tapi anak dah 4 -_-".
First day kat sini tak rasa best sangat sebab tengah period pain gila-gila. Sampai berpeluh tahan sakit. Dalam van tu asyik tidur ja. Mama bagi panadol biasa tu, tapi tak jalan jugak. So tidur la ubat dia.
Sedar-sedar, dah sampai Masjid Mohammad Cheng Hoo.
First day ni kitorang bermalam dekat Bromo. Perjalanan dari Surabaya ke Bromo makan masa lebih kurang 8 jam. Fuhh !
Tapi on the road tu, sempat lagi singgah shopping kat Tanggulangin. Semua produk dekat sini 100% dari kulit. Banyak jugak beg dari jenama yang famous macam LV, Burberry, Guess. Ada jugak beg yang takda jenama tp memang kulit and design dia the best. Macam beg kuliah aku tu, 100% kulit and tahan lasak. Tapi takda jenama. Tapi ADA AKU KESAH ? BTW, dekat sini pun aku beli handbag yang takda jenama jugak. Takpa, janji bukan ciplak ;)
Design and kualiti barang-barang kat sini memang terbaik. Serious semua cantik-cantik. Rasa macam nak beli kedai terus.
Excited sampai ter-aerobik. Haha.
Habis 2 juta dalam masa sejam. Tahniah -_-
Pekerja-pekerja kat kedai tu ramah sangat sampai suruh bergambar depan kaunter. Haha. Dah la masing-masing tak pernah pegang dslr. Lepas snap je, memasing excited tengok gambar terang elok. Hehe. Kesian plak aku tengok minah dengan mamat ni.
Dekat sini abah tukar duit Malaysia ke rupiah. Supposed 1 ringgit = 3500 rupiah. More or less la. Tapi silap pergi cakap 1 ringgit = 3000 rupiah. Banyak rugi kat situ. Silap silap. Huhu.
Next, sambung lagi perjalanan. Malam ni kitorang bermalam dekat puncak. Nak naik sampai ke puncak tu punya la teruk. Curam nak mampos. Dah la gelap pun tahap nak meninggal, kena plak kabus tebal sampai tak nampak jalan, terus termeninggal. Huhu. Sumpah kabus tebal gila. Driver tu pakai lampu rendah je masa drive sebab kalau pakai lampu tinggi, terus silau diri sendiri. Lagi tak boleh gerak. Huhu.
See.. Kan aku tak tipu. Kabus tebal gila. Huhu.
First night ni tidur kat Bromo Permai. Hotel yang paling hujung sekali dekat atas gunung ni. Guider tu kata dia pilih hotel ni sebab esok pagi tak jauh sangat nak bergerak pergi lookout point.
Stop right here for today. Pukul 11 malam tu masing-masing dah pengsan sebab esok kena bangun awal gila. Kbai.
Bersambung ..
No comments:
Post a Comment