Wednesday, March 5, 2014

Indonesia trip - day 2

Assalamualaikum :)

I've waited for today dan akhirnya sampai jugak. Kalau before ni selalu tengok kat tv and internet ja, but today aku merasa sendiri macam mana pengalaman daki Gunung Bromo, tengok sunrise and tunggang kuda untuk panjat tengok kawah gunung berapi yang still aktif. 


We started by 3 am jam east java which mean pukul 4 pagi jam Malaysia. Bangun salin baju, cuci apa patut, then terus gerak. Kalau semalam kabus dia tebal ya amat, tapi pagi ni kabus dia dah takda. BUT suhu dia masyaAllah... Beku mak. 


Kalau datang sini, jangun lupa bawa glove, stoking tebal, sweater tebal, kasut and mafla. Kalau sensetif paru-paru, bawa la mask. Takut sesak nafas sebab sejuk hidung. Dari gambar ni, kalau nampak, aku pakai 2 helai sweater. Bukan sebab sweater tak cukup tebal, but sebab suhu tu super duper sejuk. Seriously !

Kalau before ni pergi Cameron and dah terasa sejuk dia, tu belum mencabar lagi. Dekat sini double sejuk. Kalau nak tau, blanket yang hotel ni bagi pun 4 lapis. 2 tebal and 2 nipis..


Transport pagi ni kitorang naik jeep ni sebab jeep ni je yang mampu nak panjat gunung.  


First destination, kitorang pergi tengok sunrise dekat puncak Gunung Penanjakan. Nak panjat ke puncak gunung untuk sampai ke lookout point ni punya la curam. Nasib baik gelap. So takda la gayat sangat. Suhu dekat atas ni aku tak sure berapa. Tapi bila search by blogs, around 3°- 20° celcius



1 jeep boleh muat dalam 6 orang. 2 dekat depan and 4 dekat belakang.


Dalam duk curam tu pun, ada lagi lori yang potong jeep kitorang. Dah la sarat dengan muatan. Seram gila tengok diorang ni. Rasa macam nak tergolek je seko-seko.


Sampai dekat atas Gunung Penanjakan, jeep akan stop and kitorang kena daki sendiri sampai ke puncak pakai kaki plak. No worries, ada tangga. Dekat bahagian parking jeep ni ada banyak kedai cenderahati and makan. So kalau rasa macam beku sangat dekat sini, masuk ja kedai makan. 


Untuk datang ke sini, make sure dekat tangan tu ada lampu suluh sebab tempat ni gelap sangat and berkabus tebal. So korang takkan nampak jiran sebelah. Thats why abah dah sediakan lampu suluh sorang satu. So proactive ^__^ Masa kitorang sampai tempat ni, tempat ni takda orang. Rasa mcam heaven gila sebab senang la nak tengok sunrise, tak payah tolak-tolak, tak payah lindung-lindung. Tapi tu cuma berangan je. Tak sampai setengah jam, tempat ni dah full.


Kitorang tinggalkan zon selesa untuk pergi solat. Even dah dapat tempat yang paling depan and confirm tak kan ada orang lindung punya lah, tapi kitorang still pergi solat. Tempat solat kat sini just an open pondok. Tips untuk solat kat atas ni, ambil wuduk dekat hotel ye. Sebab atas ni takda air panas, and suhu kat puncak ni double sejuk. Im sure korang tak nak dedahkan sikit aurat pun kat atas ni. Semuanya fully cover. Siap tarik mafla lagi untuk buat purdah. Haha.


See the crowd up there. Atas tembok pun ramai yang panjat. So macam mana nak tengok sunrise -_____- Lucky me pagi tu kabus tebal sangat. So tengok dari belakang pun takpa sebab tengok kat depan pun still tak nampak apa-apa. Hehe. 


If im lucky enough, pemandangan tu akan nampak macam ni. Ni curi kat Google je. Yang ori aku simpan sebab tak lawa. Lansung tak nampak apa. Kabus je semua.


Kabus sampai pagi.



Bila dah makin cerah, kitorang pun turun. Dah takda apa nak tengok dah sebab still berkabus. Tengok belakang aku tu. Gambar ni kelabu bukan masalah kualiti kamera, but sebab kabus.


Kalau tadi gelap tak nampak apa, sekarang dah nampak dah. Cantik gila pemandangan dekat sini. For me, ni benda baru la. Naik jeep panjat gunung yang curam 60 degree bukan senang. Seram .. Tambah-tambah bila jeep tu bunyi kuat and tak nak panjat dah, then driver tu tukar gear jeep sementara jeep tu undur ke belakang sikit. Fuhh ! 


See what i'm doing. I'm covering my nose sebab hidung dah pedih sangat. Nak bernafas pun susah. Sejuk gila even matahari dah meninggi.



But still can pose for this one. Haha. Sepanjang vacation ni, aku dengan abang selalu passing camera sebab memasing hantu bergambar. Lucky me :) Kalau ada hubby lagi seronok. 



Shopping kat sini, boleh beli macam-macam. But my advice, jangan pilih kedai ni. Mahal. Aku dengan abang merantau kedai atas-atas, dapat la sehelai baju 100 ribu rupiah. Tapi kedai ni still dengan harga 150 ribu rupiah. Mental disorder la tuan kedai tu.

Around jam 7 pagi kitorang turun. Kalau masa naik tadi seram gila, masa turun ni seronok la plak sebab nampak pemandangan dia cantik sangat-sangat. Then driver tu stop sekejap untuk bagi peluang kitorang bergambar.


Dekat belakang aku tu adalah Gunung Bromo. Dekat situ, kawah berapi dia still aktif and berasap.


Nak pergi ke Gunung Bromo, kitorang lalu kawasan Pasir Berbisik. Pasir-pasir kat sini terhasil dari letusan Gunung Bromo. Kalau tengok betul-betul, tanah kat sini semunya shining sebab dalam Gunung Bromo ni ada baru kristal. And tanah kat sini bewarna hitam pekat. 


Sampai ja kat sini, dah ada banyak ekor kuda and tuan kuda yang tunggu. Semuanya pakat tarik suruh naik kuda diorang. Nak tunggang seekor kuda dekat sini, kena bayar 150 ribu rupiah. Macam mahal, tapi sangat-sangat berbaloi. Trust me. Sebab kuda ni disediakan untuk pergi and balik. Dari jeep ke Gunung Bromo and dari Gunung Bromo ke jeep. Jeep kat sini tak boleh parking kat kaki Gunung Bromo. Jarak antara tempat parking jeep ke kaki gunung tu lebih kurang 1 km. And nak panjat ni pun bukan senang sebab curam and berlubang. So sangat-sangat berbaloi kalau tunggang kuda. And at the same time, niatkan untuk tolong diorang. So setiap nilai duit tu tak kan ada rasa menyesal :)


Mt. Bromo :)


Nak naik kuda ni bukan senang sebab aku ni berat kaki -____-. So kena mintak bantuan manusia-manusia sekeliling. And masa naik kuda tu, punya la gayat. Badan keras je sebab takut jatuh. Lepas tu tuan kuda tu ajar cara nak tunggang kuda. Dia kata pergerakan badan kita tu kena follow lenggok kuda. And macam-macam la dia ajar sampaikan aku bawa kuda tu sendiri. Dah tak perlu dah tuan kuda kat depan. Hehe. Best tunggang kuda :)


Ni masa kat atas Gunung Bromo dah. Get ready untuk panjat 200 anak tangga untuk tengok kawah.



Gunung berapi.


Over gila abang aku kat sini. Haha. Nak panjat beratus anak tangga ni bukan senang. So kat sini ada 3 pit stop yang korang bole duduk-duduk. 


Kawah ni still aktif. Ada bau blerang and still berasap. Duduk kat atas ni dalam 10 minit macam tu, then sambung turun plak. Masa nak naik tadi punya la seksa amat. Tapi time nak turun ni laju je. Tapi gayat sebab curam.


My mom ada bodyguard depan belakang kiri kanan. Kau hado ? :p


At 9 am, kitorang mula balik hotel. Sampai hotel, terus breakfast. Perut lapar gila, tapi tak dahaga sangat sebab sejuk. Makin minum, makin nak terkencing, makin seram nak pergi toilet.

Then rest kejap dalam 10 minutes, lepas tu mula pack barang and get ready untuk check out.


Hotel kitorang adalah hotel terakhir dekat hujung jalan before masuk Pasir Berbisik and Gunung Bromo. So, dari depan hotel, kitorang dah boleh nampak all those things. So kalau nak datang sini, pilih la Hotel Bromo Permai :)

Kalau semalam seram gila nak panjat gunung ni pakai van. Tapi bila dah siang, tengok cantik plak tempat ni.


Dekat kiri kanan lereng gunung ni ada banyak rumah. Semuanya cantik-cantik berkonsepkan reka bentuk Belanda. Sebab dulu tempat ni merupakan kawasan tawanan Belanda.

Selesai kat sini, kitorang gerak ke ladang epal. Dekat sini, kitorang boleh petik epal sendiri dari pokok. Something new to experience. Kan :)


Pokok dia tak banyak daun sebab daun-daun ni semua selalu dibuang untuk buahkan pokok. Lebih kurang macam tu la. Pokok epal ni ambil masa 4 bulan untuk berbuah and matang.


Closer look. Buah-buah fresh macam ni lagi sihat untuk makan sebab tak pakai lilin. Selalunya buat yang di-import tu akan disalut dengan lilin kat bahagian kulit dia supaya buah tu still fresh even dah berhari-hari dalam kargo. Learn more and keep healthy ok :)


Dah ada 4 ketul. 2 petik sendiri, 2 lagi curi abang punya. Muehehe :p

Lepas edisi memetik, kitorang dibawa ke cafe untuk rasa jus pink guava and roti bakar. Not bad. Then, terus keluar. And dekat depan pagar tu ada gerai yang jual macam-macam jenis kerepek and semuanya dibuat dari buah ori. Maknanya buah tu dikeringkan untuk jadi kerepek. Serious sedap macam buah ori. Tak berubah pun rasa dia. And yang plaing sedap, anggur and epal :)



Berbungkus-bungkus aku, adik dengan abang makan. Haha. Mama dengan abah duk membeli, kitorang makan yang tester punya sampai habis :p

Malam tu kitorang check in dekat Malang. Dah rasa macam check in hotel pakej honeymoon dah -____-


Kbai. Bersambung ..



No comments: