Wednesday, March 5, 2014

Indonesia trip - day 4

Masuk hari keempat dah. Aku pun dah letih nak update. 5 hari punya vacation, 5 hari update. Huhu.

Hari ni once again kitorang check out hotel. First destination kitorang hari ni Masjid Mohammad Cheng Hoo lagi. Masjid Cheng Hoo ni ada 3 buah kat Indonesia kalau tak silap. 


Masjid ni lagi besar dari masjid yang kitorang pergi masa hari pertama. Reka bentuk and warna dia sama ja macam yang hari tu. Cuma yang ni lagi besar.


Next, kitorang nak pergi shopping kat Sunan Ampel. Tapi masa ODW tu, kitorang stop dekat tempat kejadian lumpur lapindo. Lumpur lapindo ni dah tenggelamkan 16 buah kampung. Lumpur ni bukannya datang dari letusan gunung berapi or so what ever, tapi datang dari dalam tanah, which mean tanah tu menaik sampai habis semua kampung dia tenggelamkan. 



Nak tengok kawasan yang kena tenggelam tu, kena panjat tangga untuk naik atas benteng. Benteng ni kerajaan buat untuk selamatkan kawasan sebelah dari kena lumpur sebab seberang tu ada highway. Nak kata highway tu tak sangat la. Highway kita lagi besar and canggih. Highway diorang boleh bawa 90km/h je. 


Tanah lapang ni la lumpur. Dekat bawah-bawah tu penuh dengan rumah and jalan raya, tapi semuanya dah tenggelam habis. Sampai sekarang kerajaan Indonesia tak boleh buat apa-apa. Nak bersihkan kawasan ni pun tak boleh sebab lumpur ni boleh telan orang and dekat bawah lumpur ni dah tak ada tanah. Sebab tanah semua naik ke permukaan. Maknanya bawah tu cuma lubang. Kesian kan. Huhu.


Yang ramai-ramai kat sini ni semua mangsa lumpur ni. Setiap hari diorang datang sini. 

Next, kitorang pergi Sunan Ampel. Sunan Ampel ni famous sebab makam-makan wali songo dia. Songo tu bermaksud 9 sebab wali ni ada 9 orang. Sepanjang jalan nak masuk ke kawasan masjid tu ada kedai-kedai. Kawasan sini dipanggil Arab Street sebab ramai imigran arab yang tinggal sini and buka bisnes.



Serious bahang dekat sini. Sebab tu orang sini gelap-gelap. Sekali dengan aku naik burn -___-. Tapi barang kat sini murah. Telekung sutera dia cantik-cantik and murah-murah :)

Dekat sini, orang perempuan pun pergi solat jumaat. Hari yang kitorang pergi ni hari jumaat. So abah, abang, adik dengan pak ngah nak tunggu solat jumaat kat sini. Cerita pasai kasut, dekat sini ada jual slipar and jemaah digalakkan beli selipar ke masjid. Or pilihan lain, beli plastik yang budak-budak kat sini jual. Letak kasut dalam plastik, then bawa naik masjid solat sekali. 

Dekat sini ramai gila orang yang datang. And ramai gila tangan-tangan kreatif. So kalau rasa sayang gila kat kasut macam abah aku tu, bawa la kasut tu pergi mana-mana. Macam abah, masa kat LCCT hari tu kan tidur kat surau. Orang lain semua pakat tidur, dia plak sanggup tak tidur lansung semata-mata tak nak kasut RM1k dia tu hilang -____-



Travel guider kitorang suruh abang galas beg macam ni sebab kat sini ramai tangan kreatif.


Sapa kata muka aku hilang seri, meh cakap sini. Hihi :p


Ni makan Mbah Soleh. Dekat makam ni ada 9 kubur, 9 jasad, tapi 1 orang ja. Bukan kembar, tapi kalau ikut cerita diorang Mbah Soleh ni cuma pencuci masjid ja. 1 hari, dia meninggal. Pastu tetiba muncul lagi sorang Mbah Soleh. Then meninggal lagi. Dia meninggal and muncul balik sampai la ada 9 kubur tu. Tatau nak percaya ke tak..


I love my brothers. Hehe. Pergi memana kalau ada diorang, mesti aku akan lenggang dengan tangan kosong. Habis semua barang diorang nak tolong angkutkan :')

Second last before balik Malaysia, kitorang singgah monumen kapal selam.



Sempit tapi sejuk. Tak sangka kapal selam dulu-dulu dah ada air cond Panasonic :p


Ni lambang Surabaya. Sura = ikan yu, and baya = buaya.

Final of the day, kitorang singgah Mirota. Kat sini ada jual banyak barang kraf and batik. Bagi aku, aku tak excited sangat la masuk sini sebab aku bukan peminat batik jawa. And kraf kat sini, tak boleh bawa masuk rumah pun. I'm a Muslim.






Masa masuk compartment topeng-topeng ni semua, meremang habis bulu roma. Automatik rasa seram sejuk. Huhu.

Bagi aku bila masuk sini, boleh takat tengok seni jela. Tapi bagi mama sini la paling seronok hari ni. Sebab dia boleh beli fridge magnet dia. Habis penuh dah pintu peti ais kat rumah dia lekat.



Muka bergetah and penat. Serious !


Last, usha batik. Sepasang batik harga almost RM30. Kbai.

Bersambung ..


No comments: