Thursday, January 13, 2011

trip to UMP [part 1]

Tadi aku sampai dekat UMP dalam pukul 5.15 pagi. Rasanya la. Aku dah lupa plak. Huhu. Biasa la, orang makin muda. Lepas aku turun je dari bas tu and bas tu pun dah gerak, aku rasa lengang gila weyh. Sumpah sunyi. Then, jalan la aku sorang-sorang start dari pintu gerbang sampai la ke kolej. Pak guard ? Sekor pun aku tak jumpa. Dekat pondok guard pun takda. Hampeh. Makan gaji buta ke apa..

Masa aku jalan sengsorang tu, ada la aku dengar bunyi anjing. UMP kan zoo Pahang. Huhu. Time tu aku tak takut kena sergah dengan hantu ke apa. Aku cuma takut jumpa anjing je. Orang kata kalau jumpa anjing jangan lari, nanti dia ligan balik. Nak tau ligan tu apa ? Tanya budak Kedah.

Sampai je dekat bilik member aku, terus aku tidur sampai pukul 9 pagi. Nyenyak oh.

Then dalam pukul 11 pagi tu, member aku yang sekelas dengan aku sem lepas habis kelas. Diorang ajak lunch sama. So, kitorang pun lunch la bertiga. Borak-borak kejap, then aku masuk bilik balik. Online sampai pukul 6 petang.

Malam tu..

Yang ni la yang aku tunggu




Kue teaw tomyam. The best la bagi aku. Yang ni kira macam kue teaw tomyam paling sedap la yang pernah aku makan. Tengok saiz dia. Dah kembang kan. Memang sengaja aku bagi kembang. Heaven oh.

Malam ni kalau tidak nak ajak Nina, Ecah dengan Fika ja makan. Tapi kebetulan terjumpa semua classmate aku sem lepas. Lepas tu apa lagi, riuh weyh cafe tu. Jerit-jerit segala. Haih. Nama pun PEREMPUAN. Main peluk-peluk dekat situ. Wah, dah rasa artis time tu. Ada nak minta autograph tak ? =.="






Yang ni Fika. Dia rapat dengan aku. Result exam aku pun, dia la yang tengokkan. Aku sekali pun tak tengok lagi. Detail dia cerita kat aku. Huhu. Bila aku kata aku nak keluar, dia nangis weyh. First time orang call aku nangis-nangis sebab aku. Terharu neyh.





Bumbung cafe dah maju. Mana aci..........





Lepas makan je, kitorang borak-borak. Marshila buat silap mata bangang malam tu. Hak hak. Dengan Fika plak loyar buruk tak habis-habis. Memang rindu korang la. Haha.

Dalam pukul 10 lebih macam tu, aku ingat dah nak naik bilik. Tapi member yang aku tumpang tidur ni ( Dini ) lepak kat padang plak. So, kena jalan lagi. Alang-alang baru lepas makan. Huhu.






Yang main fon ni Dini

Diorang ni tiga-tiga budak matrik aku dulu. Tapi budak yang duduk sebelah Dini tu kitorang baru je kenal sem lepas. Kesian dia. Welcome to the club. Budak yang tengah gayut kat atas tu dulu jiran depan bilik aku dekat matrik. Sampai sekarang la dia jadi jiran bilik depan aku. Huhu. Eh, bukan sekarang. Sampai sem lepas. Hmm

Malam tu, balik je dari bilik aku terus tidur.

Nite nite..

.

2 comments:

eiyda said...

atin,tukaq u ka weh? huhu

Fatin said...

yes my dear
nk amek kos lain
sori x gtaw
huhu