Thursday, April 28, 2011

resepi blueberry cheese tart

Jum nak cerita bab makan plak. Bab isi perut, ubat gemuk, penternak lemak, segala segala lah. Haha.

Semalam Amirah Johari mintak resepi nak buat blueberry cheese tart ni. Tart yang aku buat untuk hubby dalam entri lepas. Ok Mira, hajat anda bakal tertunai okay ! Jangan nangis-nangis. Alolo :)

**************************************


Photo credit to incik google

Bahan-bahan (10 biji)

Untuk pastri
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • 240 gm tepung gandum

Untuk cheese filling [ inti ]
  • 250 gm cream cheese [ boleh dapat kat peti sejuk Tesco ]
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • Blueberry pie filling [ or nama glamour dia jem ]

Cara-cara

Untuk buat pastri :-

1) Pukul mentega / margerin + gula aising sampai creamy.
2) Masukkan telur and pukul lagi
3) Last, masukkan tepung and gaul sampai jadi doh.
4) Ambil segempal doh tu, then canai dia bagi sama tebal
5) Letak doh yang dah dicanai tu dalam bekas tart aluminium 
6) Tekan doh tu kemas-kemas
7) Bakar dengan guna api bawah pada suhu 180 selama 20 minit.
8) Tunggu sejuk dulu, then keluarkan tart dari acuan dia.

Untuk cheese filling :-

1) Pukul cream cheese + mentega + gula aising sampai fluffy.
2) Last sekali, masukkan telur + perahan lemon.
3) Then, ambil sudu, cedok ja cheese filling ni ke dalam pastri tart tadi
4) Lepas tu, letak blueberry pie filling [ or jem yang dah dicairkan ] dekat tengah-tengah cream cheese tu.
5) Susun semua tart tu atas dulang pembakar
6) Bakar tart ni pada suhu 180 selama 10 minit

*********************************

Siap ! Selamat membuat.

2 comments:

Munirah Bm said...

pandainye masak~jeles2...=)

Fatin Nadiah said...

hehe. xda pandai sgt pown..
msk smbil tgk resepi bole la ;p