Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Badrul Amin Zinol, 14, bersama adiknya, Amirul Hadi, 12, masing-masing melecur antara 30 hingga 40 peratus di bahagian tangan, kaki dan punggung, manakala bapa mereka, Zinol Ismail, 51, parah apabila melecur 100 peratus.
Difahamkan, Zinol dipercayai mengalami tekanan perasaan sejak Mac lalu mencurah petrol diambil dari motosikalnya sebelum membakar dirinya dalam bilik di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik mereka itu.
Adik ipar Zinol, Mohd Rozali Saad, 40, berkata, ketika kejadian dia hendak ke kedai sebelum terdengar bunyi bising dan asap keluar dari rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumah.
“Saya terkejut apabila melihat Badrul Amin dan Amirul Hadi berlari keluar dari rumah mereka sambil meraung kesakitan dengan kesan terbakar pada badan.
“Apabila masuk ke dalam bilik di rumah itu, saya dapati Zinol yang hampir seluruh tubuhnya terbakar terbaring dalam keadaan mengiring di tepi katil, manakala sebahagian bilik itu terbakar.
“Saya segera mengambil air di telaga berhampiran untuk memadam api bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian Zinol yang juga petani, berseorangan di dalam bilik, manakala dua anaknya tidur di ruang tamu rumah.
Bagaimanapun, Badrul Amin yang bersekolah petang menyedari kejadian itu meluru ke dalam bilik cuba menyelamatkan bapanya sebelum berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan pintu bilik berkenaan terkunci.
Keadaan itu menyebabkan Amirul Hadi yang berada di luar bertindak menendang pintu bilik berkenaan. Bagaimanapun, tindakan kedua beradik terbabit menyelamatkan Zinol akhirnya disambar api.
Ketika kejadian, anak bongsu mangsa, Nurul Amani Syuhadah, tiga tahun, turut berada di rumah berkenaan tetapi sempat menyelamatkan diri dengan berlari ke rumah nenek mereka.
Dalam pada itu, ibu dua beradik terbabit, Salma Saad, 47, berkata, ketika kejadian dia keluar menghantar anak kelimanya, Nurul Ain Farhanah, 9, ke sekolah terletak berhampiran rumah mereka.
“Kebiasaannya suami yang akan menghantar anak ke sekolah, tetapi pagi tadi (semalam) dia meminta saya menghantar anak kerana hendak tidur.
“Namun, selepas saya pulang ke rumah kira-kira 10 minit kemudian, saya terkejut
mendapati dia dalam keadaan berdiri dengan seluruh tubuh berasap akibat kesan terbakar sebelum rebah di dalam bilik itu,” katanya.
Katanya, ketika itu Badrul Amin dan Amirul Hadi lari ke rumah nenek mereka yang terletak bersebelahan.
Salma, seorang suri rumah berkata, suaminya mengalami masalah mental sejak mereka berkahwin 20 tahun lalu, tetapi penyakit berkenaan serius sejak awal Mac lalu.
Malah, katanya, suaminya pernah cuba menggantung diri pada minggu lalu dan pernah membakar motosikal miliknya di rumah mereka.
“Sepanjang berkahwin, kami tidak ada masalah. Malah, Zinol juga adalah bapa yang penyayang dan tidak pernah memukul anak-anak,” katanya.
Katanya, sepanjang perjalanan ke hospital, suaminya itu juga meminta maaf dan tidak berniat untuk mencederakan Badrul Amin dan Amirul Hadi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Syed Mohd Nasir Syed Darus ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Mangsa memang mengalami masalah mental dan pernah dua kali menerima rawatan di hospital akibat masalah itu,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
*******************************
Kita doakan la yang terbaik untuk family ni. Actually, pak cik ni ayah kawan aku dekat Saina dulu, Siti Murni Zinol. Family diorang dengan family aku memang rapat gila. Murni, takziah eh.
9 comments:
O00OO.. mcm tuu.. bru ak tauu~
terbayang lagi muka ayah dy dulu..
slalu jenguk muni.
Ya Allah..
harap muni kuat..
Al-Fatihah
tuu r.. cian dya wehh~
Pembetulan, apa yang ditulis metro tu x betul, abah x pernah sakit mental pun..Mak cakap selama hidup dengan abah 20 tahun abah tak pernah sakit, tapi salah yang ditulisnya, dah banyak kali suruh wartawan betulkan, x tahulah dibetulkan ke tidak, dah tak sanggup untuk baca paper .. x tahulah ada ke tidak kenyataan maaf ... kalau orang lain baca mungkin akan salah faham, abah kami x gila x sakit mental pon .. Biarlah Allah saja yang tahu apa yang terjadi...Abah seorang abah yang sangat baik..
kak amira, fatin dah tau cita sbnr. mak kak amira dah cita. yg berita ni fatin copy paste dr metro ja. sori eh
oh x pa, x payah sori2 pon , kak mira tau la fatin amik dr metro..kalau fatin x letak cni pon dah ramai org baca ..mtro pon dh ada mnta maaf tp bialah yg lepas tu lpas la.. tma kasih pd kuarga fatin yg baik sgt dgn arwah abah
xda pape lah. arwah abh kak mira pun baik ngan km skeluarga. tiap kali raya pun, mst arwah abah kak mira dtg umah kami. Kak mira jg la family kak mira baik2 ok. Jgn putus asa. Kalau, ada pape, jgn segan2 nak bg tau km kt sini. slagi mampu, km akan tlg kak mira skeluarga :)
takziah 2 Murni and family...
baru taw cita sebenar...
sesungguhnya Allah tdak akan menguji hambanya melainkan hambanya itu mampu menanggung ujian itu..
kak mira, saya pun nk mintak maaf pasal artikel tuh (even akak x kenal saya..
Post a Comment