Monday, February 27, 2012

sepetang di Bukit Tinggi

Sampai kolej hubby tadi, terus mesej b, tapi b tak balas. Lepas tu call pulak. B angkat, tapi dia baru bangun tidur T.T

Ni rupa orang yang terpaksa tunggu dalam kereta

.

.




Nasib baik masa b buka pintu kereta tadi, b puji-puji aku. Kalau tak .. :pp

Ni first time kot aku pakai selendang macam ni. Kalau tak, semua selendang aku jenis macam singa punya. Kembang setalam. Lepas tu terbang-terbang kat muka. Tapi style kembang tu pun aku suka. Lepas ni nak pakai selendang cover dada plak. Bakal suami suruh. Padahal mama suruh lama dah, tapi tak pernah ikut. I don't know why. Sorry mama :(

Pukul berapa eh .. 10 pagi kot, kitorang pergi Jalan pasar. Hubby nak beli barang dia. Kat Jalan Pasar ni la ada satu story. 1st experience. Ada la 2 mamat bertopi and berbeg galas ni nak selup beg aku. Mula-mula tu aku memang tak perasan sebab tengah fokus dekat hubby. Tetiba aku rasa macam ada orang duk merapat dengan aku. Mula-mula tu aku biar ja, tapi bila salah sorang start nak buka zip beg galas aku, terus aku tengok diaorang. Dan-dan diorang senyum macam kerang busuk doe. Perh ! Nak ja time tu, aku tak tengok kat diorang masa diorang nak buka zip beg aku tu, tapi aku nak angkat FCUK. Bajet orang tak sedar kot. Bodoh !

Dalam pukul 11 lebih baru hubby siap shopping. Lepas tu memang rush la pergi Tasik Titiwangsa sebab nak tengok pameran pet. Tapi result dia ..



Pameran dah habis ! :(

Ok. moody. Nasib baik kena pujuk :p Then singgah makan ja dekat situ. Nasib ada function gak datang Titiwangsa.

Dalam pukul 1 petang lebih, kitorang sampai dekat Bukit Tinggi. Nak datang sini pun sesat ohh. Tu tara tengok GPS. Kalau tak tengok, tak tau la -.-"

Ok, entry sorang dewasa = RM12. Ni just untuk masuk Taman eropah dengan jepun ja. Lain-lain bayar lagi -..-



Parking kat tingkat 2 hotel. Ok, jakun kejap. Tak tau nak jakun pasai pa .. Ok, biar gambar bercerita. Aku mengantuk. Zzz ..





Dua-dua pakat first time jejak sini. Tu yang masing-masing takmau kalah menunjukkan kejakunan. Tapi macam biasa, hubby is the winner. *bunga api keluar kiri kanan :p

 


Tempat macam ni, malam baru hidup aku rasa. Tak tau la, aku pun tak pernah mai. Ni first time merasa kejakunan.



Menara apa tak tau ni. Ada 3 tingkat. Duk tingkat ketiga baru la rasa sejuk macam 1 per 2 Genting. Kalau duduk kat ground floor, rasa macam kat Genting Sempah ja.



Ni kat hotel. Jangan salah faham. Aku dengan hubby mai sini tumpang kencing ja. Pundi kencing sarat sangat dah. Nak berjalan pun rasa tak seronok bila pundi kencing cekang ni. Huhu.




See .. sweet kan. Haha. Lagi sweet bila hubby pakai baju kemeja yang abah belikan untuk dia. Bakal ayah mertua hubby pun SO SWEET :D



Ok, nak balik dah. Nak pergi Taman Jepun plak.
 


Ni hotel. Bukan rumah aku. Tolong la jangan buat fitnah :p





Ok, dah sampai Japanese Park. Betul kot tu nama dia. Aku pun tak berapa nak betul dah ni. Mengantuk -..-




Ni kedai cenderahati dia. Air mineral botol kecik dia sebotol RM3. Sekian, terima kasih. Datang lagi !




Pondok menunggu. Dalam ni sejuk.




See .. sehati sejiwa. Ni gaya sepontan tanpa tengok kiri kanan. Sama ja dua-dua :D

Ok, dalam pukul 5 lebih tu kami dah balik KL dah. Pukul 7.30, elok-elok orang azan maghrib ja, aku sampai dah kat Unisel. Zzz ..




Thursday, February 23, 2012

bawa diri ke Pahang

Malam ni macam susah plak mata nak lelap. Tadi dah buat lab report Chemistry Two sampai pukul 2 pagi. Then mata ternganga macam ni ja sampai sekarang -..-

Orang lain dah tidur ? Untung laa ...

Ni story weekend minggu lepas punya. Tapi semalam baru dapat gambar-gambar ni dari kawan, so malam ni la kot baru rasa nak taip.

18/2 hari tu, lepas subuh ja aku terus masak sarapan untuk bawa dekat hubby. Bajet pagi-pagi ni kompom hubby tak sarapan lagi punya. Dah kenal sangat hubby tu :) Alang-alang pagi tu ex-awek adik aku datang teman aku tidur, dapat la kat dia 2 sandwich cheese. Krim tu sedap :D

Pas makan dengan hubby, terus bertolak pergi Kuantan. 3 jam drive dari KL. Hubby yang drive. Hehe. Kesian dia sakit urat habis. Alolo :p

Sampai kat sana ja, terus singgah UMP dulu. Rindu oh kat universiti lama aku :) Rindu kat kawan-kawan sana yang kepoh gila. Roomate yang super duper best. Sekarang ? -..- *hidung kempis kuncup.

Petang tu lepak merata la dengan member-member kelas aku dulu. Ya Allah, sumpah rindu dengar depa sembang. Kelakar :)

Malam tu last jumpa diorang. Kitorang lepak kat Padi. Restoren makan-makan. Diorang kata makanan situ sedap. Tomyam dia kaw punya pedas.




Aku dengan hubby tak makan pun. Just hubby la, mainum nescafe + fun fries. Marshila yang bayar. Thanks Mar :) Nanti boleh belanja lagi kot. Hee .. Try tengok aku. Chubby kau ! Pandai hubby aku bela. Kui kui kui :p




Ini style apa pun aku tak tau. Nama ja ada dslr, tapi aku tak explore pun :p Janji tau snap, setting sikit-sikit, sudah ..

Malam tu lepak Teluk Chempedak la. Jumpa Fika dengan bf dia kat sana jugak. Diorang pun overnite. Tapi malam ni penat sangat nak overnite sebab datang jauh-jauh. So hubby sorang ja lepak mcD. Aku tidur dalam kereta. Hubby siap selimutkan aku dengan kain pelekat lagi. So sweet :)

Esok tu hujan lebat gila. Ingat dalam pukul 10 pagi macam tu baru nak balik KL sebab nak jalan-jalan tepi pantai. Tapi, pukul 8 lebih kitorang dah gerak balik. And the driver for this time, me lah. Hubby tak sihat sebab semalam tak boleh tidur. Aku plak nyenyak ja tidur dalam kereta sebab selesa sangat. Kesian hubby :(

Lepas sampai KL, singgah beli tiket wayang terus. Cerita ..





Best. Tak rugi tiket dah kali ni :)

Lepas beli tiket, kitorang pergi masjid tentera dekat kolej hubby. Mandi manda kat situ. Lepas tu pergi tengok wayang. Lepas wayang, makan dekat food court Wangsa Walk tu. Dah la makan sepinggan licin. Lepas tu tapau lagi bakso. Perh ! Pandai hubby jaga sayang :D

Dating untuk minggu ni, akan diupdate nanti. Terima kasih !

Tuesday, February 14, 2012

Indonesia [ day 4 ]

Pagi ni pakai kain hadiah birthday dari Shima. Polka dot dot dot :p

Pagi ni boleh bangun lambat, siap lambat-lambat sikit sebab dah nak balik dah. Bas sampai pukul 10 pagi Malaysia. So pagi tu boleh sarapan banyak-banyak untuk isi masa lapang. Makan sampai sakit perut la.



Yang kat belakang aku tu, aku tak tau nama apa. Tapi benda tu macam banner kita la. Untuk tulis ucapan selamat, ucapan takziah segala. Memang kat tepi jalan raya penuh la. Yang tulisan bagai tu, dia buat dengan kelopak bunga plastik.




Even peace abah bergetar, tapi abah comei :) So aku nak upload jugak gambar abah kat sini.



Family. Except yang dua orang kat hujung belah kanan sekali tu. Yang tu husband and baby Cikgu Zu.


Ok, habis dah cerita travel to Indonesia dari aku. Chow ..

Indonesia [ day 3 ]

Sambungan dari Indonesia [ day 2 ]

*********************************

Pagi ni awal-awal lagi dah bad mood. Merajuk dengan mama. Huhu. Kalau keluar berjalan ja, mesti tak sah kalau tak buat hal dengan mama or abah :(

Kitorang memang dah on the way nak pergi Medan dah ni. Tapi before tu singgah pasar buah dia. Abah kempunan sangat nak buah salak. Angkut sampai 3 kilo. Padahal dia sorang ja boleh makan banyak. Aku, mama, mak ngah apa semua elergik salak. Nanti sakit dada sepanjang malam.




Lepas pasar, tetiba bas tu stop tengah-tengah jalan. Sebab nak tunjuk gunung berapi.




Lepas tu stop lagi. Singgah makan durian. Fresh weyh. Aku melantak sampai 4 biji. Satu, share yang Cikgu Zu punya. 1 lagi cina Australia belanja. 1 lagi abang Izul belanja. Last, pak ngah belanja. Haha. *demam





Then pergi rumah cenderahati. 




Tengok ja. Tak beli pun. Even banyak yang cantik-cantik. Tapi takut kalau beli, tak tau nak letak mana. Kalau ada rumah sendiri dengan hubby, tu lain cerita. Hehe.




Lepas penat jalan, makan.





Adik aku direct buat muka moody macam tu -..-

Lepas makan tengah hari, kitorang dah start shopping dah. Tempat first yang tourist guide kitorang turunkan kitorang, kat kedai telekung and batik. Kat sini, Melayu ja yang turun. Lain-lain orang, semua dia bawa pergi massage sebab diorang tak borong batik segala ni. Tapi barang-barang kat kedai ni haram mahal ! Dah la tak lawa pun. Bajet ja lebih. Tauke belagak plak tu. Huh ! Orang Batak memang semua macam ni kot. Terus kitorang keluar ja.




Tunggu bas lambat kat tepi jalan macam apa lagi. Huh.

Lepas sini, stop kat Pasar Ikan plak. Pasar ni nama ja Pasar Ikan, tapi dia tak jual ikan. Dia jual kain.




Kain dia mahal-mahal ok. Dah la tak lawa. Batik Langkawi lagi soft. 10 kali ganda soft and murah -..-


Lepas sini, pergi shopping complex dia. Apa nama ntah. Kat sini dapat la baju sehelai :p Lepas shopping complex ni, pergi 1 lagi shopping complex. Kat sini dapat lagi sehelai baju. Hehe. Baju kemeja untuk hubby tersayang :) Abah yang suruh beli. Terkejut gila ouh bila abah suruh pilih kemeja untuk hubby. Lepas abah cakap tu kan, aku lari pergi kat celah-celah baju gantung. Senyum sampai sakit pipi. Hahaha. 


Puas gila lepas beli baju hubby. Hehe. Malam ni boleh tidur lena :D





Insan ni dah bertungkus lumus untuk bagi kitorang semua bahagia. Thanks abah. Sayang abah sangat-sangat !!




Malam tu try baju hubby dalam bilik. Hehe. Muat sangat :)

Monday, February 13, 2012

food hunter dengan hubby

11/2 hari tu, kitorang pergi food hunter. Hubby memang plan awal-awal lagi nak expand perut. Tak cukup besar lagi dia kata. Hehe. Tapi pagi tu hubby kidnap aku pergi Tasik Titiwangsa dulu. Nak photog dia kata. Talent dia takda tauliah lansung ..





Pagi tu ada pertandingan memancing kat situ. Ramai jugak la ada. Tak perlu pun cakap benda ni. Tapi saja nak cakap.





Takda orang boleh ambil gambar kitorang. Huhu. So, guna timer ja la yang kitorang mampu.





Pipi kembung, ikan kembung jelous -..-

Pagi ni kitorang sarapan plus lunch sekali. Mula-mula tu order pau ja sorang sebiji dengan air sorang segelas. Lepas tu tambah order lagi, laksa sorang semangkuk dengan air lagi sorang segelas. Haha.

Lepas sini, kitorang pergi The Curve. Dah lama dah aku nak sangat makan meatball IKEA. Aku nak pergi situ pun sebab boleh keluar masuk banyak shopping complex. Lepas tu kat The Curve memang banyak kedai makan. Fuh. Memang makan jela.. Tapi tak makan pun kat tempat lain. Makan IKEA ja. Makan kedai IKEA :p



On the road. Jadi co-pilot ni memang best. Boleh kacau driver :D



Bila sampai ja, pusing-pusing sampai pening, lepas tu mula la cari tempat duduk. Dalam gambar ni, kitorang kat cinema complex The Curve. Kat depan hubby tu ada tv, duk ulang tayang triller Haywire sampai pitam. Lepas tu kami pun terpedaya la. Huh ! Ingatkan seronok. Rupanya .... ( lepas ni cerita )



Terjumpa cermin kembung ni masa nak pergi toilet. Nasib kau lah cermin. Hehe.



Ni pun jumpa cermin lagi. Haha. Cermin depan kedai kecantikan :p



Yang ni tak payah pakai cermin. 


 

Selalunya aku jadi gila sebab ada hubby. Tapi gila versi baik punya. Nak gila versi tak baik, tunggu bila takda hubby. Memang nak emo ja memanjang dengan hubby  :p
Dah habis pusing The Curve, segala curve-curve tu, kitorang pergi IKEA plak cari makan. Nyum nyum ..



Dapat meatball dari hubby. Lepas tu dapat ayam sekor. Haha. Semuanya bahagi half-half. Tapi hubby makan lagi banyak. Sebab bahagian aku pun dia habiskan :D


Lepas makan pun pusing The Curve balik. Malam tu teman hubby tengok bola dekat depan Street Bazaar tengah-tengah The Curve tu. Tengok sampai terlentok. Haha. Sedapnya tidur :p


Habis bola, kitorang pun balik. Pergi Wangsa Walk plak. Tengok Chronicle.





Ya Allah .. Tak best nya cerita ni. Huhu. Tapi aku suka part ending. Part tu jela. Rasa macam burn gila RM34 tengok cerita mengarut ni. Hm ..

Even dah malam, tapi date tak habis lagi. Malam tu berkampung dekat mcD. Time kat mcD ni pun satu hal. Pesan set meal, dia bagi happy meal. Huhu. Dia rasa-rasa, aku dah ada anak eh ? Ka dia bajet aku yang nak makan happy meal tu. -..-

Pagi esok tu, bangun-bangun tidur terus cari masjid la. Masjid tentera kat kolej hubby tu best. Bilik mandi dia super duper bersih and super duper besar.

Lepas wangi, pergi jalan TAR plak cari barang. Hubby beli frame ayat al-Quran satu. Lepas tu aku ambil buku 4 buah. So, cukup la RM200 vaucher hubby. Hubby suruh aku pilih buku untuk kitorang. Tu yang aku ambil buku panduan perkahwinan tu :p Lagi dua, buku fakta tentang lelaki sebuah, dengan buku fakta tentang wanita sebuah. Hehe. Lagi sebuah, buku aku :)

Lepas hantar frame masuk kereta, kitorang pergi cari cincin :) Dah jumpa cincin, kitorang terus rush balik. Anyway, parking kat jalan TAR mahal ! :( Kitorang kena RM10 sekali parking. 

Lepas ni tengok wayang lagi. Cerita Haywire sebab semalam terpengaruh dengan triller dia. Tengok-tengok ..



  Bapak tak best ! Huhu. Burn lagi RM34 *nangis laju-laju.

Kalau semalam, hubby ja yang tertidur time tengok Chronicle. Tapi hari ni, dengan aku-aku sekali terlelap. Sumpah rasa rugi gila tiket wayang hari ni. Pergi Genting balik hari pun lepas ja duit minyak ni :(

Lepas habis, kitorang terus laju-laju pergi Pizza Hut. Lapar. Tu yang order pun ikut perut ja tu. Banyak .. :p


Pesan banyak-banyak. Tak habis, bungkus bawa balik :) So pagi ni aku sarapan dengan pizza. Hihi. 

Lepas Pizza Hut, kitorang rush lagi pergi Carrefour. Aku nak beli hamster, tapi takda la pulak hamster kat sini. Dulu ada, sekarang dah takda. Huhu.

Lepas hantar hubby balik kolej, aku terus balik Unisel. Seram oh balik malam sorang-sorang lalu ikut hutan. Hm. Ni yang last kot. Lepas ni tak balik maghrib lagi dah. Serik :(