Tuesday, February 18, 2014

Wedding kawan baik

Final day of weekend. Majlis makan-makan la plak. Iolss memang suka bab makan ni. Pepagi lagi bangun awal nak mampos. Tapi dengan baju kurung tu la aku terpacak depan tv sambil tunggu hubby and Syidi.

Sampai kat tempat kenduri pun dah pukul 2 petang dah. 



Suka tema warna depa. Nak tiru lah :p


Habis makan, tak dak kerja lain dah.


Ni lagi la tak dak kerja. Haha. Aku tengok mamat ni, teringat pulak ke pakwe Erna. Haha. Ke betul ni pakwe dia ? Haha.


Baju, please jangan nak mengecil sangat -____-"


2 orang kat tepi tu, dah la mengintai orang tulis, lepas tu gelak-gelak plak. Huhu. Aku cuma tulis doakan aku dengan hubby je. Haha :p


Shahirah excited. Haha.


Pendek. Fine !


Happy tummy and happy couple here. Kbai ^__^





Doraemon Secret Gadget Expo

Assalamualaikum :)

Benda ni dah lama dah. Keluar masuk iklan radio era beratus kali dah. Sampai kekadang kalau iklan tu lalu, telinga aku macam tak tapis dah. Tapi since Tira kata seronok masuk situ, terus aku suruh hubby belikan tiket. Tiket dia just boleh beli kat BHP petrol terpilih and melalui online ja. 1 tiket RM25. Tapi akan kena tambahan cas RM3 untuk kos proses. So total, RM28 la kena bayar .. Sekian.



Ni hari kejadian. Viva Home ni rupanya bangunan shopping complex. Baru mak tau. Ingatkan show room kereta Viva >____<"



Show ni kat level 2. Naik ja sampai habis anak tangga tu. Karang jumpa la tu ye. Seteruskan, anda akan dihidangkan dengan gambar-gambar muntah darah. Sediakan plastik sebelum banjir. Sekian.













 








Habis dah. Lega dak lega dak lega dak ? Haha.

Kat luar tempat show ni ada tempat makan. Semuanya ada muka doraemon. Memula nak try yang Tira makan tu. Tapi bro tu kata benda tu jual pukul 12. Berkira ! 



So hubby beli ni.


Ni hot chocolate.

Lepas tu kitorang pergi main roller blade kat Subang Avanue sampai lebam. RM25 per entry. Kena tambah RM3 kalau tak bawa stoking. Tempat ni memang luas. Lepas tu bising nak mampos. Dia buat ala-ala disko. Tempat ni gelap, tapi ada banyak lampu neon.

Aku tak tau tempat ni buka pukul berapa. Tapi aku dengan hubby antara orang yang terawal la. Masa aku masuk tu, baru ada 2 orang dalam tu.



Semua barang kitorang, kitorang simpan dalam loker. RM2 per loker. So sebab tu takda gambar kitorang main. Sebab kamera kena kuarantin.



Main sampai 3 jam lebih. Lepas tu sambung dating lagi kat One Utama. Layan Vampire Academy. Best .... Tapi hubby tidur sampai habis -__-"

Malam pun dating lagi. Bila mengantuk baru balik. Kbai.




Majlis nikah

Such a happy weekend for this new year. Akhirnya best friend aku dah bernikah dengan pasangan gaduh putus gaduh putus gaduh putus dia. Haha. Pasangan wifey hubby ni dua-dua kawan aku. Yang wifey tu best friend aku since darjah 2. Believe it or not, sepanjang hidup aku, sekali ja aku pernah bertengkar ngan dia. SEKALI ja. Tu pun, sekali gaduh seminggu tak bertegur, seminggu tak bercakap. Lepas tu hebah 1 sekolah kami bergaduh sebab selama ni macam belangkas.

They met each other masa kitorang kat SMKAY. Itu sekolah menengah first kitorang sebelum aku keluar ke SAINA and Shahirah keluar ke MRSM. Yang si husband ni plak kekal je kat SMKAY tu. 

Banyak la kisah laki bini ni yang aku tak payah cerita kot. Tutup buku lama, buka je buku baru.

As a friend, Shahirah minta tolong aku snap gambar nikah dia. Nikah lepas asar. Tapi sebelum zohor lagi aku dengan hubby dah terpacak kat Masjid Tungku Kelana Jaya Petra. Bagus tak iolss -____-"



Disebabkan hari tu, hari Jumaat... so hubby pergi sembahyang jumaat dulu kat masjid tu. Aku ? Tunngu dalam kereta yang dah macam sauna dah. Lepas tu selfie sengsorang. Weirdo ... Yang hubby plak, orang tengah bagi khutbah, dia boleh plak whatsapp aku tanya tengah buat apa. Haha. Of cos la tengah sell fish :p

Lepas tu kitorang pergi makan nasi padang kat area situ. Im craving you know. Cari ayam penyet tak dapat, nasi padang pun kira aci la. Hehe. Dah la makan tu pakai tunjuk lauk macam tak makan seminggu -___-". Fatin, please belajar berjimat even mama kata bab makan jangan kedekut. Huhu.



Semua lauk tu aku punya. KECUALI ayam penyet. Haha ^__^ I have a happy tummy.

Lepas makan, patah balik pergi masjid sebab aku tak solat zohor lagi. Tak kan aku nak solat jumaat sekali dalam masjid tadi. Ye dak..

Lepas tu, masuk la asar. Nikah la sudah :)



Hantaran dia ada kek Wondermilk. Nyum nyum. Happy tummy aku berdendang lagi. Haha.


Ni Faiz. Kawan SMKAY. Dulu time sekolah, berlagak nak mampos. Tak tegur pompuan lansung KECUALI Shahirah sorang ja -__-. Tapi sekarang dah ok dah. Haha.


Ni Shahirah. My best friend, my partner in crime. Time sekolah sampai ke tua, bersaing tak habis-habis. No 1 dengan 2 tu memang tak kan pass kat orang lain dah. Sekolah menengah pun pilih sekolah sapa bagus lagi. Tapi sejak masuk universiti ni, dah habis dah persaingan sebab kadang-kadang peluang ada, tapi rezeki bukan di situ. Paham kan :) Rezeki aku sebab masih ada parents sedangkan dia dah takda. Tapi rezeki dia sebab dah bersuami sedangkan aku kira hari lagi :( At least Allah bagi rezeki tu dah betul dah.



Sekali lafaz ja, yang haram terus jadi halal :')


Habis majlis, ramai-ramai pakat bergambar kat bawah. Sebak plak time dengar Faiz lafaz akad terima nikah tu. Serious.



Tahniah korang :')


Habis kat sini, aku dengan hubby terus balik. Aku bermalam kat rumah Shima malam ni. As upah, aku bawa dia pergi Ampang Lookpoint. Nak sangat pergi kan ..





That all. Kbai.






Monday, February 10, 2014

Ber-broga Hill

Assalamualaikum :)

Mari update story laju-laju sebab hari ni super busy. Busy macam mak-mak dah ni. Kelmarin pergi Broga Hill. Pukul 3 pagi lagi aku dengan Aimi dah bangun mandi, bersiap. Tira plak liat gila nak bangun. Orang kejutkan dia, lagi dia tarik selimut tutup muka -___-" Dah la bila suruh mandi, dia kata tak nak mandi. Lepas tu dengan baju and seluar yang dia pakai tidur tu la dia pergi masuk kereta. Siap rembat selipar ntah sapa-sapa la sebab kasut lupa bawa. Hahaha.

Planning asal nak pergi 1 rumah la konon. Tapi sorang-sorang tarik diri. Ada yang boifren tak bagi pergi lah, ada yang nak balik kampung lah. Last-last tinggal aku, Tira, Aimi and hubby ja. Tu pun hubby hampir-hampir kena tinggal sebab bangun lambat. Dah 46 juta kali dah aku call. Ada dua fon, tapi dua-dua tak angkat. Hantar sms dengan whatsapp pun tak balas. Memang hampirrrrrrrr ditinggalkan sangat-sangat dah. Huhu.

Dari apartment hubby kat Batu Caves tu, ambil masa almost 1 hour jugak la untuk sampai Semenyih. Before panjat, kitorang stop solat subuh kat Petronas Semenyih. Sumpah ramai gila orang yang stop kat situ untuk solat. And most of them nak pergi panjat Broga.

Kitorang masuk parking kat ladang kelapa sawit. Per entry kena RM2. 



Mine :)


Ladang ni super luas and kereta yang parking pun super banyak. Maybe sebab weekend kot. Sebab tu ramai nak mampos. Tapi meriah. Suka plak aku pergi panjat-panjat bukit ni. Hehe. Dah lama gila aku stop bersukan ni. Masa panjat ni, meriah gila jantung aku. Berpeluh sakan. Puas sangat ! :)

Ladies kalau nak panjat ni, pakai la baju dengan seluar yang tak seksi. Ada sesetengah tu aku tengok, dah la kena panjat cerun, pakai plak seluar nampak line seluar dalam. Tak best la. Ada setengah tu plak pakai baju warna cerah and jarang. Bila banjir peluh, nampak habis tali-tali kat dalam baju tu. Hm. Yang panjat ni macam-macam jenis manusia ada. Ada tua, ada pakcik makcik, ada baby, ada budak sekolah and RAMAI laki-laki. 



Macam tak percaya ja berjaya panjat cerum curam. Haha. Nak naik sini aku tak set pun berapa minit. Tapi tak lama sangat pun sebab 1.7 KM je. 


Hubby caring gila masa aktiviti ni. Tak cukup dengan banjir baju, rasa nak banjirkan mata plak. Hehe :p


Kitorang planning nak tengok sunrise. Tapi tak sempat sebab lepas subuh baru start panjat. So bila dah sampai atas tu, dah cerah dah. Nak kata sejuk sangat kat atas tu, takda la. Tapi tak panas la. Kalau pakai baju hitam pun still ok la. 




Haha. Senget diorang ni sebenarnya :p



Semuanya kesayangan :) Tengok Tira. Panjat bukit pakai slipar ja woh ! Haha.


Ni masa nak turun cerun. Ada yang pakai tali ni sebab curam sangat. Tapi kitorang tak pakai tali. Gasak turun macam tu ja. Test kasut baru. Haha. Tapi kesian Tira la sebab dia pakai selipar.


Kitorang turun bila rasa matahari macam nak panas dah. Masa turun tu tak penat sangat. Tapi kena jaga-jaga la sebab takut tergelongsor. Sebab ramai dah yang buat tanah kat situ jadi papan gelongsor. Tergolek-golek. Nasib baik kotor seluar je. Kalau koyak, tak ke malu.




Pagi tadi tak nampak sangat suasana kat sini. Bila dah turun baru nampak. Banyak gila kereta.


Before balik, main belon yang beli kelmarin. Ingat nak bawa panjat Broga sekali, tapi tak jadi. Tengok, nak terbang pun dah segan. Tapi, ok la. Tengok muka-muka happy kat situ. Puas :)

Sampai-sampai ja kat kereta, baru sedar kata cermin tingkap driver tak tutup. Buka sampai habis plak tu. Nasib baik rezeki kitorang baik sebab takda barang hilang. Purse Aimi pun tak kena curi. Smart tag, TnG, Papago apa semua ada lagi. Syukur sangat sebab Allah still pelihara :) Next, cari makan. Lapar gila. Hubby bawa pergi Old Town White Coffee. Denga busuknya, selekehnya, kotornya, selamber je kitorang masuk order. Haha.




Kbai.