Wednesday, September 18, 2013

Singapore trip - day 2 (part 2)

Ok, sambung :)

Lepas simpan beg kat loker, acara wajib yang aku rasa semua orang akan buat = bergambar dengan globe Universal Studio ni. Menatang ni pusing-pusing. So kena tunggu lama nak tunggu dia pusing perkataan universal tu. Ngek.. ngek.. ngek.. lembab.




Lepas tu baru boleh masuk. Macam yang aku cerita dekat previous entry, aku dah siap-siap beli tiket kat agent sebelum datang sini. So tak payah penat-penat beratur. Just masuk terus :)



Entrance



Universal Studio Store

Dalam USS ni ada banyak compartment. Madagascar la, Jurassic Park la. And semua tu akan ada store sendiri. Tapi dekat Universal Studio Store ni, dia kumpulkan semua barang-barang dalam lain-lain store dalam satu kedai ja. So kalau terlepas yang kat belakang, boleh la beli kat depan. Kedai ni dekat dengan entrance.



Even ramai sangat orang, tapi seronok sebab meriah.




USS ni landskap dia bulat. So memang takkan sesat and takkan miss anything. Just jalan je. Sebab dia akan jumpa hujung dengan hujung. So kitorang start dengan ke kiri dulu. Lalu Madagaskar.



Map ni memang bawa dari Malaysia. Agent yang bagi.



Kalau tengok dekat map tu, memang lengkap. Korang akan tau toilet dekat mana, loker dekat mana, kedai makan halal dekat mana, store dekat mana, game dekat mana, etc. And dekat sini pun ada surau. Jangan risau. Solat kan tiang agama :) Bukan pakai niat je. Orang yang perlekehkan solat, orang tu memang buta agama. Kesian dengan orang macam ni :|



First place yang kitorang pergi, madagaskar : the crate adventure. Dekat madagaskar ni kena naik bot. Seronok. Tak nak cerita. Kena pergi sendiri and tengok. Hehe.



Oh ya, kat USS ni ada banyak tempat minum air macam ni. So boleh bawa botol kosong and refill ja air ni. Tapi kalau ikutkan mama, mama tak bagi minum air Singapore. Dia suruh beli air botol ja sebab air yang datang dari paip kat sini, bukan air bersih dari gunung/sungai/laut/tasik. Tapi air rawat. Maknanya air yang dah guna and dikitar semula untuk jadi air bersih. Faham ? 



Ni rumah Ogre kot. Rumah shrek. Aku pun tak tau. Tak boleh masuk.



Masuk je kawasan Far Far Away, kitorang jumpa maskot-maskot cerita shrek. Nak ambil gambar ni pun kena beratur bagai. Tapi nasib la tak ramai.



Maskot meow ni plak miang. Aku nak ambil gambar biasa-biasa ja, dia plak tarik tangan letak macam tu -.-" Dengan Aimi lagi la... siap pegang dua-dua belah tangan lagi.



Dekat sini ada Enchanted Airways. Dia kena naik naga, lepas tu pusing-pusing sampai keluar anak tekak. Haha. Masa beratur tu aku tak tau lagi kena naik apa. Bila dah ada depan mata, baru macam "wahhhhhhhhh".



Lepas tu terus masuk teater 4D ni. Tengok kat luar tu takda lansung orang beratur. Tapi bila masuk dalam, ramai plak. Teater ni ada 2 bahagian. Bahagian iklan, then pergi bahagian teater. Bila masuk dalam pun tengok iklan dia macam tak best. Sekali masuk teater ....



4D. Memang la best. Kena pakai spek 3D, tapi yang extra best tu sebab apa yang jadi dalam skrin, luar akan rasa. Macam rasa angin ke, rasa air ke, kuda lari ke, api sembur ke. Semua akan rasa.

Keluar ja dari teater, akan lalu store dia. Lepas tu nampak juice bar. Ada nampak air macam slurpee 7-Eleven. Terus dahaga. Haha. So kitorang pun pakat la beli sorang satu. Harga dia lebih kurang 17 dolar each. Beli botol, dapat air free :) Tapi bila convert duit Malaysia, satu botol tu RM44 lebih kurang. Nasib baik melancong. Kalau kat negara sendiri, fikir 2 kali kot nak beli.



Create your own happiness. Abaikan manusia-manusia negatif kat luar sana. Perosak otak ja tu :)



Next, singgah The Lost World. Sini aku missed 2 benda. Water show kat waterworld dengan yang naik canopy flyer tu. Nak naik canopy flyer, tapi macam takut. Kaki terjuntai-juntai :p

Last-last naik Jurassic Park Rapids Adventure.




Sumpah ramai gila. Sejam kot beratur ni.



Nanti akan naik bot. So dia memang sediakan mesin baju hujan ni. 1 baju plastik tu = 3 dolar.



Setakat ni takda lagi la game yang menyesal main :)



Next, Ancient Egypt. Sini ada makanan halal. Actually banyak ja tempat makanan halal. Tapi pilih la menu nak makan apa. Macam aku, aku craving nasi.



Set combo 3. Nasi beriani :) Sedap jugak la. Tak tau sedap sebab lapar ke apa. Tapi sedap la. Yang ayam tu butter chicken. Sayur tu sayur bayam dengan kentang. Aku bayar ni pakai vaucher 10 dolar. Tapi jumlah dia 13 dolar lebih. So extra tu kena cover pakai duit sendiri. Kalau convert balik, makan sepinggan ni ja dah RM33. Ni baru dekat Singapore.



Tak payah beli air. Sebab kitorang ada air RM 44. Kau hado ? T__T



Menu. Actually combo set 4 tu lagi sedap. Rugi tak ambil yang tu :(



Sebelum bergambar dekat sini, actually kitorang dah masuk dekat revenge of the mummy. Tapi separuh jalan masa beratur tu, Aimi ajak keluar. Dia kata dia gayat sebab roller coaster yang kitorang nak main tu super laju. Haha. Lepas ni kalau aku pergi lagi, aku nak naik yang ni. Sebab roller coaster dalam gelap.

Nak main ni, tak boleh bawa beg. So kena simpan semua barang yang ada dekat loker. Loker tu free untuk 80 minit pertama. 

Tak jadi naik tu, tetiba Aimi ajak beratur dekat treasure hunter plak. Naik kereta kedek-kedek. Haha.



Depan ni ada perarakan. Malas nak upload gambar banyak-banyak. Kalau perasan tudung tu tadi macam lain, sekarang macam lain. Tu sebab pin dia dah terjatuh and hilang. Time ni la dia nak hilang -.-"



Actually dah penat sangat-sangat dah ni. Dah rasa nak balik check in dah. Tapi stop kejap kat New York. Tengok special effect dalam movie dekat Light, Camera, Action!.



Time ni pun nak balik jugak. Tetiba ada yang distract. Ada break dance plak dah.. Lepas tu tak jadi balik jugak sebab terjumpa port best nak bergambar. Haha. Ni kalau pergi dengan hubby ni mesti best. Tak payah suruh untuk tolong snap, dia snap sedia.



Dah-dah. Pukul 7 malam ja kitorang terus keluar. Tak patah-patah balik dah. Beratur naik monorel, lepas tu terus naik MRT pergi Lavender. Dekat sini pun nak buat hal jugak..

Aku terlupa nak tengok peta hotel awal-awal. So bila sampai sana, aku tak tau hotel kat mana. Aimi pergi tanya orang kat passenger service MRT tu, dia kata keluar stesyen terus jalan straight. Kitorang pergi la jalan. Dah sampai mana hala dah sesat dia. Lintas jalan berpuluh kali. Dekat sejam dah sesat.

Lepas tu stop la dekat bus stop. Memang mati kutu dah masa tu. Tetiba ada mamat ni tolong search kat Google map. Dia suruh patah balik straight sampai lepas 3 hentian bas then belok kiri. Kitorang pun patah la balik. Sesat jugak. Tanya driver teksi, dia pun tak tau. Lepas tu lepak dulu dekat jalan sebelah stadium. Tetiba ada uncle lori tu tanya. Cerita punya cerita, dia kol la kawan dia tanya jalan. Lepas tu dia ajak naik lori dia sebab nak tolong cari. Memula tu memang tolak habis-habisan kot. Tapi naik jugak la sebab instinct kata uncle tu baik. Pusing-pusing pekan tu, then jumpa :D 

Masa masuk nak check in ni la aku paling benci sekali nak ingat. Beg galas aku hilang !!! Padahal dalam tu ada dompet, fon, pasport, power bank, tiket-tiket. Fuh, ketaq kot. Time tu memang tak ingat apa dah. Ingat Allah dengan ingat Malaysia ja. Hahaha.

Kitorang lari patah balik pergi tempat lori tadi. Lori ada, tapi uncle hilang. Tapi bila usha dalam lori, beg takda. Lepas tu try ingat balik tempat apa aku duduk tadi. Bila tengok atas kerusi tepi stadium ja, ADA !!! :')

Time tu la aku rasa macam Allah sayang sangat-sangat kat aku. Dia tak lupa kat aku :') Padahal aku tinggalkan beg kat situ dah hampir 20 minit dah. Tara nak pusing pekan tu 2 round dengan lori. Huhu. 



Lepas tu dah boleh check in dah. Bilik nice, location nice, semuanya nice :) Bilik kat tingkat bawah sekali and depan sekali. Dekat dengan pintu masuk hostel. Lepas tu hostel plak dekat dengan MRT and tengah pekan. Memang sweet dream la :) Siap ada wifi lagi. Boleh la balas-balas komen facebook. Haha.






No comments: