Monday, February 4, 2013

Rumah Taman Ilmu

Assalamualaikum


Orang kata, kalau tinggal dalam rumah baru or buka rumah baru untuk tinggal, kena buat majlis baca yasin dengan makan-makan. Motif dia untuk halau setan yang selama ni ada dalam rumah tu, and untuk bawa masuk malaikat untuk jaga rumah tu.

So hari khamis malam jumaat lepas, aku + Kak Lita + Erna + Aimi + Tira buat la satu kenduri baca yassin.



Rumah bujang je



Kitorang buat mihun sup ayam + nasi himpit ja for food. Minuman, Kak Lita buat koktail laici and air sarsi.



Penyambut tetamu >.<






Kitorang jemput member rapat je yang datang. Gambar blur. Takda mood nak upload. Tanak upload -..-



22nd birthday

Assalamualaikum


28/1/2013 haritu genap umur aku 22 tahun. Kebetulan haritu aku bertolak balik Taman Ilmu. Sampai ja kat Taman Ilmu, terus drop Aimi dengan Jimy. Lepas tu aku dengan hubby pergi Aeon Anggun. Dating ! :)
 
Kitorang tengok cerita Juvana masa tu. Aku memang suka cerita tu sejak episod bersiri kat tv lagi. Dalam movie ni aku suka Shanaz. Even dia jahat, tapi dia pandai lakon. Sebab in real world pun maybe dia sama macam dalam lakonan -.-"
 
Lepas tengok wayang tu hubby bawa aku makan. Aku pilih Chicken Rice Shop sebab tekak rasa nak makan nasi ayam. Pandai plak aku mengidam .. Lepas order makanan, hubby terus keluar restoren tinggalkan aku sorang-sorang. Lama gila aku tunggu dalam tu. Even makanan dah sampai pun, hubby still tak balik-balik. Bila aku mesej dia, dia kata dia usha cover iphone. Tapi cover iphone dia tu baru ja seminggu pakai. Takkan nak beli baru. Lama gila aku tunggu. Tiba-tiba hubby datang kat aku dengan bawa kek ais-krim Baskin Robbin :') Ada lilin. Tapi tak nyalakan. Tapi still soooo sweet :)

Malam tu aku tinggalkan hubby dekat KTM Rawang. Then aku balik sorang-sorang. Actually hubby takut nak bagi aku balik sorang-sorang sebab akan lalu hutan. Tapi aku still kena balik. Aku pun takut gak sebenarnya. Nasib baik belakang kereta aku tu ada 2 biji motor. Rupanya diorang tu student Unisel gak. Sampai ke pintu Unisel diorang follow aku :')
 
Sampai ja rumah, Kak Lita dengan Tira hilang. Aku dah capai penyapu dengan mop dah masa tu sebab meow meow ni suka buat sepah. Tetiba Kak Lita dengan Tira muncul kat pintu sambil bawa kek :')




Kak Lita dah potong dulu. Amboih :p


AkuKata : Thanks semua yang wish birthday aku. Rupanya dah 22 tahun pun aku. Seronok ke tidak, tu bergantung pada aku macam mana aku nak menilai. Bagi aku, aku bersyukur sangat bila makin lama makin berangka ni. Sebab salah satu punca dosa-dosa aku bakal ditutup nanti. InsyaAllah. Allah ada untuk menolong :')



Sunday, February 3, 2013

Cumi R.I.P

Assalamualaikum


Hari ni dah genap 11 hari Cumi tinggalkan aku. Masa mula-mula Cumi pergi, aku memang tak boleh nak terima. Sapa tak sedih kan bila kucing dia mati. Kata cat lover ..

Cumi ni aku beli kat pet shop. Harga sebenar dia aku tak ingat, tapi last price apek tu letak RM250. Aku beli, then bawa balik. Macam-macam aku kasi kat dia sampai dia besar. Masa aku mula-mula bela dia, dia tak suka kat aku pun. Muka dia blur ja dari awal sampai habis. Tapi dia sangat baik. Masa aku bawa dia balik naik kereta, dia diam ja :)





Masa ni dia kurus ja. Ada kurap kat telinga siap. Tapi bagi aku RM250 tu berbaloi. Sebab dia buat hidup aku berubah. Aku berubah.. Tak sangka aku punya sayang kat dia tu tahap aku makan pasir, dia makan KFC (contoh).

Bila first time aku bawa balik Cumi ke rumah, semua pakat tanya tu kucing sapa. And aku kata aku. Semua pakat sayang dia. Apa dia nak semua diorang kasi. Nak pergi holiday ? Dia family, so dia layak ikut.





Satu benda yang semua pakat sayang Cumi. Dia unik. Dia suka golek-golek kat tempat duduk orang. Kalau orang tu pergi mana-mana kejap, dia akan terus pergi take over tempat tu dengan bahagianya :')

And Cumi ni pandai. Sejak aku beli dia, berak dia aku basuh, kencing dia aku cuci. Bontot dia aku lap. Kaki dia aku ramas. Semuanya dia lepaskan dalam toilet. Nampak tak bertapa jimatnya aku bela dia. Sebab tak payah pakai pasir. Dia kan dah pandai.






Bila dia besar, makin banyak sakit yang dia tunjuk. Demam la apa la. Semuanya aku bawa pergi vet. Duit bukan masalah. Janji dia sihat. Aku tak pernah berkira hal-hal duit ni. Aku tak pernah kesah. Janji dia sihat. Tapi last-last ...




Masa aku kira-kira tu, tak sampai setahun lagi, Cumi dah mula tunjuk tanda nak mengawan. Aku risau sebab dia asyik nak keluar cari jantan. So aku mula deal dengan Tira nak kawinkan Cumi dengan kucing jantan member dia. Tapi hubby tak bagi. So hubby beli sekor kucing parsi jantan. Cumi dengan Jimy mengawan. Then cumi mengandung. Tapi tak lama lepas tu Cumi gugur. Banyak darah keluar. Dalam darah tu ada ketulan daging jugak. 






Bila aku bawa pergi vet, dia cuma kasi aku antibiotik. Tapi tak lama lepas tu darah dah tak keluar. Aku lega la kejap. 

Lepas-lepas pada tu, banyak tempat jugak la aku usung si Cumi dengan Jimy ni. Setiap kali melancong, aku akan usung diorang. Diorang sihat ja.





Sampai la satu masa tu, bila aku baru masuk sem 5. Cumi start berdarah balik. Bila aku call vet, dia suruh aku kasi antibiotik lepas je sebab still ada balance. Aku kasi, darah stop. Then, seminggu lepas tu, Cumi bleeding balik. Aku biar ja kali ni sebab aku ingat nak bawa dia balik vet kat Kedah. Sebab situ pakar. Sini klinik ja.

3 hari Cumi bleeding. 2 hari tak makan. Sampai la esok tu dah sampai tarikh aku balik kedah, sehari before tu aku terpaksa bawa Cumi pergi vet jugak. Tapi rupanya vet tu tutup hari Rabu. Aku terpaksa pergi vet kerajaan. Vet kerajaan dah tutup pukul 5 petang. Aku rush pergi vet swasta. Luckily still opened. Aku bawa masuk Cumi, doc check and marah aku. Suhu cumi dah 41.8. Dia marah sebab aku dah terlambat hantar Cumi untuk dibedah. Rahim Cumi bengkak teruk and bernanah tahap kritikal. Doc kat vet yang sebelum ni tak sedar tu semua. Dia tak sedar yang janin Cumi tersangkut kat rahim dia masa gugur. Dia tak sedar yang rahim Cumi makin lama makin bernanah and bengkak. 

Saat tu jugak aku menangis and paksa doktor tu bedah Cumi. Buang la rahim dia. Aku takda kitten pun aku tak kesah. Aku kena bayar RM500 untuk kos bedah emergency. Aku tak kesah.

Pukul 6 petang tu doc bedah Cumi. Dia kata Cumi survived pembedahan tapi still dalam kritikal. But at that time aku ingat Cumi akan selamat. Sampai la esok tu doc mesej aku, Cumi dah takda :'(




Aku ingat lagi, masa aku dapat mesej last dari doc tu, aku tengah on the way nak pergi kat dia. Masa tu aku kat KTM Rawang. Tengah ambil hubby untuk balik Kedah sama-sama.

Tapi tu semua dah terlambat. Aku ingat aku nak melawat Cumi ja. Tak sangka plak aku akan melawat dia untuk kali terakhir. Masa aku sampai vet tu, doc dah buat muka sedih. Dia sedih tengok aku sebab aku menangis. Tak segan aku nak menangis depan orang kalau itu yang mampu legakan hati aku. Doc pergi belakang and ambil kotak. Then buka kotak untuk tunjukkan Cumi. Cumi dah keras. Cumi sekarang bukan macam dulu lagi. Dulu, dialah yang ada isi paling lembut. Dialah yang paling empuk untuk aku dakap buat bantal peluk T_T

Sepanjang jalan aku menangis dalam kereta. Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau tak memang aku akan langgar belakang lori. Memang aku akan bawa sambil pejam mata. Bodoh.

Sampai dekat rumah, abah datang sambut aku. Dia terus keluarkan kotak yang balut Cumi. Abah letak kat ruang tamu. Semua pakat selak surat khabar yang selimutkan Cumi dalam kotak. Semua pakat sebak. Mama menangis sorok-sorok. Aku ?






Banyak benda yang aku belajar bila aku kenal dia. Mama nasihat, jangan salahkan takdir. Malaikat maut takkan pernah lewat sesaat pun untuk mencabut nyawa. Makin kita sayang sesuatu tu, semakin cepat dia pergi dijemput. 

Bila bela kucing betina ni (especially), aku ada beberapa nasihat nak kasi.
  1. Jangan lupa vaccine-kan dia. First time vaccine, kena cucuk 2 kali. Contoh, 1/1/13 sekali. 1/2/13 tu kena bawa pergi cucuk lagi sekali. Then, pergi cucuk setahun sekali ja. Tak payah kerap-kerap dah.
  2. Jangan biarkan kucing betina korang yang belum cukup matang tu mengawan. Cumi mengawan masa umur dia 7 bulan. Jangan. At least, 2 tahun lebih. Itu yang doc tu pesan.
  3. Yang ni aku tak setuju sangat. Sebaik-baiknya, mandulkan kucing korang untuk kesihatan dia.
  4. Ada simptom, bawa pergi vet cepat-cepat. Tambah-tambah kucing indoor. Sebab dia tak lasak.
  5. Jangan bagi makanan yang ada by-product and lebihan masin macam F,W and SH. Faham-faham la. Nanti kena saman lak kalau aku cakap. Jujur kena bertempat -.-"
  6. Sebulan sekali, pakaikan dia ubat kutu. Kutu bukan takat di bulu, tapi ada jugak kat telinga. Jangan sampai bernanah telinga tu baru nak pergi vet. Macam aku haritu, kena RM126.
  7. Mandikan dia selalu, sikat bulu, cuci telinga. Jangan lupa.

Sekarang aku cuma ada Jimy. Aku nak jaga dia elok-elok. Tapi kena ingat. Bila ajal tiba, apa pun tak boleh halang. Dalam agama, bila kita percaya, kita akan redha. Allah itu tetap Tuhan kita (untuk Islam). 

Cumi, I love u. Thanks for everythings :)





Saturday, February 2, 2013

Hadiah 21st birthday hubby

Assalamualaikum.


Ni nak cakap sikit .. Bagi aku, ramai yang tak faham sebenarnya. Tulis blog, bajet artis. Kalau tak artis, confirm loser. Tahap ambil sticky note, tulis LOSER besar-besar, then tempek kat dahi. Motif ?? Aku tak kesah pun sebenarnya sapa pun nak baca pos aku. As long as aku tulis ni untuk aku. At least kalau aku mati esok esok, ada la orang nak kenang aku bila baca blog ni. Rupanya banyak dosa gak sebenarnya aku ni .. -.-"


******************************************

Ni entri lapok lagi. Hari jadi hubby dah 2 bulan lebih dah lepas. Tapi hadiah ni aku baru bagi. Nak kata baru, tak baru sangat la. Asyik lupa ja nak kasi T_T

Actually aku tak tau nak bagi apa. Kalau boleh tu aku nak bagi something yang unik and hubby akan pakai. Last-last terfikir nak bagi lens mug. Orang kata kalau nak bagi hadiah, bagi benda yang kita sayang. So, tadaaaa ...




Nota sticky note pengganti kad hari jadi berlagu birthday yang mahal




Kek magnet peti ais pengganti kek baskin robbin yang mahal




Lens mug idaman T_T





Selepas dibungkus semua kesayangan. Akhirnya ..


Akhirnya hadiah bertukar tangan. Babai lens mug (T___T)" 




Friday, February 1, 2013

Reunion

Assalamualaikum


Dah lama dah aku peram entri ni. Kesian kawan-kawan aku. Muehehe. Bukan malas nak update entri, tapi sedih sebab kualiti gambar tak cantik. Rasa macam takda mood nak upload kat sini. Menyesal tak bawa dslr T___T

2 December 2012 hari tu *gila lama !! aku pergi Shah Alam. Konon tu nak reunion la sebab masing-masing dah lama tak jumpa. Paling lama, Yana la. Kebetulan dia ada kat Shah Alam sebab konvokesyen. Ni semua idea Dayah. Dia la paling semangat and paling awal bertolak. Aku baru bangun tidur, dia dah siap naik bas. Muehehe..

Aku ambil Dayah kat KTM Sungai Buloh, then terus pergi UITM Shah Alam ambil Meyna and Yana. Then singgah ambil Yus kat rumah sewa dia.

Memula kitorang gerak pergi Mid Valley dulu sebab tu paling dekat. Memang time tu fikir nak save save ja sebab memasing tengah kering. Aku plak masa tu tengah study week. Memang duit tahap kritikal la. Nak minta mama abah, segan lak sebab dah nak habis sem dah pun.

Masa kat Mid, kitorang lunch dengan Dominos ja. Tak kenyang pun. Kesian aku T_T




Lepas tu snap-snap pic macam tak pernah pergi Mid seumur hidup.





Then Meyna ajak pergi makan durian crepe. Tula first time aku telan menatang tu. Sedap tu boleh tahan la. jakun kan first time makan. But, yang ex romate aku buat sem lepas much much better. Sedap :) Anyway, thanks Dayah for that durian crepe !! :)



Sister by heart, friendship by soul



1 pack ni ada 3 ketul. Harga dalam RM 8 cetu. Rasanya..


Kitorang lepak Mid ni pun dah sampai petang dah. Masa tu Dayah dah pulun ajak aku balik sebab malam tu dia ada meeting. Tapi aku rasa berat gila nak balik sebab bukannya selalu pun boleh jumpa diorang. Pujuk punya pujuk, last-last Yana tarik Dayah masuk balik dalam Mid. Haha. Hubby pun senang hati ja bagi aku lepak dengan diorang lama-lama. Dia kata kalau aku keluar dengan diorang, dia tak susah hati lansung sebab masing-masing boleh diharap :)

Next, bertolak ke Shah Alam balik sebab nak ambil Tasnim. Tadi Tasnim tak boleh join sebab dia ada modul. Aku tak tau modul tu macam mana, tapi Meyna kata kalau tak pergi modul tu nanti kena repeat. kalau tak repeat, tak boleh grad.

Lepas ambil Tasnim, semua terus jadi beruk dalam kereta. Muehehe.




Petang tu kitorang pergi Setia City Mall, Shah Alam. Malam tu kitorang tengok Breaking Down - part 2. Bagi aku cerita tu best sangat. Aku suka ending dia. Kitorang stay kat mall tu sampai la dia tutup. Untung la bukan duduk asrama. Malam tu kitorang baru jumpa makanan timur. Tadi makan pizza ja. Mana puas doe !




Lepas makan, aku hantar Tasnim balik rumah sewa dia. Then aku, Yana, Meyna bermalam kat rumah sewa Yus. Habis baju tidur Yus kitorang bedal. Hehe.. Malam tu banyak benda yang diorang sembang. Sampai 3, 4 pagi. Aku ? Tidur.

Esok tu kitorang pergi breakfast kat kedai mamak. Mamak okay. Tapi aku pilih roti canai. Melayu yang canaikan. Aku tak makan mamak.




Roti canai telur tampal


Next, kitorang lepak kat tasik before buat keputusan untuk pergi karaoke. Masa nak pergi karaoke tu aku refused gak la sebab confirm balik lewat. Tapi lepas cakap kat hubby, dia kasi ja aku lepak lama-lama lagi dengan diorang. Hoho. Siap ada take care lagi ;)

Pagi tu dengan tak mandinya, kitorang ramai-ramai pergi karaoke. Haha. Yang mandi just Tasnim ang Yus je. Tapi dah diorang bergaul dengan kitorang, dengan diorang sekali ah busuk :p




Awal-awal tu aku tak nak nyanyi. Tapi last-last banyak jugak la lagu aku belasah. Haha.

Seronok keluar dengan diorang. Banyak benda yang kitorang share. Aku tak anggap diorang as kawan, tapi family. Sejak awal-awal masuk SAINA dulu lagi kitorang sekelas, serumah sukan, se-dorm. Lepas ni ada plan lagi nak keluar jalan-jalan. Harap-harap jadi la :)




Tuesday, January 22, 2013

After a long pause..

Assalamualaikum and happy not evening..

Obviously, bukan nak cerita tentang keburukan diri sendiri. But, as long as aku tau jaga diri and aku tau apa aku buat, so ignore it. Aku tau selama ni aku banyak ber'overnight' dengan hubby. Banyak lepak malam. Mcd and KFC dah jadi macam hotel bajet dah. RM15 tu kira paling mahal kalau nak lepak satu malam. Selalunya tak habis pun RM15 dekat sana. 

*************************************
19 - 20 Januari 2013

First day dating, hubby datang sendiri kat aku. Dia turun kat KTM Rawang. Macam biasa, baju WAJIB sama warna. Kalau tak sama, merajuk guling-guling.. -_-"

Lepas ambil hubby kat KTM, ingatkan nak drive sendiri bawa hubby balik tengok rumah. Tapi hubby dah offer nak tolong 'drive'kan. Onyonyo T__T 

Memula pergi lawat Jimmy kat wad. Tengok Jimmy dah sihat banyak dah. Yeay ! :) Dia dah bulat-bulat mata dah. Hehe. Hubby pun seronok ja layan Jimmy dia. Ni first time hubby jumpa persian dia sepanjang dia hadiahkan pada aku. Dia bagi duit, aku sendiri yang beli. Memang la takkan jumpa.. Huhu.

Lepas pergi vet, kitorang pergi rumah sewa aku kat Taman Ilmu. Tapi hubby tak nak masuk rumah sebab dia tak nak laki lain pun masuk rumah tu jugak :) See how he made me proud :) Dekat rumah sewa aku tu, dia just stay in the car and turunkan tingkap sikit. Aku perkenalkan housemates aku sikit-sikit. Lepas tu dah. Erna ajak turun pun dia tak nak.

Then, kitorang singgah Aeon Anggun dekat depan vet. Singgah sini sebab nak tunjuk dekat hubby tempat yang aku selalu datang shopping dengan member. Lepas tu nak tunjuk tempat yang aku marah-marah dia dalam fon. Muehehe..




Breakfast + lunch


Kitorang singgah sini pun ada tujuan sebenarnya. Nak tengok wayang cerita 3am. Hehe. 




Sebab malam tu memang dah bajet nak lepak Wangsa Walk ja dengan Danau Kota ja. Dekat Wangsa Walk takda cerita hantu Thai tu. Masa tengah breakfast + lunch tu, aku makan laju gila kot sebab tak sempat. Serious tak sempat nak makan nasi. Tapi hubby beli jugak nasi lemak rendang ayam sebab dia tak puas makan pastri. Ingatkan dia nak makan nasi sorang. Sebab aku paham la orang laki ni makan kuat :p Tapi dia cubit carik-carik isi ayam letak depan aku. Ambil nasi letak depan aku. Bagi aku pegang sudu garpu sedangkan dia makan guna tangan. Suruh aku makan gak T__T 



Solat Maghrib + Isyak sekaligus -.-"


Lepas Aeon Anggun, hubby bawa aku melawat UniKL dia kat Gombak. Lepas tu tembus kat Danau Kota, terus sampai Wangsa Walk. Dekat ja rupanya. Kecik ja Malaysia ni.. Haish !

Sampai Wangsa Walk, terus beli tiket wayang cerita Mama. Hehe. Cerita-cerita seram ni memang my favourite ..... Takleh bangkang. Hubby kena tengok gak even dia masuk panggung and tidur T__T




Sementara tunggu 10.20 pm, dinner dulu :)



Pak John Steamboat & Yong Tao Foo



Tukang cop duit :p



Tukang habiskan duit :p



Tukang habiskan makanan jugak :p


Malam tu kitorang lepak Danau Kota. Aku jumpa baju baru untuk note 1 aku. Pink + putih. Bulu-bulu and leopard skin pattern. Weeee :D Ingatkan nak beli peplum sekali, tapi takut over bajet. Kalau hubby belanja, memang dah sambar dah :p

Lepas round Danau sampai pukul 2.30 pagi, kitorang overnight kat Mcd. Dah lama aku tak tidur dalam Mcd. Selama ni aku tidur kat dalam kereta ja sorang-sorang. Hubby ja tidur Mcd macam orang bujang. Tapi kali ni aku tak nak dah tidur dalam kereta. Sebab dah banyak kes kan orang kena rogol. Huhu. 

Malam tu hubby tak tidur sangat. Aku ja tidur nyenyak even bising and sejuk. Hubby format laptop aku. Kesian dia kena berjaga. Huhu. Subuh tu aku terjaga masa dengar bunyi azan kat fon. Hubby tidur lagi. So subuh hari tu agak dinasor la. Dah la masjid seram. Huhu. Sembahyang, mandi kat masjid tu, then gerak pergi stesyen Sentul. Naik "ulat" dari situ pergi Bandaraya.



See the towel and all the mess. Ni gambar before drama air mata. Pagi-pagi dah berdrama T_T


Next, teman hubby cari kasut futsal dekat-dekat area Sogo. Before Sogo buka, pergi Jalan Masjid India. Usha tudung, tapi tak beli pun. Still takut over bajet. Sedih ! T_____T Then baru patah balik pergi usha kasut. Sumpah sakit kaki. Huhu. Tapi happy ja sebab boleh shopping sama-sama :)



Fokus gila masa nak cari kasut tu. Hehe.


Lagi lama kenal, lagi banyak benda yang merasa. Lagi rasa nak bersama. Tapi parents kan.. Terpaksa tunggu habis study. Yeah, setahun setengah lagi.. Sabar sabar sabar