Assalamualaikum
Dah lama dah aku peram entri ni. Kesian kawan-kawan aku. Muehehe. Bukan malas nak update entri, tapi sedih sebab kualiti gambar tak cantik. Rasa macam takda mood nak upload kat sini. Menyesal tak bawa dslr T___T
2 December 2012 hari tu *gila lama !! aku pergi Shah Alam. Konon tu nak reunion la sebab masing-masing dah lama tak jumpa. Paling lama, Yana la. Kebetulan dia ada kat Shah Alam sebab konvokesyen. Ni semua idea Dayah. Dia la paling semangat and paling awal bertolak. Aku baru bangun tidur, dia dah siap naik bas. Muehehe..
Aku ambil Dayah kat KTM Sungai Buloh, then terus pergi UITM Shah Alam ambil Meyna and Yana. Then singgah ambil Yus kat rumah sewa dia.
Memula kitorang gerak pergi Mid Valley dulu sebab tu paling dekat. Memang time tu fikir nak save save ja sebab memasing tengah kering. Aku plak masa tu tengah study week. Memang duit tahap kritikal la. Nak minta mama abah, segan lak sebab dah nak habis sem dah pun.
Masa kat Mid, kitorang lunch dengan Dominos ja. Tak kenyang pun. Kesian aku T_T
Lepas tu snap-snap pic macam tak pernah pergi Mid seumur hidup.
Then Meyna ajak pergi makan durian crepe. Tula first time aku telan menatang tu. Sedap tu boleh tahan la. jakun kan first time makan. But, yang ex romate aku buat sem lepas much much better. Sedap :) Anyway, thanks Dayah for that durian crepe !! :)
Sister by heart, friendship by soul
1 pack ni ada 3 ketul. Harga dalam RM 8 cetu. Rasanya..
Kitorang lepak Mid ni pun dah sampai petang dah. Masa tu Dayah dah pulun ajak aku balik sebab malam tu dia ada meeting. Tapi aku rasa berat gila nak balik sebab bukannya selalu pun boleh jumpa diorang. Pujuk punya pujuk, last-last Yana tarik Dayah masuk balik dalam Mid. Haha. Hubby pun senang hati ja bagi aku lepak dengan diorang lama-lama. Dia kata kalau aku keluar dengan diorang, dia tak susah hati lansung sebab masing-masing boleh diharap :)
Next, bertolak ke Shah Alam balik sebab nak ambil Tasnim. Tadi Tasnim tak boleh join sebab dia ada modul. Aku tak tau modul tu macam mana, tapi Meyna kata kalau tak pergi modul tu nanti kena repeat. kalau tak repeat, tak boleh grad.
Lepas ambil Tasnim, semua terus jadi beruk dalam kereta. Muehehe.
Petang tu kitorang pergi Setia City Mall, Shah Alam. Malam tu kitorang tengok Breaking Down - part 2. Bagi aku cerita tu best sangat. Aku suka ending dia. Kitorang stay kat mall tu sampai la dia tutup. Untung la bukan duduk asrama. Malam tu kitorang baru jumpa makanan timur. Tadi makan pizza ja. Mana puas doe !
Lepas makan, aku hantar Tasnim balik rumah sewa dia. Then aku, Yana, Meyna bermalam kat rumah sewa Yus. Habis baju tidur Yus kitorang bedal. Hehe.. Malam tu banyak benda yang diorang sembang. Sampai 3, 4 pagi. Aku ? Tidur.
Esok tu kitorang pergi breakfast kat kedai mamak. Mamak okay. Tapi aku pilih roti canai. Melayu yang canaikan. Aku tak makan mamak.
Roti canai telur tampal
Next, kitorang lepak kat tasik before buat keputusan untuk pergi karaoke. Masa nak pergi karaoke tu aku refused gak la sebab confirm balik lewat. Tapi lepas cakap kat hubby, dia kasi ja aku lepak lama-lama lagi dengan diorang. Hoho. Siap ada take care lagi ;)
Pagi tu dengan tak mandinya, kitorang ramai-ramai pergi karaoke. Haha. Yang mandi just Tasnim ang Yus je. Tapi dah diorang bergaul dengan kitorang, dengan diorang sekali ah busuk :p
Awal-awal tu aku tak nak nyanyi. Tapi last-last banyak jugak la lagu aku belasah. Haha.
Seronok keluar dengan diorang. Banyak benda yang kitorang share. Aku tak anggap diorang as kawan, tapi family. Sejak awal-awal masuk SAINA dulu lagi kitorang sekelas, serumah sukan, se-dorm. Lepas ni ada plan lagi nak keluar jalan-jalan. Harap-harap jadi la :)
No comments:
Post a Comment