Sunday, February 3, 2013

Cumi R.I.P

Assalamualaikum


Hari ni dah genap 11 hari Cumi tinggalkan aku. Masa mula-mula Cumi pergi, aku memang tak boleh nak terima. Sapa tak sedih kan bila kucing dia mati. Kata cat lover ..

Cumi ni aku beli kat pet shop. Harga sebenar dia aku tak ingat, tapi last price apek tu letak RM250. Aku beli, then bawa balik. Macam-macam aku kasi kat dia sampai dia besar. Masa aku mula-mula bela dia, dia tak suka kat aku pun. Muka dia blur ja dari awal sampai habis. Tapi dia sangat baik. Masa aku bawa dia balik naik kereta, dia diam ja :)





Masa ni dia kurus ja. Ada kurap kat telinga siap. Tapi bagi aku RM250 tu berbaloi. Sebab dia buat hidup aku berubah. Aku berubah.. Tak sangka aku punya sayang kat dia tu tahap aku makan pasir, dia makan KFC (contoh).

Bila first time aku bawa balik Cumi ke rumah, semua pakat tanya tu kucing sapa. And aku kata aku. Semua pakat sayang dia. Apa dia nak semua diorang kasi. Nak pergi holiday ? Dia family, so dia layak ikut.





Satu benda yang semua pakat sayang Cumi. Dia unik. Dia suka golek-golek kat tempat duduk orang. Kalau orang tu pergi mana-mana kejap, dia akan terus pergi take over tempat tu dengan bahagianya :')

And Cumi ni pandai. Sejak aku beli dia, berak dia aku basuh, kencing dia aku cuci. Bontot dia aku lap. Kaki dia aku ramas. Semuanya dia lepaskan dalam toilet. Nampak tak bertapa jimatnya aku bela dia. Sebab tak payah pakai pasir. Dia kan dah pandai.






Bila dia besar, makin banyak sakit yang dia tunjuk. Demam la apa la. Semuanya aku bawa pergi vet. Duit bukan masalah. Janji dia sihat. Aku tak pernah berkira hal-hal duit ni. Aku tak pernah kesah. Janji dia sihat. Tapi last-last ...




Masa aku kira-kira tu, tak sampai setahun lagi, Cumi dah mula tunjuk tanda nak mengawan. Aku risau sebab dia asyik nak keluar cari jantan. So aku mula deal dengan Tira nak kawinkan Cumi dengan kucing jantan member dia. Tapi hubby tak bagi. So hubby beli sekor kucing parsi jantan. Cumi dengan Jimy mengawan. Then cumi mengandung. Tapi tak lama lepas tu Cumi gugur. Banyak darah keluar. Dalam darah tu ada ketulan daging jugak. 






Bila aku bawa pergi vet, dia cuma kasi aku antibiotik. Tapi tak lama lepas tu darah dah tak keluar. Aku lega la kejap. 

Lepas-lepas pada tu, banyak tempat jugak la aku usung si Cumi dengan Jimy ni. Setiap kali melancong, aku akan usung diorang. Diorang sihat ja.





Sampai la satu masa tu, bila aku baru masuk sem 5. Cumi start berdarah balik. Bila aku call vet, dia suruh aku kasi antibiotik lepas je sebab still ada balance. Aku kasi, darah stop. Then, seminggu lepas tu, Cumi bleeding balik. Aku biar ja kali ni sebab aku ingat nak bawa dia balik vet kat Kedah. Sebab situ pakar. Sini klinik ja.

3 hari Cumi bleeding. 2 hari tak makan. Sampai la esok tu dah sampai tarikh aku balik kedah, sehari before tu aku terpaksa bawa Cumi pergi vet jugak. Tapi rupanya vet tu tutup hari Rabu. Aku terpaksa pergi vet kerajaan. Vet kerajaan dah tutup pukul 5 petang. Aku rush pergi vet swasta. Luckily still opened. Aku bawa masuk Cumi, doc check and marah aku. Suhu cumi dah 41.8. Dia marah sebab aku dah terlambat hantar Cumi untuk dibedah. Rahim Cumi bengkak teruk and bernanah tahap kritikal. Doc kat vet yang sebelum ni tak sedar tu semua. Dia tak sedar yang janin Cumi tersangkut kat rahim dia masa gugur. Dia tak sedar yang rahim Cumi makin lama makin bernanah and bengkak. 

Saat tu jugak aku menangis and paksa doktor tu bedah Cumi. Buang la rahim dia. Aku takda kitten pun aku tak kesah. Aku kena bayar RM500 untuk kos bedah emergency. Aku tak kesah.

Pukul 6 petang tu doc bedah Cumi. Dia kata Cumi survived pembedahan tapi still dalam kritikal. But at that time aku ingat Cumi akan selamat. Sampai la esok tu doc mesej aku, Cumi dah takda :'(




Aku ingat lagi, masa aku dapat mesej last dari doc tu, aku tengah on the way nak pergi kat dia. Masa tu aku kat KTM Rawang. Tengah ambil hubby untuk balik Kedah sama-sama.

Tapi tu semua dah terlambat. Aku ingat aku nak melawat Cumi ja. Tak sangka plak aku akan melawat dia untuk kali terakhir. Masa aku sampai vet tu, doc dah buat muka sedih. Dia sedih tengok aku sebab aku menangis. Tak segan aku nak menangis depan orang kalau itu yang mampu legakan hati aku. Doc pergi belakang and ambil kotak. Then buka kotak untuk tunjukkan Cumi. Cumi dah keras. Cumi sekarang bukan macam dulu lagi. Dulu, dialah yang ada isi paling lembut. Dialah yang paling empuk untuk aku dakap buat bantal peluk T_T

Sepanjang jalan aku menangis dalam kereta. Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau tak memang aku akan langgar belakang lori. Memang aku akan bawa sambil pejam mata. Bodoh.

Sampai dekat rumah, abah datang sambut aku. Dia terus keluarkan kotak yang balut Cumi. Abah letak kat ruang tamu. Semua pakat selak surat khabar yang selimutkan Cumi dalam kotak. Semua pakat sebak. Mama menangis sorok-sorok. Aku ?


video




Banyak benda yang aku belajar bila aku kenal dia. Mama nasihat, jangan salahkan takdir. Malaikat maut takkan pernah lewat sesaat pun untuk mencabut nyawa. Makin kita sayang sesuatu tu, semakin cepat dia pergi dijemput. 

Bila bela kucing betina ni (especially), aku ada beberapa nasihat nak kasi.
  1. Jangan lupa vaccine-kan dia. First time vaccine, kena cucuk 2 kali. Contoh, 1/1/13 sekali. 1/2/13 tu kena bawa pergi cucuk lagi sekali. Then, pergi cucuk setahun sekali ja. Tak payah kerap-kerap dah.
  2. Jangan biarkan kucing betina korang yang belum cukup matang tu mengawan. Cumi mengawan masa umur dia 7 bulan. Jangan. At least, 2 tahun lebih. Itu yang doc tu pesan.
  3. Yang ni aku tak setuju sangat. Sebaik-baiknya, mandulkan kucing korang untuk kesihatan dia.
  4. Ada simptom, bawa pergi vet cepat-cepat. Tambah-tambah kucing indoor. Sebab dia tak lasak.
  5. Jangan bagi makanan yang ada by-product and lebihan masin macam F,W and SH. Faham-faham la. Nanti kena saman lak kalau aku cakap. Jujur kena bertempat -.-"
  6. Sebulan sekali, pakaikan dia ubat kutu. Kutu bukan takat di bulu, tapi ada jugak kat telinga. Jangan sampai bernanah telinga tu baru nak pergi vet. Macam aku haritu, kena RM126.
  7. Mandikan dia selalu, sikat bulu, cuci telinga. Jangan lupa.

Sekarang aku cuma ada Jimy. Aku nak jaga dia elok-elok. Tapi kena ingat. Bila ajal tiba, apa pun tak boleh halang. Dalam agama, bila kita percaya, kita akan redha. Allah itu tetap Tuhan kita (untuk Islam). 

Cumi, I love u. Thanks for everythings :)





No comments: