Tuesday, August 28, 2012

Dating day ! :D

Tarikh waktu kejadian : 26/8/2012

************************

Assalamualaikum :)

Actually sekarang dah pukul 4 pagi pun. Mengantuk teruk .. Tapi nak update gak bagi selesai. Huhu. Memang la takda sapa yang suruh update. Tapi ada ja tu yang tunggu aku update. Haha .. (perasan !)

Hari Ahad lepas aku keluar dengan hubby. Malam before keluar dating tu aku ambil kunci kereta siap-siap and simpan dalam bilik. Sorok dari mama. Hehe. Teruk gila perangai. Esok tu pukul 9 nak keluar, pukul 9 tu baru mesej mama kata nak keluar :p

Dating kali ni lepak Village Mall, Sungai Petani ja. Movie maraton. Memula tu hubby plan nak turun Alor Star. Tapi aku kesian plak kat dia sebab dari Penang nak turun AS, then malam tu balik Penang plak. Penat kat tengah jalan ja kalau cetu. Huhu.






First movie kitorang. Ni pilihan aku. Hehe. Layak kawin lagi tak ??








Pagi ni dua-dua pun tak breakfast lagi. Tu pasai hubby beli kek. Tapi tu pun still tak boleh makan sebab masuk panggung tak boleh bawa makanan luar. Huu T.T 




Bank bergerak saya :D




Second movie kitorang.




Couple seat. Mana main single seat :p


Habis wayang, kitorang pergi Tesco. Lepas tu patah Village Mall balik cari makanan. Tapi full T.T




No more seats for us :(




Last-last terjah Secret Recipe. Tu pun sedap ................ :)

Raya day ! :)

Tarikh masa kejadian : 19/8/2012

**********************************

Assalamualaikum and halu halu ;)


Selamat Hari Raya .. Hope tak terlambat la nak wish ni kat sini. Raya kali ni sangat-sangat pack and meriah. Maybe sebab last year aku tak raya kot. Kan abah aku sakit sebab benda halus tu. So this year kitorang raya sakan. Sakan in everythings :)

Before puasa tahun ni, mama + abah + abang ada pergi buat umrah. Aku ada pesan jubah, and with that jubah la aku pakai untuk beraya tahun ni. Tahun ni memang aku tak buat/beli baju raya pun sebab yang last year punya baju pun aku tak terpakai lagi. Dari dia rosak dengan sendiri, baik aku pakai sampai rosak.

Raya tahun ni aku pergi sembahyang raya for the FIRST TIME. Aku memang tak tau nak sembahyang raya tu macam mana. Dalam masjid hari ni mama + mak ngah + mak cu ajar aku cara-cara nak sembahyang. Orang sebelah tu tengok ja tak lepas-lepas. Maybe dia pun nak dengar and belajar sama. Maybe la -.-'

Lepas balik sembahyang raya, ada la rombongan budak-budak datang rumah. Tapi tak banyak. So petang tu kitorang tutup rumah and pergi beraya kat rumah family abah.



With Shima :)



Semua pakai jubah. Hehe. Aku paling pendek T.T


Esok tu raya kedua (20/8/12), kitorang buat open house. Family abah semua pakat-pakat datang :) Petang tu hubby plak sampai dengan semua adik beradik dia. Complete ! :) Ni la first time aku jumpa adik-adik perempuan hubby. Segan jugak la memula tu sebab tak tau nak sembang apa. Kalau nak tanya pun, tanya pasai study bagai. Common ques. Sebelum-sebelum ni mak hubby mana bagi adik-adik perempuan hubby datang rumah aku sebab takut diorang kecoh bercerita kat sedara mara pasai kitorang. Tapi tahun ni lain :) 2014 pasti datang ! Ehe..

Raya ketiga (21/8/12), 4 kereta konvoi ke Nibong Tebal, Bukit Mertajam and Merbok. Suppose hari ni aku ada reunion Saina, tapi keluarga lagi penting. 




Ni rumah mertua Abang Fendi. Rumah dia cantik ! Lupa nak snap gambar dalam rumah.




Ni masa kat Merbok. Aku paksa Hanis dengan Kak An snap gambar ni pun sebab kerusi tu aku suka :D


***********************************

Dah habis dah ? Belum.. Raya kan sebulan. Hihihi




day out

Tarikh waktu kejadian : 24/8/2012


****************************

Assalamualaikum and halu halu ;)

Lambat update ni yang buat malas nak update terus ni .. Nak online kat rumah, tenet siput. Bila ntah line situ nak ada 4G T.T

Suppose hari Sabtu (25/8/12) tu aku dah nak balik Unisel dah. Tapi sebab highway confirm confirm jem, maka dengan itu abah aku SARANKAN aku untuk ponteng kelas hari isnin and balik Unisel hari isnin tu. Untuk tak jadi anak derhaka, so aku pun ikut lah. Haha. Jumaat tu shopping baki-baki barang siap-siap dengan Shima.

Shima nak buat kek carrot. Best woi jadi pompuan. Kenyang perut ^___^




Ambil gambar dalam Tesco. Macam jakun gila first time masuk Tesco T.T





Mana kamera hala, situ la dia senyum :p




Siap usung resepi lagi woo :D




Senyum kambing. Mbekkkkk -.-'


Lepas shopping, kitorang cari kedai makan. Memula tu nak pekena steamboat kat ShabuShabu. Tapi sebab hari tu Jumaat kot, so kedai tu tutup. So kitorang pergi kat Secret Recipe sebelah tu. Padan muka ShabuShabu. Hari tu dia kerugian RM53. (motif cakap ??-..-")




Driver hari ni ....




***********************

AkuKata : dulu aku suka drive. Tapi sekarang rasa macam ............. ARGH !! malas !

Friday, August 17, 2012

shopping raya

Assalamualaikum and hai ! ;)


Dah lama sangat ni tak menaip. Kekok dah.. Duduk kat rumah ni memang jarang pun online pakai lappy. Most of the time pakai henset ja. Nasib baik tunang dah kerja and selalu bagi nafkah topup :p Seminggu langgan internet dengan celcom, RM18. Kadang-kadang celcom telan kredit sendiri sebab diri sendiri buat cuai, so mana nak cari topup malam-malam buta kan. Untung ada tunang topupkan dengan laju. Wow ! :)

Seminggu before keluar date untuk kali ni, kitorang dah keluar dah shopping baju raya aku. Tu pun dekat Pacific Alor Star ja sebab banyak choice and dekat dengan rumah. Tu penting :)

A week after tu, kitorang pergi Pacific jugak. Tapi kali ni kat Seberang Jaya. Penang. Sejam jugak la nak sampai kat hubby. Masa tu hubby tunggu kat jeti sebab dia dari seberang.



Budak ni memang tak sah kalau tak jelir -.-'


Memula tu kitorang tak tau nak pergi mana. Hubby suggest kitorang pergi Sunway. Tapi aku dah pernah jejak sana, and terpaksa pilih nak pergi tempat yang tak pernah pergi. So, jadi la pergi Pacific. Dekat ja dengan jeti.

Pacific sini tak macam pacific Kedah. Yang Kedah punya more teratur, more branded, more pretty. kalau nak compare dengan Pacific Alor Star, sini lagi la jauh panggang dari api. Macam enggang dengan pipit. Fuh ! Keluar habis semua peribahasa, simpulan bahasa bagai.

Masa masuk-masuk ni, kitorang aim 2 benda ja nak buat, Tengok movie and beli baju raya. So kitorang pilih Step Up ^________^ Twin seat, RM20. Murah kau. Kalau tempat lain mahal lagi ni ..




Movie start pukul 1 petang. Kitorang ada sejam setengah ja nak cari baju hubby. Dah la susah nak cari, dia nak taste aku pilihkan plak. Susah bebeno nak pilihnya =,= 

Last-last jumpa jugak yg berkenan kat hati. Fit fit ja baju tu dengan body hubby. Dah macam gaya abang Izzul dah aku tengok. Huhu -.-'






Bukan selalu boleh ambil gambar cenggini. Hehe..




Cari baju kat kedai Cina. Boleh fit fit sikit ;P


Pukul 4 petang baru aku speed balik... kbai !



Thursday, July 19, 2012

Puding karamel

Assalamualaikum ;) 

Boleh tak kalau nak berubah jadi baik plak sekarang ? Hek hek. Nak start bagi salam plak pasni :) Bagi salam tu sunat. Jawab salam tu wajib. Hihi.

Nak cerita resepi next plak. Tetiba mood rajin nak masak tu datang laju-laju. Lepas buat pavlova hari tu, aku buat puding karamel plak. Sesetengah orang panggil ni puding gula hangus. Yelah tu. Betul jugak pun ..

Nak buat puding ni senang ja. Aku main campak-campak ja. Buat sambil pejam mata pun boleh siap. Tapi sedap ke tak tu belakang kira. Haha. Tapi sedap je aku buat -..-


******************************************




Bahan-bahan :-

  1. 400 ml susu segar / susu cair.
  2. 5 sudu besar gula kastor.
  3. 5 sudu besar gula.
  4. 5 biji telur.
  5. 1 sudu teh esen vanila.

Cara buat :-

  1. Sediakan loyang.
  2. Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam loyang and layangkan loyang tu atas api sederhana sampai gula cair. Ni proses nak buat gula hangus. Kalau gula tu jadi warna koko/hitam, jangan panik. TQ.
  3. Ratakan gula hangus tu atas loyang.
  4. Next, sediakan bahan untuk karamel.
  5. Masukkan 5 biji telur dalam bekas and putar telur-telur tu dengan mixer. Atau bahasa melayu dia, pemutar :)
  6. Bila telur dah sebati, campakkan 1 sudu teh esen vanila + 5 sudu besar gula kastor + 400 ml susu segar/susu cair.
  7. Then putar lagi sampai sebati sehati sejiwa.
  8. Lepas sebati, campur ja adunan ni ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Time masukkan adunan ni, gula hangus tu akan kedengaran macam cermin pecah. Aku paling suka part ni. Hewhewhew ;)
  9. Then, kukus ja dia atas api.
  10. Tunggu and tunggu.
  11. Kalau nak tau dia masak ke tak, cucuk dia dengan lidi/garpu. Kalau adunan tu tak melekat kat lidi/garpu, maknanya dah masak la tu :)








Sunday, July 15, 2012

Pavlova

Menu hari ni, pavlova buatan tangan. Frust sangat 2 kali pergi Delicious, 2 kali tu la dia nak habis. Sapa nak buat pavlova, mai nak ajar. Senang sangat ja ni. Hewhewhew.

**************************************

Memula, sediakan bahan.




Untuk base dia :-
  1. 4 biji telur. (Make sure telur tu bersuhu normal. Bukan baru bawa keluar dari peti sejuk)
  2. Secawan gula kastor.
  3. 2 sudu besar tepung jagung.
  4. 1/2 sudu teh cuka masakan.
  5. 1/2 sudu teh esen vanila.
Untuk topping dia :-

  1. Secawan whipping cream. (Make sure whipping cream ni bukan jenis tenusu. Kalau tak, habis ah topping korang. Disaster macam aku punya. Haha)
  2. Secawan gula ising. (kalau tak nak letak pun boleh. Tak dosa pun. Hehe)
  3. 1/2 sudu teh esen vanila.

Dah habis. Simple kan. Hihi.

***************************************


Next ! Cara nak buat dia ..


Base :-

  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur sebab kita nak guna yang putih telur ja. Kuning telur tu boleh buat makan dengan megi. Huehue :p
  2. Pukul putih telur tu dengan kelajuan yang super dahsyat sampai dia gebu. Nak tau macam mana dia gebu ? Sentuh dengan jari, dia akan rasa soft macam buih sabun :D Aww ! Best ! And warna dia time ni adalah berkilat.
  3. Then, campurkan gula kastor tadi ke dalam bekas sikit demi sikit sambil pukul dengan maha laju. Tapi jangan la sampai terbang semua bahan tu. 
  4. Putar campuran tu sampai kenyal. Make sure kalau korang sentuh mixture tu, kat tangan tak terasa gula yang tak hancur. Kalau tak nak sentuh pun boleh, tengok ja mixture tu. Kalau korang angkat mixer dia and kat mixture tu jadi bertanduk, tu maknanya mixture korang dah ready la tu.
  5. Then, masukkan tepung jagung dalam mixture sambil putar dia. Putar joyah, jangan tak putar.
  6. Next, kita abaikan ja mixer tu. Kita letak bahan terakhir, esen vanila + cuka masakan. Kita kacau semua bahan tu guna spatula plak. Kacau sampai sebati sehati sejiwa.
  7. Lepas tu tempekkan dia atas kertas aluminium. Sebab aku tempek dia atas tu. Hehe.
  8. Last but not final lagi, bakar depa dengan suhu 120 selama sejam. Make sure bahan tu diletakkan betul-betul kat tengah oven. Before bakar base tu dalam oven, make sure panaskan oven tu dengan suhu 150 selama 15 minit.
  9. Masa oven tu tengah membakar segala isi kat dalam, jangan gatal tangan nak buka pintu oven plak. Lempang kang -.-'
  10. Cara nak make sure yang base tu dah masak, dia akan bewarna perang. Kat luar rapuh, kat dalam lembut.
  11. Bila base dah masak, jangan keluarkan dia dari oven lagi. Buka pintu oven, and biar dia sejuk dulu kat dalam tu. 

Topping :-

  1. Masukkan whipping cream dalam bekas and putar sampai kental. Nak putar ni pun lenguh jugak. Tadi aku putar sampai 10 minit. Cis ! Tapi nasihat aku, please jangan guna whipping cream jenis TENUSU. Sebab nanti whipping cream korang akan jadi berketul setengah and berair setengah. So, beli la yang jenis untuk buat topping kek. Ni aku baru belajar dari mak cik resepi. Learn from mistake kan :D
  2. Then masukkan gula ising and esen vanila sambil kacau-kacau dengan spatula.

Siap :D






Nak bagi lagi meliur, hias dia dengan buah-buah segar. Tu bukan buah dari tin or buah plastik ok. Ikut suka hati korang la nak hias guna buah apa. Tapi most people guna buah kiwi/blueberry/raspberry/strawberry. Tapi nasihat aku, jangan la guna raspberry yang pink tu. MASAM nak mampos. Choi !!





Hasilnya :)


Even topping tu berketul and berair, tapi aku dah asingkan yang ketul and yang air. Aku ambil yang ketul tu ja and sapu dia atas base macam sapu jem. Then aku cover dengan buah. Rasa dia, still super sedap :D Yummy !!


*************************************

Sambil membakar pavlova tadi, kan kena bakar sampai sejam. Aku curi-curi masa tu untuk buat songtam :) Dia macam kerabu mangga, tapi more sedap sebab basah :)




Rasanya dah boleh kawin kot :p