Projek hari ni = dating kat Penang ! :)
Bukannya selalu dapat buat macam ni. Haha. Nasib baik ada Mira, Syidi dengan Ika. Sebelum pukul 8 pagi lagi, Syidi dah sampai dekat rumah hubby. Entah-entah, sarapan pun dekat rumah hubby pa. Huhu. Aku plak, tepat pukul 8, baru terkedek-kedek nak salam dengan mama abah. Diorang pun muka baru bangun tidur ja. Haha.
Aku tumpang parking kereta aku dekat rumah Ika. Kesian Ika. Sebab aku suruh dia tunggu aku dekat depan rumah. Hubby kata dia tunggu terpacak dekat situ LAMA. Isk isk..
Sempat je hubby nak snap snap. Hehe.
Mimik hubby. Macam-macam ! :p
Lepas ambil aku dekat rumah Ika, Syidi terus pecut pergi Merbok. Laju gila ah dia drive. Hubby, you laju lagi ke tak ??
Ni, lepas ambil Mira. Hehe. Lama gila ohh tunggu Mira. Syidi la ni... Dia tak berani nak ambil Mira kat rumah. Haha.
Dah sebab Syidi yang drive, so kami kat belakang duk buat-buat busy.
Sementara nak sampai Penang tu, ada la jugak sejam kami duk berphotog kat belakang. Sambil tu duk tengok Maharaja Lawak la dari lappy hubby. Hehe. Dari Merbok nak pi seberang, sejam ye budak-budak.
Ni sweet couple Mira and Syidi. Savior kitorang hari ni untuk keluar dating jauh-jauh. Thanks weyh ! ^.^
Sampai ja dekat seberang, tempat first yang kami singgah = taman bunga.
Actually takda bunga pun. Tapi kalau kitorang datang hari Sabtu tu, maybe boleh jumpa bunga. Huhu. Then, kitorang nak pergi Bukit Bendera. Tapi Syidi terbawa kitorang pergi Batu Feringgi.
Dah sampai ! Kat sini, kitorang mai melahap ja. Lapar gila kott. Lepas tu, kitorang ronda-ronda, pusing-pusing kat situ sampai sesat. Haha. Terbaik ! Nasib last-last jumpa masjid. Sempat ja hubby dengan Syidi nak sembahyang jumaat dulu. Aku dengan Mira kat dalam kereta plak, tak habis-habis borak. Lepas tu masing-masing bising sebab panas. Hik hik hik.
Tempat last. Padang Kota Lama. Tapi sekarang tempat tu dah tukar nama. Padan la dalam GPS takda nama Padang Kota Lama. Sebab nama baru dia ESPLANADE.
Dekat sini apa yang cun ? Pasembor dia. Tapi aku cakap siang-siang la. Makanan sini MAHAL NAK MAMPOS ! And aku dapat jeruk kelubi dari hubby. Thanks hubby. Kiss you banyak-banyak lah ! Aku sampai rumah pukul 5.58 petang. Betul-betul before pukul 6. Caya lahh ! :D
No comments:
Post a Comment