Saturday, May 7, 2011

savior aku adalah CEO kacak

Tajuk tak boleh blah. Rasa nak sepak je. Haha. Ni nak ce cite la ni ..

*****************************

Semalam Mira ajak aku teman dia beli barang kat Sungai Petani (SP). Cerita pasai hanging kitorang tu next entri la aku cerita. Sekarang aku nak story pasai kes kat stesyen petronas Yan.

Aku kalau isi minyak kereta, aku memang akan matikan enjin dulu. Mama aku ajar. Then kunci tu aku usung sekali dengan aku. Tapi kereta tu aku tak kunci pun. Lepas bayar-bayar apa semua, normal la kalau aku campak ja kunci tu atas seat, lepas tu aku hempas pintu tu rapat-rapat. Tapi hari ni bala apa yang datang pun tak tau la. Tetiba ja pintu tu AUTOLOCK kau. Siot !! 

Lepas tu aku pergi la mengadu dekat abang kaunter tu. Dia calling calling kawan dia apa semua. Lepas tunggu 10 minit macam tu, kawan dia sampai. Diorang try kopak getah kat bawah tingkap tu, tapi tak boleh. Lama jugak la diorang tolong aku kopak getah tu. Sampai tiap kali kereta lain lalu, mesti diorang tegur. Rasa macam artis plak. Haha.

Tetiba, ada la satu kereta tu berhenti. Then keluar sorang pak cik. Tapi aku rasa dia takda la tua sangat. Around 40 macam tu. Smart gila kot. Dia teman aku kat situ lama jugak ah. Dia tolong calling calling bengkel apa semua. Henset aku ada dalam kereta doe. Aku sehelai sepinggang je ni. Sedih - -"

Sementara 2 orang tu duk kopak, aku tengok pak cik tu yang tumpang risau. Hehe. Pastu, 2 orang brother tu kata diorang kena panggil pomen. So, diorang blah. Tinggal la aku dengan pak cik ni. Kitorang borak-borak kejap. Lama kot dia dia teman aku. Setengah jam lebih. Terharu ! :(

Aku : Pak cik dari mana ni ?

Pak Cik : Pak cik dari pendang. Dulu kereta lancer pak cik pun pernah autolock macam ni. Tapi nasib jadi kat AS, dekat dengan kawan pak cik. Dia ada bengkel kereta kat AS. Tapi kalau pak cik call dia sekarang, lambat kot dia nak sampai.

Aku : Oh. Kena kopak gak la. Pak cik mai sini watpa ? 

Pak cik : Pak cik nak pi pejabat jap

Aku : Eh.. Takpa ka masuk keje lambat ?

Pak cik : Takpa, syarikat tu pak cik punya.

Senyum lebar aku. Agak-agak apa pak cik tu pikir? Hahak.. Tapi pak cik tu nice. Dia bagi pinjam henset dia untuk call abah, mintak kunci spare dari rumah. Tak terfikir la plak.. Dia kata, dari kopak tingkap tu sampai rosak, baik tunggu abah bawa kunci spare je. Tetiba rasa diri ni macam bengap je. Aku tak teringat pun pasai kunci spare ni. Huhu.

Lepas calling abah, pak cik tu mintak diri. Tapi sebelum tu dia ada bagi kad. Kad kawin T.T




Lepas pak cik tu blah, tinggal la aku sengsorang kat kereta. Huhu. Panas ! Nak nangis kot. Tu yang aku buat muka tak malu pergi duduk dalam kedai petronas tu. Haha. Duduk atas kerusi tepi kaunter oh. Layanan hebat. Thanks to akak kaunter. Abang yang tolong aku tadi hilang mana tau ? Main komputer kat dalam bilik. So, jadi la aku penjaga kaunter petronas yang cun hari ni. Haha. Prasan ah kau.. Pelanggan datang semua pakat tanya aku. Apa ? Muka aku ada rupa orang kerja situ ka ? Adoi ! Korang ingat kakak tu invisible ??

Lepas 40 minit, baru mama and abah sampai dengan kunci spare. Ohh my gucci. Thanks everyone :) Tetiba. Pe kes ??!


2 comments:

DS Mazdasa said...

x bley blah pnya entri.. hahahaha.

Unknown said...

hahaha... :p