Wednesday, February 27, 2013

dating bersama Pringles :)

Assalamualaikum and hi.


Hari ni dah masuk hari ketiga aku sakit gigi. Sangat-sangat la takda mood nak menaip. Dengan assignment berlambak, lab report, project, tutor. Tetiap hari aku kenyang makan benda-benda ni jela. Huhu.

Anyway, weekend hari tu aku dengan hubby pergi 1 Utama. Kalau aku taip One Utama dekat GPS Papago tu, lansung dia tak naik weyh. Gila kerek ! So, 1 Utama la kan. Masa kitorang sampai sana, awal gila la. Parking banyak kosong kot. Highway pun tak jem. 

Benda first yang kitorang cari, of course wayang. Pergi GSC beli tiket ..




Overall, aku suka sangat dengan cerita ni. Tapi sayang, dah lama keluar, baru nak pergi tengok.



Lepas beli tiket, terus terfikir nak pergi breakfast. Tetiba nampak Cinnabon ni dekat depan mata. Lepas tu beli yang paling banyak sekaligus. Sekotak tu ada 4 Cinnabon = RM13.00. Bajet kali ni semua kena bagi fair dengan hubby. 50-50. Sebab sem ni aku memang over bajet. Bajet kucing + minyak kereta + internet + barang masak + dating tiap minggu. Semuanya wajib and semuanya pakai duit weyh T_________T

So solution-nya, tiap kali dating, kitorang akan masukkan duit yang sama nilai dalam 'dating purse'. Muehehe. So kalau time beli-beli untuk barang berdua tu, kira fair fair la. Boleh la bajet :)




So bajet :p



Lepas wayang, kitorang makan lagi. Hidup ni tak pernah kurang dengan makanan. Hehe. Aku yang berisi macam ni pun, hubby kata ok dah. So, makan jela kan :p Tapi pipi aku aaa. Tembam -.-"

Memula tu kitorang masuk kedai masakan Penang. Dah duduk dah, dah dapat buku menu dah, tapi masa tengok menu tu, tetiba nampak Chee Cheong Fun. Lepas tu tetiba teringat yang Kak Lita kata Chee Cheong Fun tu usus babi. Terus ajak hubby keluar dari kedai tu. Padahal ada ja pekerja perempuan bertudung dalam tu. Sebenarnya kedai tu halal je. Tapi sebab was-was kan. Better jangan.



Tengok menu siap snap picture lagi. Tengok-tengok tak jadi makan pun -.-"


Masa kitorang nak cari tempat lain, tetiba jumpa yang game Primgles ni. Lepas tu hubby eager nak main sama. Beratur punya la panjang .. Sampaikan ada nenek tua yang main. Menang ja kat dia.




Boling Pringles



Hubby tonggek :p



Menang ! Dapat 1 Pringles free ^_^


Then baru la boleh pergi makan. Nyum nyum .. Kitorang singgah Kenny Rogers Roasters. Ni la first time aku makan kat sini. Jakun weyh. Siap cerita dalam blog lagi. Buat malu je T_T



Muka lapar. Haha



Menu for today's lunch. Alhamdulillah.









Done with today. Kbai :)

Saturday, February 23, 2013

Thailand trip - Hatnyai + Songkla [ day 3 ]

Assalamualaikum


Third day ni takda aktiviti papa dah. Sebab semua pakat nak balik. Esok pada third day ni (Ahad) aku dah nak balik Unisel. So pagi ni bangun lewat dari yang previous day. Penat sangat ohh. Sarapan still sendiri. So pagi ni kitorang jemaahkan sekali sarapan dengan shopping dekat market.

Dekat market ni ada jual macam-macam jenis beg, baju, seluar, kasut, bla bla bla. Mostly barang perempuan la. Hihi ;) Macam Zalora.Com kata la.. "beg, kasut .. beribu jenama, beribu gaya". Muehehe. Tapi sini semua barang ciplak. Made in China. Kalau rasa nak beli beg Prada ka beg Coco ka dengan harga murah, boleh la. Harga boleh runding sampai bawah RM100.




Too many choices :D



Food court



Dijamin halal :)


Lepas lepak market, terus kitorang balik. Penat sangat. Secara overall, apa yang aku nampak sepanjang aku kat sini, orang Thailand yang berniaga ni banyak yang kerek. Mentang-mentang nilai mata wang Malaysia jatuh, diorang suka hati mak bapak diorang ja hina kita. Konon Malaysia dah miskin. Choii ! Panas hati aih. Tambah-tambah masa kat night market masa first day hari tu.. Mulut .... Rasa macam nak cabai ..



Thailand trip - Hatnyai + Songkla [ day 2 ]

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Dah sampai hari kedua :) Semalam tidur nyenyak gila. Maybe sebab penat and sejuk kot. Tapi sempat bangun sebelum subuh. Tidur dengan parents ni lain. Kena kejut laju-laju dengan mama :')

Pagi ni kitorang gerak pergi breakfast sendiri. Still naik tuktuk. Tuktuk ni sekali naik akan kena 20 bath sekepala. Which mean RM2 seorang. Tak kira la jauh ka dekat ka, still RM2. Memula tu ingat nak sarapan kat Restoran Hamid semalam tu je, tapi driver tuktuk ni kata kedai sini banyak buka lewat. So dia bawa kitorang pergi 1 kedai makan Patani ni. Jauh sikit dari hotel.



Driver tuktuk ni dah bff dah dengan abah. Haha. Breakfast pun sama-sama. Alahai .. :)


Lepas balik breakfast, turun ja dari tuktuk, Syida datang jemput. kali ni dia bawa tourist guide. Nama Abu. Abu ni boleh kata orang alim gak la. Tapi versi Siam. Sepanjang dalam van dengan dia, non-stop dia berdakwah. Haha.



Ni van yang kitorang naik. Aku tak tau apa masalah dia cantik sangat. Van ni sangat besar and tinggi. Muat 12 orang and aku boleh berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku siap. Ke aku yang pendek -.-"


Tempat first yang kitorang stop hari ni, kedai barang kulit. Masa kat pintu masuk tu, ada orang edar kad diskaun. 20% sekepala.








Banyak taste mama T_T


Lepas tu kitorang singgah tempat buat + jual madu asli. Tak ingat dah nama tempat. Kena plak nama tu nama Siam. Memang tak ah .. -.-"





Madu-madu kat sini memang seriously asli 100%. Tapi harga dia, perh ... Mama ambil 1 balang kecik madu campur herba cina, dah kena RM200 ++. Sini terima duit ringgit Malaysia. Satu-satunya kedai yang tak berlagak :)

Habis situ, kitorang pergi Ice Dome plak. Macam rumah ais kat I-City, Shah Alam tu la. Sama. Huhu. Keciknya sama, mahalnya pun sama. 300 bath sekali entry which mean sorang RM30.



Bayar kat luar



Coat + hand glove included dalam harga 300 bath tu



10 minit pertama ...





Papan longsor ais >.<


Kitorang mampu bertahan dalam ni tak sampai 15 minit pun. Haha. Sejuk gila. Pucat habis muka aku. Taik hidung jadi beku. Haha :p

Next .... kitorang pergi naik gajah :)



Akibat galak bawa masuk kemera dalam tempat sejuk beku T_T



Seekor gajah boleh naik 2 orang. Seekor gajah = 500 bath, which mean RM50.



Atas gajah pun still boleh main passing passing kemera dengan abah. Dengan harapan, ada la jugak gambar aku naik gajah. Muehehe.



Lepas naik gajah, diorang akan bagi buah-buah ni dengan air mineral. Seekor gajah, dapat 1 mangkuk buah + 2 mineral water.


Then, kitorang terus gerak pergi kedai keropok-keropok ni. Barang kat sini sama ja macam kat Malaysia.



Suka keropok durian :)


On the way nak pergi cable car, kitorang singgah lunch and solat jumaat kat masjid besar. Abu kata, masjid tu la yang selalunya rakyat Malaysia datang untuk nikah kat Siam. Hehe. 

Sebelum sampai cable car, Abu bawa singgah aquarium. Tapi abah tak nak masuk. Tak menarik. Better Malaysia lagi.




Next, cable car ...



Sebelum naik cable car, terjumpa ais krim ni :) 



Cable car dia macam lif ada, macam kereta api naik Bukit Bendera kat Penang pun ada -.-"



Nampak Songkla


Takda apa yang menarik pun kat atas tu. Ada kuil and boleh tengok view jela. Sami banyak. Huhu. Mama memang tak bergerak lansung atas tu. Dia kata serabut perut. Kesian mama. Dia asyik sebut yang kat Mekah, orang berjuta, tapi dia tak pernah rasa rimas even duduk rapat-rapat. 

Then pergi Pantai Mermaid/Samila Beach.



Mermaid tu seksi -..-


Sebab dia seksi, tak boleh la tengok lama-lama. Malu weyh ! Tengok barang sendiri -..- baik pergi floating market :)





Makanan kat sini nampak sedap and sangat-sangat murah. Tapi TAK SEDAP. Huhu. Kalau ikut tekak aku la ..

Malam tu, lepas balik hotel, mandi solat apa semua, kitorang keluar lagi. Kali ni singgah semua mall yang ada dekat area hotel. Jalan kaki ja semua. 



Kedai paling best. Kedai kasut :D Berjuta jenis ada. And semuanya MURAH !!



****************************

To be continue ..




Friday, February 22, 2013

Thailand trip - Hatnyai + Songkla [ day 1 ]

Assalamualaikum


14/2 - 16/2 hari tu, satu family aku pergi Hatnyai dengan Songkla. Before boleh sampai sana, macam-macam benda jadi. First, plan nak pergi Chiangmai 9/2 - 13/2. Dah bayar-bayar siap kat agent, tiba-tiba terpaksa cancel-kan sebab aku still kat Unisel and pasport dah tamat tempoh. So nak kena renew pasport dulu. Then plan nak pergi Phuket + Krabi 13/2 - 16/2 pun still tak menjadi sebab van agent yang nak angkut kitorang 1 family ke sana tak dapat permit kenderaan. Ni memang kes dera gila ! Huhu. Then, abah aku kept calling sana sini tanya pasai Hatnyai + Songkla plak. Sampai la pagi hari nak pergi tu, agent call suruh siap-siap. Pagi tu mama aku kejutkan aku bangun, suruh mandi laju-laju, pack barang laju-laju, pastu terus pergi. Hura-hara gila ..

Aku sampai dekat depan office Jagung Mas Travel Agency dalam pukul 11 pagi lebih. Kat sana abah buat bayaran yang balance tu, pastu terus bertolak pergi sempadan Bukit Kayu Hitam. Cousin aku yang hantar kitorang sampai sana. Kat sana dah ada wakil agent yang tunggu. Siam mari :p

Aku sampai hotel dalam pukul 3 petang rasanya. Ingat-ingat lupa.





Antara banyak-banyak hotel, hotel ni ja yang kosong. Dahsyat. Agent Siam kitorang tu cakap, cuti raya cina kali ni ramai gila rakyat Malaysia yang masuk Thailand. Bas dari Malaysia saja dah 72 buah. 72 x 40 seat = 2880 orang. Tu tak termasuk yang naik kereta sendiri, naik moto and naik flight.

Lepas sampai hotel ja, terus Syida ( wakil agent ) sambut kitorang kat pintu van. Then, dia bagi aktiviti bebas untuk kitorang hari tu. The whole day :)

Kitorang pergi Restoran Hamid. Kat sini orang Pattani yang masak. Memang halal pun. 




Lepas lunch, abah just bawa jalan-jalan kat kedai-kedai depan hotel tu.




Kat depan hotel kitorang tinggal tu ada 7-Eleven. Aku beli sim kad Thailand kat sana. Nama Happy. Muehehe. Beli tu sebab nak subscribe internet. Tapi payah nak mampos. Last-last abah suruh sabar. Haha.




Malam tu, kitorang naik tuktuk (teksi) pergi night market. Kat situ, banyak gila baju, kasut, seluar, beg. And semuanya murah-murah. Rambang mata woh ^O^



Night view




Atas tuktuk




Night market


Lepas balik night market tu, mama bawa pergi beli pulut mempelam kat depan hotel lama dia, Lee Garden. Lee Garden ni pernah kena bom tahun lepas. Masa tu mama baru seminggu balik Malaysia. Syukur la masa tu parents aku bukan kat sana. Huhu :')




Pulut mempelam kat sini sedap sangat sangat sangat. Triple sangat aku kasi. Dia punya pulut tu lembut gila and cukup lemak. Tapi tak boleh makan banyak-banyak. Makanan sedap ni selalunya berbisa. Boleh kasi belonkan badan. 



Pukul 11 malam lebih



Chinese New Year


********************************

To be continue ..






Monday, February 4, 2013

Beaniplex trial with lover :)

Assalamualaikum.


Start dari hari hubby daftar Unikl Gombak, kitorang dah plan nak dating SETIAP minggu ! :p
Setiap minggu jumpa, setiap minggu la mama geleng-geleng kepala. Muehehe.

Minggu ni kitorang dating dekat Setiawalk, Puchong. Ramai yang tak tau tempat ni. Mall ni baru buka kot. Masa aku sampai tu, banyak ja tampal-tampal 'untuk dijual, untuk disewa' tu. Kedai pun tak banyak buka. Just ada kedai makan jela kat area bawah. Design dia cantik. Kolam sekeliling. Swimming pool dinding cermin kat atas. Fuh !  Gayat ... -.-"

Kitorang terlepas sampai ke sini pun sebab nak try tengok wayang kat Beaniplex TGV. Beaniplex ni tak sama macam wayang biasa. Dia ada 1 hall ja 1 tempat. Lepas tu cerita dalam Beaniplex ni bukannya sama. Macam pukul 8 cerita katun, pukul 10 cerita melayu, pukul 2 cerita hantu. So kalau nak tengok kat Beaniplex, better check via online dulu. Takut sampai-sampai nanti menyesal lak.





Kitorang sampai sini dalam pukul 10 pagi. Masa sampai tu blur jugak la. Bangunan kosong kot. Tapi tu kat luar la. Tengah-tengah bangunan tu ada la manusianya.




At least ada kedai makan, gym and wayang.


Masa kitorang sampai kat level panggung, takda orang pun woh. Orang yang jaga kaunter dengan mamat-mamat bangla ja ada. Awal gila kitorang sampai. Perh !

Tiket wayang kena RM44 untuk 2 orang. Mahal dari biasa. Tapi nak try punya pasai, hadap jela.



Movie of the day :)


Semantara tunggu tu, hubby la semangat gila nak snap-snap gambar. Sampai lapar T_T Lepas tu terus pergi kat level panggung and duduk situ diam-diam sambil makan hot dog. Nyum nyum ..



Hubby paksa buat macam ni. Aku macam pergi disko dia kata -.-"


Pukul 12.30 kitorang masuk. See the hall. KOSONG ! Cuma ada aku dengan hubby ja dalam panggung. From the beginning till the end ! PERH !



From incik google.




Nampak tak muka bahagia kat situ ? Hik hik T_T


Keluar-keluar panggung ja terus serbu Tesco kat depan tu. Sebab lapar ....




Kat Tesco ni tetiba lak mama call. Mama call salah time :'( Mama suruh aku balik Kedah hari rabu sebab nak sambung passport. Aku pun ye ye je bagitau kat hubby yang aku kena balik rabu. Terus hubby sentap and merajuk dengan mama. Sebab mama buat keputusan last minute. Tiket bas dah habis. So macam mana hubby nak balik kedah T_T

Terus hubby suruh hantar dia balik. Aku pujuk pun tak jadi apa. Huhu. Bila sampai tengah jalan ja, mama call aku lagi. Mama pujuk anuat balik. Mama kata mama boleh ja mai sini ambil hubby. Alolo :')