Saturday, February 23, 2013

Thailand trip - Hatnyai + Songkla [ day 2 ]

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Dah sampai hari kedua :) Semalam tidur nyenyak gila. Maybe sebab penat and sejuk kot. Tapi sempat bangun sebelum subuh. Tidur dengan parents ni lain. Kena kejut laju-laju dengan mama :')

Pagi ni kitorang gerak pergi breakfast sendiri. Still naik tuktuk. Tuktuk ni sekali naik akan kena 20 bath sekepala. Which mean RM2 seorang. Tak kira la jauh ka dekat ka, still RM2. Memula tu ingat nak sarapan kat Restoran Hamid semalam tu je, tapi driver tuktuk ni kata kedai sini banyak buka lewat. So dia bawa kitorang pergi 1 kedai makan Patani ni. Jauh sikit dari hotel.



Driver tuktuk ni dah bff dah dengan abah. Haha. Breakfast pun sama-sama. Alahai .. :)


Lepas balik breakfast, turun ja dari tuktuk, Syida datang jemput. kali ni dia bawa tourist guide. Nama Abu. Abu ni boleh kata orang alim gak la. Tapi versi Siam. Sepanjang dalam van dengan dia, non-stop dia berdakwah. Haha.



Ni van yang kitorang naik. Aku tak tau apa masalah dia cantik sangat. Van ni sangat besar and tinggi. Muat 12 orang and aku boleh berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku siap. Ke aku yang pendek -.-"


Tempat first yang kitorang stop hari ni, kedai barang kulit. Masa kat pintu masuk tu, ada orang edar kad diskaun. 20% sekepala.








Banyak taste mama T_T


Lepas tu kitorang singgah tempat buat + jual madu asli. Tak ingat dah nama tempat. Kena plak nama tu nama Siam. Memang tak ah .. -.-"





Madu-madu kat sini memang seriously asli 100%. Tapi harga dia, perh ... Mama ambil 1 balang kecik madu campur herba cina, dah kena RM200 ++. Sini terima duit ringgit Malaysia. Satu-satunya kedai yang tak berlagak :)

Habis situ, kitorang pergi Ice Dome plak. Macam rumah ais kat I-City, Shah Alam tu la. Sama. Huhu. Keciknya sama, mahalnya pun sama. 300 bath sekali entry which mean sorang RM30.



Bayar kat luar



Coat + hand glove included dalam harga 300 bath tu



10 minit pertama ...





Papan longsor ais >.<


Kitorang mampu bertahan dalam ni tak sampai 15 minit pun. Haha. Sejuk gila. Pucat habis muka aku. Taik hidung jadi beku. Haha :p

Next .... kitorang pergi naik gajah :)



Akibat galak bawa masuk kemera dalam tempat sejuk beku T_T



Seekor gajah boleh naik 2 orang. Seekor gajah = 500 bath, which mean RM50.



Atas gajah pun still boleh main passing passing kemera dengan abah. Dengan harapan, ada la jugak gambar aku naik gajah. Muehehe.



Lepas naik gajah, diorang akan bagi buah-buah ni dengan air mineral. Seekor gajah, dapat 1 mangkuk buah + 2 mineral water.


Then, kitorang terus gerak pergi kedai keropok-keropok ni. Barang kat sini sama ja macam kat Malaysia.



Suka keropok durian :)


On the way nak pergi cable car, kitorang singgah lunch and solat jumaat kat masjid besar. Abu kata, masjid tu la yang selalunya rakyat Malaysia datang untuk nikah kat Siam. Hehe. 

Sebelum sampai cable car, Abu bawa singgah aquarium. Tapi abah tak nak masuk. Tak menarik. Better Malaysia lagi.




Next, cable car ...



Sebelum naik cable car, terjumpa ais krim ni :) 



Cable car dia macam lif ada, macam kereta api naik Bukit Bendera kat Penang pun ada -.-"



Nampak Songkla


Takda apa yang menarik pun kat atas tu. Ada kuil and boleh tengok view jela. Sami banyak. Huhu. Mama memang tak bergerak lansung atas tu. Dia kata serabut perut. Kesian mama. Dia asyik sebut yang kat Mekah, orang berjuta, tapi dia tak pernah rasa rimas even duduk rapat-rapat. 

Then pergi Pantai Mermaid/Samila Beach.



Mermaid tu seksi -..-


Sebab dia seksi, tak boleh la tengok lama-lama. Malu weyh ! Tengok barang sendiri -..- baik pergi floating market :)





Makanan kat sini nampak sedap and sangat-sangat murah. Tapi TAK SEDAP. Huhu. Kalau ikut tekak aku la ..

Malam tu, lepas balik hotel, mandi solat apa semua, kitorang keluar lagi. Kali ni singgah semua mall yang ada dekat area hotel. Jalan kaki ja semua. 



Kedai paling best. Kedai kasut :D Berjuta jenis ada. And semuanya MURAH !!



****************************

To be continue ..




No comments: