Assalamualaikum
14/2 - 16/2 hari tu, satu family aku pergi Hatnyai dengan Songkla. Before boleh sampai sana, macam-macam benda jadi. First, plan nak pergi Chiangmai 9/2 - 13/2. Dah bayar-bayar siap kat agent, tiba-tiba terpaksa cancel-kan sebab aku still kat Unisel and pasport dah tamat tempoh. So nak kena renew pasport dulu. Then plan nak pergi Phuket + Krabi 13/2 - 16/2 pun still tak menjadi sebab van agent yang nak angkut kitorang 1 family ke sana tak dapat permit kenderaan. Ni memang kes dera gila ! Huhu. Then, abah aku kept calling sana sini tanya pasai Hatnyai + Songkla plak. Sampai la pagi hari nak pergi tu, agent call suruh siap-siap. Pagi tu mama aku kejutkan aku bangun, suruh mandi laju-laju, pack barang laju-laju, pastu terus pergi. Hura-hara gila ..
Aku sampai dekat depan office Jagung Mas Travel Agency dalam pukul 11 pagi lebih. Kat sana abah buat bayaran yang balance tu, pastu terus bertolak pergi sempadan Bukit Kayu Hitam. Cousin aku yang hantar kitorang sampai sana. Kat sana dah ada wakil agent yang tunggu. Siam mari :p
Aku sampai hotel dalam pukul 3 petang rasanya. Ingat-ingat lupa.
Antara banyak-banyak hotel, hotel ni ja yang kosong. Dahsyat. Agent Siam kitorang tu cakap, cuti raya cina kali ni ramai gila rakyat Malaysia yang masuk Thailand. Bas dari Malaysia saja dah 72 buah. 72 x 40 seat = 2880 orang. Tu tak termasuk yang naik kereta sendiri, naik moto and naik flight.
Lepas sampai hotel ja, terus Syida ( wakil agent ) sambut kitorang kat pintu van. Then, dia bagi aktiviti bebas untuk kitorang hari tu. The whole day :)
Kitorang pergi Restoran Hamid. Kat sini orang Pattani yang masak. Memang halal pun.
Lepas lunch, abah just bawa jalan-jalan kat kedai-kedai depan hotel tu.
Kat depan hotel kitorang tinggal tu ada 7-Eleven. Aku beli sim kad Thailand kat sana. Nama Happy. Muehehe. Beli tu sebab nak subscribe internet. Tapi payah nak mampos. Last-last abah suruh sabar. Haha.
Malam tu, kitorang naik tuktuk (teksi) pergi night market. Kat situ, banyak gila baju, kasut, seluar, beg. And semuanya murah-murah. Rambang mata woh ^O^
Night view
Atas tuktuk
Night market
Lepas balik night market tu, mama bawa pergi beli pulut mempelam kat depan hotel lama dia, Lee Garden. Lee Garden ni pernah kena bom tahun lepas. Masa tu mama baru seminggu balik Malaysia. Syukur la masa tu parents aku bukan kat sana. Huhu :')
Pulut mempelam kat sini sedap sangat sangat sangat. Triple sangat aku kasi. Dia punya pulut tu lembut gila and cukup lemak. Tapi tak boleh makan banyak-banyak. Makanan sedap ni selalunya berbisa. Boleh kasi belonkan badan.
Pukul 11 malam lebih
Chinese New Year
********************************
To be continue ..
1 comment:
Hi Fatin Nadiah, saya pun pernah pergi Hatyai jugak. Love all your pics! Kalau ada masa silalah ke blog saya pasal travel. http://travelmelancong.blogspot.com/
Post a Comment