Wednesday, August 31, 2011

first day aidilfitri

Raya tahun ni tak sama macam tahun-tahun before ni. Abah sakit. Mama pun not feeling well lepas makan daging, tak cukup tidur, tak cukup rehat segala. So, aku dengan abang aku la tuan rumah pagi ni.

Pukul 4.30 pagi, aku + mama + abah + mak ngah dah bangun. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Abah yang sakit tu pun, gigih ja bangun awal sebab nak tolong mama.

Pagi ni tak ramai yang pergi sembahyang raya. Geng perempuan semua tak pergi. Geng laki plak, abah dengan adik tak pergi pun. Adik demam panas sejak semalam. Tengah-tengah hujan lebat pun, mama sanggup ja drive bawa adik dengan cousin aku pergi klinik. Lepas ni kalau adik buat perangai bukan-bukan dekat mama, aku takkan teragak-agak nak lempang ja budak tu.

Lepas orang balik sembahyang raya, ni la kerja abah ...




Abah dengan abang duk buat apa ntah. Malas nak ambil port. Aku kira dslr aku ja. Hehe. Aku pun dah berkurun kot tak main menatang ni. Rindu weyh ...




Cu suka sangat kalau kitorang spupu spapat ni bergambar. Dia la yang teruja lebih. Haha. Suruh kami duduk sini la, duduk sana la. Tapi gambar dia takda pun. Yang ayah cu plak, jadi jurugambar :p

Tengah-tengah duk bergambar, ramai la plak budak-budak yang masuk. Serious ramai gila. Tak putus-putus. Aku dengan abang aku la busy. Cu dengan mak ngah tolong-tolong kat dapur. Cousin cousin dengan adik aku, habis lesap mana ntah. 

Lepas tu aku jumpa budak ni. Dia minat kat aku weyh. Haha.




Anak jiran depan rumah aku. Hehe. Dia tengok-tengok aku, terus dia suruh dukung. Masa ni aku dengan Hanis tengah sembang kat depan rumah. Dia lari banyak-banyak kali mai kat aku. Tapi lepas dua tiga kali, dia dah tak mai kat aku. Sebab dia nampak biskut kucing dalam mangkuk. Hehe. Lima lapan kali jugak ah dia berulang pergi kat mangkuk makanan kucing tu sebab nak makan sama :p





Ni la dapur paling romantik. Haha. Tiap kali raya ja, mesti aku suka. Sebab dapur penuh dengan MAKANAN. Hehe. 

Start dari pagi tadi, rumah ni memang tak putus dengan orang. Lepas rombongan budak-budak keluar masuk keluar masuk, mai plak rombongan orang-orang tua. 6 ka 7 family ntah. Mai serentak. Macam berjanji oh. Penat gila nak layan weyh. Huhu. Ada family belah mama, ada belah abah, ada kawan abah, takda kawan mama. Hehe. Dah la ramai .. macam-macam perangai plak tu. Huhu. Nasib kenai. Aku dengan dua pupu tiga pupu aku pun, aku masuk ja :)




Ni family Abang Shodi. Cousin aku ni kaya dengan anak perempuan. Sampai 3 orang dia sapu. Haha. Maybe gene Y dia merap tak nak keluar kot. Tu yang semua pakat XX tu. 

Err .. Paham ? - -"




Menu hari ni = bihun sup + nasi minyak. Ingat kenduri kawin ja ka buat nasi minyak ??




Hah !! Ni la kesayangan aku. Budak senang diurus. Haha. Dia dengan kakak dia sama ja. Suka cium. Tapi kakak dia lagi over. Cium mulut weyh.. Haha. Tapi aku tak kena lagi la. Kalau takat sipi-sipi tu ada. kakak pada dia ni la yang aku kata dulu, suka cium aku bila aku baru bangun tidur. Hehe. Hubby, please jangan kalah dengan budak comot macam diorang ni :pp

Petang tadi ada 1 lagi rombongan. Semuanya family abah. 3 family. Maghrib baru diorang balik. Abah penat gila. Kesian abah. 




Aku boleh berlagak kuat sedangkan aku tak. Semata-mata untuk abah. Orang yang buat abah tu, aku doa bagi dia dapat balasan lagi teruk dari apa yang abah rasa. Kuasa Allah lagi kuat la SETAN !!

2 comments:

DS Mazdasa said...

mak and ayah aku penah kena mcm ayah hg kena... 9akux taw ayah hg kena cena, tp aku rasa kes yg sama ja).. tp aku x penah taw asai hal ni.. aku taw pon sebab mkcik aku gtaw... lepas daripada hal tu memang aku sumpah seranah kat org tuuu

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

abah aku kna stat dr blik dr hutan. bnd tu duk kacau tlinga ngan otak abah aku. tp skrg dah makin pulih dah. pas raya ni, ada ustaz nak mai buat pendinding kat umah aku. pastu troz nak musnahkan ja bnd tu. kalw dl, ustaz tu hntar bnd tu blk ja kat tuan dia. tp tuan dia ntar blk kt abah aku. so kali ni, ustaz tu nak musnahkan trs ja setan tu