Tuesday, May 31, 2011

bagasi makanan



Mama aku suruh bawa 3 bagasi. Ni kira extra bagasi la. Dah sebab baju-baju kitorang semua muat untuk 2 bagasi ja, so bagasi ni kitorang sumbat makanan. Semua tu biskut and megi goreng. Sebab mama ni susah sikit nak makan kat tempat orang. Macam-macam dia pikir. Hehe. 


Megi goreng tu kitorang bawak 18 BUNGKUS ;p



edisi selongkar

Sebab dah boring sangat and tak tau nak buat apa. So aku selongkar bagasi aku balik and keluarkan benda ni ...




Beg mekap [ yela kot ]

Beg ni bukan baru beli eh. Takda pasai ah nak tayang benda baru kat sini. Ni just edisi selongkar and share share. Sharing is loving kan. Hak hak. Beg ni lebih kurang macam poket doremon aku la kot. Macam-macam ada. Shower cream ada, syampu Rejoice ada, pencuci muka, toner, losyen, bla bla bla. Semua ada. 

Cuma aku dah kecilkan diorang. Guna lampu pengecil. Haha.




Yang ni shower cream dengan syampu Rejoice aku. Tengok ! Dah mengecil kan. Hihi ..




Ini plak toner dengan pencuci muka Irise aku. Kiut je kan. Kan .. Kan .. :)




Yang ni .. Dalam botol kecik tu, pencuci mekap. Yang bekas bulat penyek tu, losyen. Yang putih besar tu, ubat ketiak. Haha. Dedoren doe ! Aku pakai Rexona. Eceh ! Tu pun nak kena cakap.




Belakang tu kapas muka. Depan tu klip rambut awek Mickey Mouse :D




Ini .. lu pikir la sendiri. Haha.

**************************************

AkuKata : Botol-botol kecik yang aku letak shower cream + syampu + pencuci muka + toner + losyen + pencuci mekap tu korang boleh beli dekat semua kedai yang ada jual barang-barang perhiasan or barang-barang kesihatan, macam Watson and Guardian. Aku beli satu beg tu = RM15 je. Berbaloi amat ! Sebab dia sangat berguna. Dalam beg tu ada lebih kurang 9 barang :)


akan datang, ESOK

ESOK...




Bagasi aku yang penuh dengan baju. Urgh ! Bukan baju aku sorang. Aku share dengan adik aku. Tapi nak cakap neyh.. Aku tak suka share bagasi dengan lelaki. Even family sendiri. Except hubby. Sebab dalam tu banyak private stuff yang aku rasa laki lain tak perlu tengok kot. Huhu.




Ni plak bagasi raksasa. Dalam ni muat baju untuk 4 orang. Perh ! Dalam ni ada la baju abah + mama + abang. Tu pun banyak lagi free space. Boleh sumbat anak buah aku sorang. Hehe. Semalam masa kitorang semua tengah packing kat dalam bilik mama abah, anak buah aku yang umur 2 tahun tu masuk. Then dia main-main kotak ubat mama dekat atas katil. Lepas tu, tetiba dia cakap "naa itot". Haha. Alolololo... Rasa nak sumbat masuk dalam beg je :D




Ni bukan setan eh. Ni kejahatan. Haha. Abah suruh aku pasang tanda dekat bagasi aku tu. So aku gantung devil ni. Lepas tu abah tanya, ni menatang apa. Sebab kalau iblis, dia nak aku gunting buang tanduk tu. Lepas tu mama kata ni bukan iblis. Ni CEPLOS. Haha. Selamat tanduk setan ni. Hahaha.


Monday, May 30, 2011

filem karak TAK BEST !!



Aku tengok filem karak dengan hubby hari ni. Tapi lain panggung, lain bandar. Hahak. Actually aku tengok dengan adik aku dekat Alor Star. Hubby plak tengok dengan cousin dia dekat Sungai Petani. Nak tau tak ? CERITA NI BOSAN NAK MAMPOS. Huhu.

Tapi aku mengaku, ada la jugak part yang klakar. Yang aku dengan manusia-manusia lain dalam panggung tu boleh meranggah gelak. Tapi overall aku bagi 3/10 bintang ah. Sorry la dekat KRU. Cerita ni memang seriously tak sehebat Hikayat Merong Mahawangsa.

Sebab ?

  1. Tak takut.
  2. Jalan cerita dia ntah pape.
  3. Lakonan pelakon-pelakon perempuan dia macam memenyampahkan.


Tapi jangan marah la. Sebagai penonton, aku berhak komen doe.


Chill ! :D



Sunday, May 29, 2011

dating kat Penang

Projek hari ni = dating kat Penang ! :)

Bukannya selalu dapat buat macam ni. Haha. Nasib baik ada Mira, Syidi dengan Ika. Sebelum pukul 8 pagi lagi, Syidi dah sampai dekat rumah hubby. Entah-entah, sarapan pun dekat rumah hubby pa. Huhu. Aku plak, tepat pukul 8, baru terkedek-kedek nak salam dengan mama abah. Diorang pun muka baru bangun tidur ja. Haha.

Aku tumpang parking kereta aku dekat rumah Ika. Kesian Ika. Sebab aku suruh dia tunggu aku dekat depan rumah. Hubby kata dia tunggu terpacak dekat situ LAMA. Isk isk..




Sempat je hubby nak snap snap. Hehe.




Mimik hubby. Macam-macam ! :p


Lepas ambil aku dekat rumah Ika, Syidi terus pecut pergi Merbok. Laju gila ah dia drive. Hubby, you laju lagi ke tak ??




Ni, lepas ambil Mira. Hehe. Lama gila ohh tunggu Mira. Syidi la ni... Dia tak berani nak ambil Mira kat rumah. Haha.




Dah sebab Syidi yang drive, so kami kat belakang duk buat-buat busy.

Sementara nak sampai Penang tu, ada la jugak sejam kami duk berphotog kat belakang. Sambil tu duk tengok Maharaja Lawak la dari lappy hubby. Hehe. Dari Merbok nak pi seberang, sejam ye budak-budak.




Ni sweet couple Mira and Syidi. Savior kitorang hari ni untuk keluar dating jauh-jauh. Thanks weyh ! ^.^

Sampai ja dekat seberang, tempat first yang kami singgah = taman bunga.





Actually takda bunga pun. Tapi kalau kitorang datang hari Sabtu tu, maybe boleh jumpa bunga. Huhu. Then, kitorang nak pergi Bukit Bendera. Tapi Syidi terbawa kitorang pergi Batu Feringgi.




Dah sampai ! Kat sini, kitorang mai melahap ja. Lapar gila kott. Lepas tu, kitorang ronda-ronda, pusing-pusing kat situ sampai sesat. Haha. Terbaik ! Nasib last-last jumpa masjid. Sempat ja hubby dengan Syidi nak sembahyang jumaat dulu. Aku dengan Mira kat dalam kereta plak, tak habis-habis borak. Lepas tu masing-masing bising sebab panas. Hik hik hik.

Tempat last. Padang Kota Lama. Tapi sekarang tempat tu dah tukar nama. Padan la dalam GPS takda nama Padang Kota Lama. Sebab nama baru dia ESPLANADE.





Dekat sini apa yang cun ? Pasembor dia. Tapi aku cakap siang-siang la. Makanan sini MAHAL NAK MAMPOS ! And aku dapat jeruk kelubi dari hubby. Thanks hubby. Kiss you banyak-banyak lah ! Aku sampai rumah pukul 5.58 petang. Betul-betul before pukul 6. Caya lahh ! :D

Wednesday, May 25, 2011

reunion SKPL batch '03



Kelmarin, aku dengan Teah anjurkan reunion untuk bebudak sekolah rendah kami. Geng senior Sekolah Kebangsaan Padang Lumat ( SKPL ) batch 2003. Asal gambar aku dengan hubby ja dekat atas ? Sebab hubby yang selamatkan suasana :) THANKS HUBBY !

Tempat : Batu Hampar, Yan, Kedah.
Pukul : Supposed to start at 12.30. Cet !

Aku keluar rumah hari ni pukul 11.15 pagi sebab bajet nak sampai dekat Batu Hampar ( BH ) pukul 12. And aku + Teah + Ika sampai dekat BH memang SHARP 12 tengah hari. Lepas kitorang sampai, kitorang cari port dulu. Set tempat bakar. And survey tempat mandi sampai peluh-peluh. Tapi orang lain sampai LAMBAT GILA. Kecuali hubby + Syidi + Hizami + Adam.



Ini, lepas Adam + Hizami datang. Sebab Hizami smoking. So dia ada lighter.



Ayam yang Teah perap sendiri.



Ika






Ayu gila Teah bakar ayam. Haha. Hari ni kitorang ada ayam bakar, hot dog bakar, nugget, bihun goreng from Ika dengan junk food. Banyak gila makanan. Sampai tak larat habis la. Last last semua pakat angkut bawak balik rumah ja.




Hubby mandi tak ajak :'(




Geng pecah perut. Gila penat aku gelak. Haha. Seronok bukak balik story story lama. And aku dapat gosip baru kau ! Member aku 2 orang yang dah kawin. Jelous ohh !! Hubby, kita bila lagi ?? :p



Time ni Mak Ndak suruh cover dia. Haha.



Hubby kiut ! ^.^




Time ni nak balik dah. Dari belakang sekali, starting from left = Teah, Poyah, Mak Ndak, Anis, Kilah, Keon, Wani, Ika, Adam, Hizami, Bulah and Rozi. Dari depan plak, starting from left = AKU, HUBBY and Syidi.


Pukul 6 lebih kitorang semua dah berambus. Best la dapat jumpa korang. Serious rasa nak buat lagi. Tapi kali ni nak buat jauh-jauh plak. Langkawi maybe :D

Sunday, May 22, 2011

photoshoot CINTA [ part 2 ]

Hari ni laju ja aku keluar rumah. Lepas asar, terus pecut ambik Teah. FOTOGRAPHER KITA. Lepas tu stop dekat Guar plak, ambik hubby. Kali ni aku tak ambil hubby dekat rumah hubby, sebab hubby takot kantoi dengan ayah. Hehe. First stop kitorang, kitorang pergi Pantai Murni. 





Matahari terik gila, padahal dah dekat pukul 6 petang. So kitorang gerak pergi Batu Hampar dulu. Survey tempat untuk reunion selasa nanti. Tapi tak survey sangat la. Kitorang pergi shot shot.






Dalam 6.30 macam tu, kitorang patah balik pergi Pantai Murni. Dah boleh buat aksi hindustan doe. Haha. Tapi aku tak upload sini la. BAHAYA kau !






Ok, pukul 7.15 macam tu baru kitorang balik. Sampai rumah lewat gila. Mampos mama aku marah. Huhu. Mama aku missed call 2 kali. Pas aku call balik, mama kata abah marah gila. Aku apa lagi, cuak ah. Dah la kereta hancur. Aduyai !! Yang hubby plak, selang brapa minit ja, ayah call. Doa-doa la bagi kami cepat kawin weyh ! Huhu.

Tuesday, May 17, 2011

resepi kek coklat kukus

Aku dapat 2 resepi untuk buat kek coklat ni. Tapi aku tak ikut salah satu. Aku gabungkan dua-dua. Hehe.


**************************************



Gambar dari pak cik Google




Bahan-bahan
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur

Cara-cara
  1. Masak ( minyak masak + serbuk koko + gula pasir + susu pekat + susu cair )
  2. Kacau sampai gula cair.
  3. Then tutup api and biar campuran tu sejuk.
  4. Sambil tu, korang ayak ( tepung gandum + soda bikarbonat + serbuk penaik )
  5. Bila campuran dah sejuk, korang masukkan telur yang dah korang blender masuk dalam campuran tu.
  6. Korang kacau-kacau sampai sebati.
  7. Then korang masukkan benda alah yang korang ayak tadi masuk dalam campuran.
  8. Korang kacau lagi.
  9. Last sekali korang tuangkan dalam acuan and kukus selama SEJAM.
Siap ! :)


Monday, May 16, 2011

family dinner gathering sampai buncit

Malam ni kita bela lemak. Bukan sikit. Tapi BANYAK ! Esok boleh buat puasa sunat - -" Ni just jamuan makan simple-simple sebab semua orang balik bercuti. Semua cousin aku yang kenet-kenet pun datang cuci pinggan. I mean, habiskan makanan la :D




Pau ni kawan mama yang buat. Sebiji 30 sen. Sangat SEDAP and GEBU okay ! 30 sen tu kira macam tak balik modal tau dak ..




Ini tepung bungkus. Cousin mama yang buat. Ini aku tak tau rasa apa. Sebab aku tak telan lagi. Tapi surely sedap sebab mak ngah tempah 50 biji just for tonite. Huhu.




Makanan paling sedap malam ni. KEK COKLAT KUKUS. Chef dia = AKU ! Macam biasa la. Masak guna resepi campak-campak sendiri. Resepi dia nanti aku kasi okay. Simple je nak buat menatang ni. Kawan-kawan aku yang frust study malam-malam kat oversea nun, selalu je lepas stress ngan buat kek ni.




Puding laici double layer. Sangat best rasa dia. Bini cousin aku yang buat.




Ini pun bini cousin aku buat, Popia sengkuang. Bertuah gila kalau ada bini yang pandai masak ni kan.. Hahak. Contoh dia macam AKU la. Well :p




Mee mamak. Kedai mari .. Tak larat aih nak masak banyak-banyak.

Lepas tu ada lagi ayam KFC dua kotak and pasembor dua bungkus. Dah rasa macam anak gajah dah ni. Mata pukul 10 pun dah mengantuk gila !




Yeah ! Buah hati dah sampai. Ni la BUDAK KEMETOT. Saiz badan dia kecik gila weyh even dia dah dua tahun lebih. Sebab tu aku sayang dia lebih. Hahak.

Ok, dah. Nak tidur.


photoshoot CINTA [ part 1 ]

Photographer segera dia : Shatiroh Sulaiman.