Wednesday, June 1, 2011

Indonesia [ day 1 ]

Pagi ni kitorang bertolak dari rumah pergi airport Bayan Lepas pukul 8.15 pagi. Abang Cik Li pun ikut sebab nanti dia yang kena drive balik kereta ni. Tapi dah sebab dia tu jenis susah ingat jalan, so abah pick up kawan dia sorang dekat Aneka Gurun.

Lepas sampai airport ja, terus abah check in tiket apa benda alah semua tu. And kitorang berlepas dari sini dalam pukul 12 tengah hari lebih sikit. Sebab Air Asia kan selalu delay. Dah memang hobi kot. Huhu.

Kitorang terbang dalam 2 jam 20 minit ja. Lenguh nak mampos duduk lama-lama dalam flight tu.

Sesampai ja kitorang kat Bandung, tourist guard kitorang, Awi terus jemput kitorang dengan bas. 




Bas tu kemetot ja. Tapi tu pun dah lebih dari cukup sebab kitorang ada 11 orang ja. Gabungan 2 family. 1 family aku, 1 lagi family orang Perlis. And apa yang best, family dari Perlis tu semua pempuan. Kecuali sorang budak laki 16 tahun.

Tempat first yang kitorang singgah, restoran makan kat Bandung. Hidup ni untuk makan oh. Dah la aku sarapan dengan susu ja. Huhu. Kitorang lunch ni pun dah lewat sangat dah. Dalam pukul 3 lebih dah.




Makanan diorang ni sama ja macam kita. So mama takda masalah makanan. Hehe. Aku lagi la takda masalah. Licin ohh. Tu yang balik-balik ja terus jadi macam doremon :(

Lepas makan, kitorang rush nak pergi Taman Mini. Taman Mini ni macam Taman Mini Asean kat Melaka la. Dia tunjuk rumah-rumah yang ada dekat Indonesia dalam skala kecil. Tapi kitorang tak sempat pun nak pergi Taman Mini ni sebab highway jem. Sejam kitorang tersekat kat highway. Sebab tarikh yang kitorang pilih ni, memang tak cun. 2 hb sampai 4 hb tu Indonesia cuti peristiwa. Cuti awal Rejab dengan apa ntah. Pastu Taman Mini tu tutup pukul 5 plak. Memang tak sempat la. Kan dah burn dah tiket. Huhuk.

Sebab dah tak boleh pergi taman tu, kitorang terus ja pegi Puncak. Dalam on the road tu, kitorang singgah kat r&r diorang. Kat sana panggil, tempat persinggahan. r&r diorang hebat sebab ada shopping complex and masjid. Memang lain sikit la dari kita.




Lepas solat zohor + asar + maghrib + isyak dekat sini, kitorang terus lagi pergi Puncak. Masa dekat sini lambat sejam dari Malaysia. And dekat sini, pukul 4.30 petang jam Malaysia pun diorang dah gelap dah. Pukul 5, sana dah maghrib.

Sampai ja dekat Puncak, kitorang singgah makan lagi. Kali ni kitorang makan dekat restoren adik ipar ke abang ipar Awi tu ntah.







Lepas makan, terus kitorang chow pergi hotel. Kitorang ambik 2 bilik. Abang dengan adik tidur bilik asing. Pukul 10 lebih, aku dah koma dah. 

*******************************

AkuKata : tunggu entri hari kedua plak ..


2 comments:

Rizha. said...

Rindu lak nak pergi Indon lagi. Huhu.

Fatin Nadiah said...

nnt kta p sendiri :)