Sekejap je dah masuk hari ketiga. Pagi ni aku meriah sikit sebab bergadoh teruk dengan abah. Serious teruk. Tapi tak lama pun sebab aku ni senang touching sikit. Dalam bilik hotel tu kan ada aku, mama dengan abah ja. Bila abah pergi toilet, mama slow talk dengan aku. Lepas abah keluar dari toilet ja, aku terus pergi minta maaf kat abah. Salam tangan dia. Peluk dia. Alolo... Aku senang minta maaf. Tu memang masalah aku. Haha. Lepas peluk-peluk bagai, terus aku chow masuk toilet and nangis. Hancur ah mekap aku - -"
*************************
Tempat first yang kitorang singgah kat Bandung ni, Pasar Baru dia. Masa kitorang sampai tu, Pasar baru ni baru ja buka. Banyak lagi gerai yang tak buka and orang pun tak berapa ada lagi.
Aim mama dengan abah, nak beli telekung ja. Masuk-masuk, terus cari telekung. Telekung sini murah oh. Lebih kurang RM28. Kena pandai tawar la.
Aim aku and mama plak, nak borong kain cotton. Aku nak buat baju kurung. Mama plak, nak buat jual kat sekolah dia. Haha. Kain cotton kat sini murah-murah oh. And banyak choice gila. Hubby kata lepas ni dia plak nak pergi Bandung. Nak pesan kain ela lagi boleh ?? :)
Yang ni kedai Bangla yang punya. Kain dia gila banyak choice. And aku rasa macam nak beli siap-siap kain untuk buat baju tunang, baju nikah, baju hantaran. Haha. And apa yang paling nice kat sini ... kain korea dia. Serious nice :) Mine punya warna purple nak hitam-hitam sikit. Mama plak hitam putih with pink layer. Cute ah.
Abah kira tunjuk ja. Habis semua kain kakak tu turunkan. Huhu.
You see .. Rata-rata negara yang berjiran dengan kita, akan terima duit Malaysia. Thailand terima, Vietnam terima. And now, Indonesia. How should I say ? I proud to be Malaysian ! :)
Kalau tak silap, abah nak beli baju ni buat sembahyang jumaat and pergi kenduri-kenduri. Tapi tak jadi beli sebab takda saiz. Adoi.. Thats why la hubby suruh aku diet.
Pasar baru ni ada 7 tingkat semuanya. And once you masuk, you tak tau nak cari jalan balik dah. Hehe. Bukan sebab tak jumpa pintu, tapi sebab terlalu asyik dengan barang-barang dia. And aku cakap, 4 jam dekat sini memang tak cukup. Seriously. Aku minat banyak skirt dia. Tapi aku beli 1 ja. You know why ? Sebab skirt kat Kedah lagi murah. Tapi tak banyak choice. Tu yang rasa macam menyesal gila sebab tak beli banyak-banyak kat Pasar Baru ni. Thats why I rela ja kalau hubby pergi Bandung. Sebab boleh pesan skirt banyak-banyak. Hehehe.
Time ni, aku dengan adik kena tunggu senyap-senyap dekat sini sebab mama, abah, abang pergi beli telekung. Abah ajak abang pergi pilih telekung sekali sebab ABAH NAK ABANG BELI HANTARAN KAWIN DIA siap-siap. Cet !!!! Time ni memang aku marah. Kenapa abang and bukan aku ?? Huhu. Bila aku tanya mama, mama kata aku lambat lagi nak kawin. Kalau beli siap-siap pun, nanti bila dah dekat nak kawin, hantaran tu dah old fesyen dah sebab dah banyak style baru yang keluar.
Habis dekat sini 4 jam, kitorang pergi Rumah Tas plak. Ganti balik yang semalam. Semalam kan tak sempat pergi sebab banyak buang masa kat factory outlet.
Handbag dia memang sangat banyak. Tapi MAHAL. Harga standard Malaysia la. Beratus kott. Sapa pun tak beli barang kat Rumah Tas ni.
Then, kitorang pergi makan nasi padang. Dekat depan restoren tu ada orang yang jual cenderahati Indonesia. And abang aku ada beli pen yang ukir 'Indonesia with Izzul'. 6 batang = 100.000 rupiah.
Lepas tu, kitorang pergi Bali Heaven plak. Sini memang cantik kalau nak snap gambar. Baju-baju dia pun not bad. Tapi aku tak beli pun. Menyesal ! :( Nak kirim hubby beli jugak ah. Hehe.
Dia ada gaun labuh. So sweet baby :)
Keluar ja dari sini, kitorang terus pergi Jakarta. Last destination dah. Malam tu kitorang singgah ITC Cempaka Mas. ITC Cempaka Mas ni macam City Plaza, Center Square la. Jual barang-barang biasa je. And kat bawah tu ada la Carrefour, KFC, mcD.
Habis sini, so habis la trip kitorang. Esok dah nak balik dah. Malam ni kitorang check in hotel dekat-dekat sini ja. Masuk-masuk bilik ja, terus tidur. Mandi pun tak dah. Haha.
No comments:
Post a Comment