Semalam sejuk gila weyh. Aku takpa la ada selimut. Meyna dengan Eyn ja takda. Tapi Meyna cerdik. Dia tarik keluar cadar, lepas tu gulung-gulung dalam tu. Haha. Yang Eyn plak, merekot sampai pagi. Hehe. Kesian kau Eyn :p
Dalam pukul 8 pagi lebih tu kitorang dah keluar makan dah. Kitorang beli nasi lemak berlauk dengan kuih plus air dekat gerai kampung. Lepas tu kitorang makan lepak-lepak dekat tepi pantai.
Habis makan, kitorang cari la paip nak basuh tangan. Tapi takda weyh. So diorang basuh dengan air laut ja. Aku dengan Eyn plak, ambil ais batu dari air kitorang then biar dia cair ja atas tangan. Tu pun orait pe ...
Dalam pukul 9.30 tu, ada la van yang datang jemput kitorang dekat chalet untuk pergi island hopping. Island hopping ni RM27 je sekepala. Suppose RM35. Tapi tengok tempat korang deal la. Nak melancong ni kena pandai-pandai ah. Naik bot semua sama ja. Takda nya yang mahal tu, nak naik cruise.
And kalau nak aktiviti korang tu jadi smooth, baik korang tempah pakej awal. Kalau tidak, korang akan kena tunggu turn. Macam kitorang, dekat jeti Kuala Kedah lagi kitorang dah tempah pakej island hopping ni. So sampai je dekat bot hari ni, kitorang boleh tolak-tolak orang lain, mintak nak lalu. Pastu lambai-lambai kat diorang, biar diorang dengki bila bot dah bertolak. Hak hak.
Masa island hopping ni, kitorang pusing-pusing pulau and singgah dekat 3 tempat. Tempat first, Pulau Dayang Bunting.
Masa ni, bot yang kitorang naik tu sengaja stop kat tengah-tengah laut ni. Sebab nak tunjuk bentuk Pulau Dayang Bunting dari jauh. Memang bunting weyh .. Dah bertahun dah bunting. Beranaknya, tak jugak.
Ok, sampai je dekat Pulau Dayang Bunting ni, kitorang disambut oleh cik nyet. Atau nama glamor dia MONYET. Banyak nak mampos keturunan cik nyet ni. Kalau korang tak nak kena tarik-tarik dengan sengaja oleh cik nyet ni, better korang jangan bawa beg plastik/minuman/botol/makanan. And jangan sesekali anggap diorang tu artis. Nak bergambar bagai. Toksah !
Sepanjang perjalanan nak pergi ke tasik Dayang Bunting ni, korang memang akan diarak oleh cik nyet ni. And korang akan jerit-jerit kalah orang histeria sebab diorang suka main acah-acah. Main cuit-cuit macam si jantan nak mengorat tu. Lepas tu, ada jugak yang suka buat road block. So korang jangan lupa untuk bawak kayu. Kalau boleh bawak pistol ke senapang ke, tu lagi better la. Haha.
Yang aku duk tengok tu, ikan paus. Hehe. Bukan, bukan. Dekat sini ada fish spa free. Tapi ikan dia ikan keli. Bapak besar punya. Seram ohh. Tapi duk sumbat kaki jugak kat dalam kolam tu. Apecer ??
See ... Cantik kan tempat ni. Tenang je. Boleh berenang-berenang, kayuh-kayuh bot. Tapi aku cakap la, kalau nak berenang dekat sini, make sure pakai life jaket. Sebab tasik ni dalam gila, kaki korang tak kan sampai dasar punya, and dekat sini takda savior yang boleh selamatkan korang lemas. Melainkan mat-mat saleh yang naked. Diorang teror ah berenang. Siap buat aksi lagi. Bravo ! Bravo ! - -"
Lepas tu, kitorang singgah dekat food court helang plak. Sebab apa food court ? Sebab helang mai situ untuk makan ja.
Helang dekat sini pun ada banyak jenis, banyak warna. Biasa la, kita kan 1 Malaysia. Haha.
Masa sampai dekat sini, abang bot tu lempar kulit ayam untuk cik lang. Helang dekat sini belagak, makan guna kaki. Kalau kita makan guna tangan, dia guna kaki.
Awat muhong sangat kan. Semua makan guna mulut.
Lepas tu, pulau last sekali yang kitorang singgah = (lupa). Hihi .. Dekat sini kitorang boleh mandi pantai. Tapi aku nasihatkan korang, jangan la main dia punya water game. Harga kat sini, double harga kat Cenang.
Sepatutnya pukul 1.30 baru kitorang balik. Tapi sebab kitorang ni jenis puas awal, so before pukul 1 lagi kitorang dah gasak abang bot tu suruh hantar balik.
Geng chalet aku, balik-balik ja terus mandi. Get ready nak pergi cabel. Geng chalet yang satu lagi tu, semua pakat pengsan.
Kitorang pergi cabel car ni sebab nak bawa adik Meyna ja. Dia tak pernah naik lagi. Tapi Meyna tak nak ikut naik sama. Dia dah 7 kali naik. So aku dengan Eyn jela yang teman mak and adik Meyna. Tiket dewasa = RM30. Kanak-kanak = RM20. Cabel car ni buka sampai 8 malam. Tiket dari pukul 5 petang sampai 8 malam, adalah half price. Tapi aku habaq hang, orang yang beratur beli tiket time half price ni .. macam orang yang beratur beli tiket time first day Nur Kasih. Berlambak ! Semak mata aku tengok. Hehe.
See .. time ni tak nampak rupa orang lagi. Tme balik satgi, rupa lantai pun tak nampak dah. Nampak kaki orang ja penuh.
Kabus tebal oh. Tak best nak photoshoot.
Jambatan ni baru ja siap. So, sapa yang dah datang cabel car 5 tahun lepas tu, datang la lagi lepas ni. Kita cadangkan pihak cabel car ni buat game bugee jump kat sini. Boleh main terjun-terjun sampai keluar jantung.
Dalam pukul 5 petang lebih, kitorang dah bertolak ke feri. Sebab nak hantar mak and adik Meyna balik Kuala Kedah. Tapi before tu kitorang balik chalet dulu, ambil diorang lagi 4 orang tu. Then Meyna drop kitorang semua dekat pekan Kuah. Borong chocolate la weyh :) Ada banyak lagi ni kat rumah aku. Sapa nak ? :p
Malam tu, Mira bawa kitorang makan western food. Aku kena RM12 malam ni sebab semalam dah makan free. Haha.
2 comments:
aku pon xjln hbis lagi pusing langkawi..maybe pas kawen kot..hahaha
hahaha...
nak tgu kawin, aku tataw bla lg ni. mkn nasi minyak ang dl ah :p
Post a Comment