Friday, June 17, 2011

holiday di Langkawi [ day 1 ]

Ni bukannya reunion. Tapi saja-saja nak holiday. Kasi buang stress sikit. Planning tu memang time last last minute la sebab kalau plan awal pun, buat sakit hati je kalau tetiba tak jadi.

Girlfriends aku yang join kali ni, Cik Eyn + Meyna + Onet + Bitah + Ifah + Linda. And tetamu undangan dia, mak + adik Meyna. Hehe. Terkejut aku bila tiba-tiba mak dia pun join.

Yang best nya time nak pergi Langkawi kali ni, aku boleh naik feri tanpa tiket. Memang terbaik ah. Dah jimat dah RM23 aku :) Bukannya aku tak nak beli tiket, tapi aku ingatkan Meyna dah tolong belikan. Hang tak belikan tiket kat aku pun, aku tak marah la Meyna. Hehe. Nasib abang feri tu bagi aku naik. Eyn pun pandai berlakon. Caya lah ! :D





Time nak pergi ni kitorang naik feri kecik ja. Nasib laut tak berombak sangat. Boleh ah buat posing ala-ala titanic kat luar tu. Jelous oh tengok ada couple duk peluk-peluk kat luar tu. Boleh plak duk jelous tengok orang buat dosa - -"




Ni mak dengan adik Meyna. Adik Meyna ni baru darjah 2. Nakal gila habaq hang ! Masuk kedai ja, semua barang dia nak. 

Lupa nak cakap. Kitorang naik feri tadi pukul 9.30 pagi. Dalam pukul 11 pagi tu kitorang dah sampai dah. Sementara tunggu Mira, kitorang jalan pergi Dataran Helang dulu. Dekat je.







Mira kata dia tak bertolak lagi dari Kuala Perlis dengan Onet + Bitah + Linda + Ifah. So, kitorang ambil teksi pergi pekan Kuah. Pakcik tu drop kitorang kat kedai Haji Ismail sebab mak Meyna nak beli sudu. Then, dari situ kitorang berjalan pergi kedai mak Erma. Mak kawan kitorang kat Saina dulu. Kat sini kitorang melantak bakso. Memang dulu Erma selalu bawa bakso kat kitorang pun. Kitorang stay kat sini sampai pukul 4 petang korang tau. Punya la lambat Mira mai ambil kitorang. Tapi takda la kitorang duduk diam ja. Aku + Meyna + Eyn dah habis dah satu pekan Kuah tu kitorang round. Mak Meyna dengan adik dia plak, stay ja kat gerai mak Erma jaga barang-barang.

Balik-balik, tengok adik dia dah lena dah. Kesian gila.





Sumpah bosan tunggu lama-lama ni. Tapi takpa. Tunggu ni tak kena duit pun :)

Holiday kali ni Mira support Avanza satu. Hehe. Memang jimat banyak la weyh. Dah la minyak pun orang lain support. Mira ni orang Langkawi. Parents dia bapak kaya. Dia ada banyak gila kedai batik, kedai makan and chalet in progress. And dia kawan kitorang kat Saina dulu.




Ni kedai family Mira. Time ni Meyna nak cari kain pelekat black and white kat adik dia. Detail gila adik dia nak. Siap corak-corak kotak tak too small too big. Gila la nak cari .. Nasib baik nak cari untuk mama dengan abah tak susah sangat. Abah nak cap Gajah Duduk ja. Mama plak nak batik Ayu. Senang kerja aku. Hehe.




Tengok botol air yang aku pegang tu. Boleh ambil free free ja. Tak payah bayar. Hihi .. Sayang anak tauke :) Jimat .. Jimat ..

Lepas shopping dekat sini, kitorang terus pergi chalet pak ngah Mira dekat Pantai Cenang. Chalet tu murah je. Chalet untuk aku + Meyna + Eyn + mak Meyna + adik Meyna = RM35 semalam. Untuk Onet + Bitah + Linda + Ifah plak = RM45 semalam. Sebab kitorang just kipas. Diorang lak air-cond. Bilik untuk air-cond cuma tinggal 1 ja last. Tapi takpa. Malam-malam memang gila sejuk. Siang plak, kitorang mana ada dekat chalet sangat pun.

Petang tu ja, lepas sembahyang mandi apa semua, geng-geng chalet aku pergi pantai dekat depan tu. Saja nak jalan-jalan photoshoot minah-minah seksi. Boleh ?






Promote slipar Meyna. Haha.





Kitorang tengok matahari terbenam petang tu. Cantik sangat. Tetiba rindu dekat hubby. Tapi boleh takat rindu je .. Hm

Malam tu kitorang makan dekat kedai makan Mira. Ada adik perempuan dengan mak Mira dekat situ. Mewah sangat-sangat kitorang makan malam ni. Licin habis. Hehe. Tapi before makan, kitorang layan Galaksi kat tv9. Abang Bitah keluar Galaksi sebab kes AC Mizal tak bayar gaji diorang budak-budak Akademi Fantasia ni. Dengan muka Bitah pun keluar. Haha.




Lena gila kitorang tidur malam tu. Balik-balik chalet ja, kitorang jalan-jalan dekat luar tu dulu. pekan kat Pantai Cenang ni hidup gila time malam. Ala-ala Bukit Bintang la. Yeke ?

Mak saleh penuh. Tok arab pun ramai. Geng couple jangan kira la. Tak ramai sangat pun. Haha.

Pukul 11 malam, semua pakat pengsan. Nite nite.

2 comments:

DS Mazdasa said...

haha.. terbaik la weh...

Fatin Nadiah said...

haha.. ya ya. ari first aku habis RM5 ja tolak duit shopping :D