Sunday, June 19, 2011

holiday di Langkawi [ day 3 ]

Hari ni hari last dah kitorang kat sini. Time ni la nak main game air puas-puas pun. Pagi ni kitorang sarapan lagi kat gerai semalam. Murah gila kot.

Lepas makan ja, terus kitorang serang pantai. Then naik banana boat ni. Sekepala kena RM15 ja. 



Masing-masing muka excited. Padahal Ifah tak nak join tu. Tapi kitorang paksa gak. Kitorang memang suka paksa-paksa ni. Kan - -"

Aku siap belari-lari lagi pergi dekat banana boat tu. Sebab tak nak duduk paling depan. Haha. Nasib baik ada Bitah. Dia ni bukan reti takut pun :)






Paling depan, Bitah > aku > Meyna > Ifah > Eyn > Onet.

Compare dengan kena tarik dengan speed boat, yang ni lambat sikit. Jet ski ni tak kuat. Tapi teruja jugak ah sebab kitorang naik pagi. Time air pasang. Ombak dia jangan kira la. Tinggi ...... ! Huhu.




Lepas kena humban ja, terus kitorang berenang cari darat. Air masuk hidung oh. Habis masin taik hidung kitorang. Hehe.





Balik-balik chalet ja, kitorang terus mandi and kemas beg. Pukul 12 tengah hari tu, kitorang check out. 





Aku kena bayar RM17 je duit chalet dengan Eyn. Meyna bayar yang selebihnya. Then kitorang pergi kedai Mira, ambil dia. Dia dengan Kak Cik bawa kitorang pergi makan.




Pukul 4 petang, aku + Meyna + Eyn naik feri balik Kuala Kedah.

Time dalam feri ni seram gila. Sebab ombak tengah duk menari-nari. Sekali dengan feri kitorang pun duk menari. Goyang sakan. Huhu. Nasib best. Rasa macam naik pirate ship ja kat fun fair. Haha. Kekadang tu rasa macam naik roller coster pun ada jugak :p

Dalam pukul 5.45 petang, kitorang dah sampai jeti Kuala Kedah dah :)


Saturday, June 18, 2011

holiday di Langkawi [ day 2 ]

Semalam sejuk gila weyh. Aku takpa la ada selimut. Meyna dengan Eyn ja takda. Tapi Meyna cerdik. Dia tarik keluar cadar, lepas tu gulung-gulung dalam tu. Haha. Yang Eyn plak, merekot sampai pagi. Hehe. Kesian kau Eyn :p

Dalam pukul 8 pagi lebih tu kitorang dah keluar makan dah. Kitorang beli nasi lemak berlauk dengan kuih plus air dekat gerai kampung. Lepas tu kitorang makan lepak-lepak dekat tepi pantai.




Habis makan, kitorang cari la paip nak basuh tangan. Tapi takda weyh. So diorang basuh dengan air laut ja. Aku dengan Eyn plak, ambil ais batu dari air kitorang then biar dia cair ja atas tangan. Tu pun orait pe ...





Dalam pukul 9.30 tu, ada la van yang datang jemput kitorang dekat chalet untuk pergi island hopping. Island hopping ni RM27 je sekepala. Suppose RM35. Tapi tengok tempat korang deal la. Nak melancong ni kena pandai-pandai ah. Naik bot semua sama ja. Takda nya yang mahal tu, nak naik cruise.

And kalau nak aktiviti korang tu jadi smooth, baik korang tempah pakej awal. Kalau tidak, korang akan kena tunggu turn. Macam kitorang, dekat jeti Kuala Kedah lagi kitorang dah tempah pakej island hopping ni. So sampai je dekat bot hari ni, kitorang boleh tolak-tolak orang lain, mintak nak lalu. Pastu lambai-lambai kat diorang, biar diorang dengki bila bot dah bertolak. Hak hak. 





Masa island hopping ni, kitorang pusing-pusing pulau and singgah dekat 3 tempat. Tempat first, Pulau Dayang Bunting.




Masa ni, bot yang kitorang naik tu sengaja stop kat tengah-tengah laut ni. Sebab nak tunjuk bentuk Pulau Dayang Bunting dari jauh. Memang bunting weyh .. Dah bertahun dah bunting. Beranaknya, tak jugak. 

Ok, sampai je dekat Pulau Dayang Bunting ni, kitorang disambut oleh cik nyet. Atau nama glamor dia MONYET. Banyak nak mampos keturunan cik nyet ni. Kalau korang tak nak kena tarik-tarik dengan sengaja oleh cik nyet ni, better korang jangan bawa beg plastik/minuman/botol/makanan. And jangan sesekali anggap diorang tu artis. Nak bergambar bagai. Toksah !




Sepanjang perjalanan nak pergi ke tasik Dayang Bunting ni, korang memang akan diarak oleh cik nyet ni. And korang akan jerit-jerit kalah orang histeria sebab diorang suka main acah-acah. Main cuit-cuit macam si jantan nak mengorat tu. Lepas tu, ada jugak yang suka buat road block. So korang jangan lupa untuk bawak kayu. Kalau boleh bawak pistol ke senapang ke, tu lagi better la. Haha.




Yang aku duk tengok tu, ikan paus. Hehe. Bukan, bukan. Dekat sini ada fish spa free. Tapi ikan dia ikan keli. Bapak besar punya. Seram ohh. Tapi duk sumbat kaki jugak kat dalam kolam tu. Apecer ??




See ... Cantik kan tempat ni. Tenang je. Boleh berenang-berenang, kayuh-kayuh bot. Tapi aku cakap la, kalau nak berenang dekat sini, make sure pakai life jaket. Sebab tasik ni dalam gila, kaki korang tak kan sampai dasar punya, and dekat sini takda savior yang boleh selamatkan korang lemas. Melainkan mat-mat saleh yang naked. Diorang teror ah berenang. Siap buat aksi lagi. Bravo ! Bravo ! - -"




Lepas tu, kitorang singgah dekat food court helang plak. Sebab apa food court ? Sebab helang mai situ untuk makan ja. 




Helang dekat sini pun ada banyak jenis, banyak warna. Biasa la, kita kan 1 Malaysia. Haha. 





Masa sampai dekat sini, abang bot tu lempar kulit ayam untuk cik lang. Helang dekat sini belagak, makan guna kaki. Kalau kita makan guna tangan, dia guna kaki. 

Awat muhong sangat kan. Semua makan guna mulut.

Lepas tu, pulau last sekali yang kitorang singgah = (lupa). Hihi .. Dekat sini kitorang boleh mandi pantai. Tapi aku nasihatkan korang, jangan la main dia punya water game. Harga kat sini, double harga kat Cenang. 





Sepatutnya pukul 1.30 baru kitorang balik. Tapi sebab kitorang ni jenis puas awal, so before pukul 1 lagi kitorang dah gasak abang bot tu suruh hantar balik. 




Geng chalet aku, balik-balik ja terus mandi. Get ready nak pergi cabel. Geng chalet yang satu lagi tu, semua pakat pengsan. 

Kitorang pergi cabel car ni sebab nak bawa adik Meyna ja. Dia tak pernah naik lagi. Tapi Meyna tak nak ikut naik sama. Dia dah 7 kali naik. So aku dengan Eyn jela yang teman mak and adik Meyna. Tiket dewasa = RM30. Kanak-kanak = RM20. Cabel car ni buka sampai 8 malam. Tiket dari pukul 5 petang sampai 8 malam, adalah half price. Tapi aku habaq hang, orang yang beratur beli tiket time half price ni .. macam orang yang beratur beli tiket time first day Nur Kasih. Berlambak ! Semak mata aku tengok. Hehe.




See .. time ni tak nampak rupa orang lagi. Tme balik satgi, rupa lantai pun tak nampak dah. Nampak kaki orang ja penuh.




Kabus tebal oh. Tak best nak photoshoot.








Jambatan ni baru ja siap. So, sapa yang dah datang cabel car 5 tahun lepas tu, datang la lagi lepas ni. Kita cadangkan pihak cabel car ni buat game bugee jump kat sini. Boleh main terjun-terjun sampai keluar jantung.




Dalam pukul 5 petang lebih, kitorang dah bertolak ke feri. Sebab nak hantar mak and adik Meyna balik Kuala Kedah. Tapi before tu kitorang balik chalet dulu, ambil diorang lagi 4 orang tu. Then Meyna drop kitorang semua dekat pekan Kuah. Borong chocolate la weyh :) Ada banyak lagi ni kat rumah aku. Sapa nak ? :p

Malam tu, Mira bawa kitorang makan western food. Aku kena RM12 malam ni sebab semalam dah makan free. Haha.






Friday, June 17, 2011

holiday di Langkawi [ day 1 ]

Ni bukannya reunion. Tapi saja-saja nak holiday. Kasi buang stress sikit. Planning tu memang time last last minute la sebab kalau plan awal pun, buat sakit hati je kalau tetiba tak jadi.

Girlfriends aku yang join kali ni, Cik Eyn + Meyna + Onet + Bitah + Ifah + Linda. And tetamu undangan dia, mak + adik Meyna. Hehe. Terkejut aku bila tiba-tiba mak dia pun join.

Yang best nya time nak pergi Langkawi kali ni, aku boleh naik feri tanpa tiket. Memang terbaik ah. Dah jimat dah RM23 aku :) Bukannya aku tak nak beli tiket, tapi aku ingatkan Meyna dah tolong belikan. Hang tak belikan tiket kat aku pun, aku tak marah la Meyna. Hehe. Nasib abang feri tu bagi aku naik. Eyn pun pandai berlakon. Caya lah ! :D





Time nak pergi ni kitorang naik feri kecik ja. Nasib laut tak berombak sangat. Boleh ah buat posing ala-ala titanic kat luar tu. Jelous oh tengok ada couple duk peluk-peluk kat luar tu. Boleh plak duk jelous tengok orang buat dosa - -"




Ni mak dengan adik Meyna. Adik Meyna ni baru darjah 2. Nakal gila habaq hang ! Masuk kedai ja, semua barang dia nak. 

Lupa nak cakap. Kitorang naik feri tadi pukul 9.30 pagi. Dalam pukul 11 pagi tu kitorang dah sampai dah. Sementara tunggu Mira, kitorang jalan pergi Dataran Helang dulu. Dekat je.







Mira kata dia tak bertolak lagi dari Kuala Perlis dengan Onet + Bitah + Linda + Ifah. So, kitorang ambil teksi pergi pekan Kuah. Pakcik tu drop kitorang kat kedai Haji Ismail sebab mak Meyna nak beli sudu. Then, dari situ kitorang berjalan pergi kedai mak Erma. Mak kawan kitorang kat Saina dulu. Kat sini kitorang melantak bakso. Memang dulu Erma selalu bawa bakso kat kitorang pun. Kitorang stay kat sini sampai pukul 4 petang korang tau. Punya la lambat Mira mai ambil kitorang. Tapi takda la kitorang duduk diam ja. Aku + Meyna + Eyn dah habis dah satu pekan Kuah tu kitorang round. Mak Meyna dengan adik dia plak, stay ja kat gerai mak Erma jaga barang-barang.

Balik-balik, tengok adik dia dah lena dah. Kesian gila.





Sumpah bosan tunggu lama-lama ni. Tapi takpa. Tunggu ni tak kena duit pun :)

Holiday kali ni Mira support Avanza satu. Hehe. Memang jimat banyak la weyh. Dah la minyak pun orang lain support. Mira ni orang Langkawi. Parents dia bapak kaya. Dia ada banyak gila kedai batik, kedai makan and chalet in progress. And dia kawan kitorang kat Saina dulu.




Ni kedai family Mira. Time ni Meyna nak cari kain pelekat black and white kat adik dia. Detail gila adik dia nak. Siap corak-corak kotak tak too small too big. Gila la nak cari .. Nasib baik nak cari untuk mama dengan abah tak susah sangat. Abah nak cap Gajah Duduk ja. Mama plak nak batik Ayu. Senang kerja aku. Hehe.




Tengok botol air yang aku pegang tu. Boleh ambil free free ja. Tak payah bayar. Hihi .. Sayang anak tauke :) Jimat .. Jimat ..

Lepas shopping dekat sini, kitorang terus pergi chalet pak ngah Mira dekat Pantai Cenang. Chalet tu murah je. Chalet untuk aku + Meyna + Eyn + mak Meyna + adik Meyna = RM35 semalam. Untuk Onet + Bitah + Linda + Ifah plak = RM45 semalam. Sebab kitorang just kipas. Diorang lak air-cond. Bilik untuk air-cond cuma tinggal 1 ja last. Tapi takpa. Malam-malam memang gila sejuk. Siang plak, kitorang mana ada dekat chalet sangat pun.

Petang tu ja, lepas sembahyang mandi apa semua, geng-geng chalet aku pergi pantai dekat depan tu. Saja nak jalan-jalan photoshoot minah-minah seksi. Boleh ?






Promote slipar Meyna. Haha.





Kitorang tengok matahari terbenam petang tu. Cantik sangat. Tetiba rindu dekat hubby. Tapi boleh takat rindu je .. Hm

Malam tu kitorang makan dekat kedai makan Mira. Ada adik perempuan dengan mak Mira dekat situ. Mewah sangat-sangat kitorang makan malam ni. Licin habis. Hehe. Tapi before makan, kitorang layan Galaksi kat tv9. Abang Bitah keluar Galaksi sebab kes AC Mizal tak bayar gaji diorang budak-budak Akademi Fantasia ni. Dengan muka Bitah pun keluar. Haha.




Lena gila kitorang tidur malam tu. Balik-balik chalet ja, kitorang jalan-jalan dekat luar tu dulu. pekan kat Pantai Cenang ni hidup gila time malam. Ala-ala Bukit Bintang la. Yeke ?

Mak saleh penuh. Tok arab pun ramai. Geng couple jangan kira la. Tak ramai sangat pun. Haha.

Pukul 11 malam, semua pakat pengsan. Nite nite.

Tuesday, June 14, 2011

first time jumpa MAK HUBBY :)

Nervous!


Itu jela yang aku rasa. Hehe. Bukan takat nervous pada pagi hari ni ja, tapi dari semalam lagi aku nervous. Subuh tadi siap boleh dengar azan subuh lagi. Punya la tak lena aku tidur. Hahaha.


Actually hari ni sekolah mama aku and mak hubby ada hari kantin. You know kan yang ibu-ibu kitorang ni rakan sekerja. So hari ni la paling sesuai untuk jumpa bakal mak mertua tanpa segan. Konon - -"


Mula-mula tu punya la belagak dengan hubby [ dulu la. lama dah ]. Kata tak akan segan bagai. Tengok-tengok ... Ambik kau ! Rasa nak sumbat muka dalam jamban, lepas tu flush ja. Huhu.


************************************


Hari ni ..


Sementara anak buah aku nak bangun tidur [ sebab dia nak ikut sama ], sempat la aku tarik nafas panjang-panjang. Pukul 9 ja aku terus mandi. Tu pun lepas mama call kata acara dah start. Bising nak mampos aku dengar diorang beraerobik. Hik hik.


Pukul 10, aku pergi SKPL. Lepas parking dekat padang sekolah ja, terus aku serbu library dulu sebab masa aku call mama tadi mama kata dia ada kat situ. Bila sampai situ ja, tengok-tengok mama takda. Aku tanya la pak cik yang jadi DJ tu [ konon. haha ], dia kata mama kat gerai. Masa nak pergi gerai tu, aku macam ternampak mak. Adoi. Dub dab dah sepasal. 


Sampai dekat mama, mama suruh duduk dekat gerai dia ja. Mama ada bentang tikar kat situ. Aku dengan anak buah aku duduk la. Ayu gila hari ni. Pakai skirt oh. Pastu lilit-lilit tudung tu ala-ala Hana Tajima. Haha. Perasan siot - -" Lepas duduk-duduk kejap, pastu nampak mak hubby. Dalam bahasa manjanya, MAK. Hehe. Pastu, dan-dan mama suruh pi salam. Dah la cakap kuat mama ni. Malu cek. Hehe. Tapi mak macam segan. Mak lari pergi kat kereta sebab adik bongsu hubby mintak apa ntah. So, tak jadi la salam dekat sini. 


Tapi lepas tu jadi. Masa aku bawa anak buah aku pergi beli makanan, aku dengan mak berselisih sebab mak baru balik dari kereta. Sekali lagi tak mampu nak tegur. Mampu senyum je :) Tapi pas balik dari beli-beli tu, tarus boleh pergi salam. Hehe. Terharu ni :D First time oh. Dah la nervous tak hilang lagi. Nak sembang apa pun tak tau. Ayat berterabur habis dalam otak. Ish ish ish.


Pastu apa lagi, pergi duduk diam-diam kat gerai mama la. Kira-kira kupon. Pastu mama suruh bawa anak buah aku jalan-jalan. Aku pun bawa la pusing-pusing bekas sekolah aku dulu. Nak cerita panjang pasai sekolah tu kat budak kecik ni pun bukan dia paham. Tadika pun dia tak pas lagi. Kang dia tau nganga ja, susah jugak aku.


Pas round-round telan angin, aku patah balik pergi gerai mama. Oh, lupa nak cakap. Gerai mama sebelah je dengan gerai mak. Berjiran. Pandai diorang komplot kan. Hehehe.


Pas duduk ja kat tikar mama, terus aku cari pisau nak kupas buah. Gerai mama jual rojak + dadih + bihun. Nasib baik aku expert kupas buah, kalau tak ... malu habis ah. Hahaha. Habis kupas buah, dah tak tau nak buat apa. Gabai kot.. Dah la mak asyik usha ja. Air peluh aku pun meramu kalah air hujan. Bukan apa, panas. Takda kipas. Bukan sebab cuak eh. Hehe. Bila dah takda kerja nak buat ni, lagi la gabai. Rasa macam duduk atas bara api ja. Tak senang duduk kot. Nasib baik la tetiba mama bagi bihun. Hahaha. Makan tu adalah pekerjaan. So takda la segan. Hahaha. Pastu nak lagi best, tiba-tiba mama pi duk bersembang dengan mak plak kat gerai mama. Betul-betul tala muka kat aku. Pastu duk tengok-tengok aku. Adoi ... Kalau tercekik bihun ni, memang aku rampas cendol anak buah aku la. Even aku tak makan cendol :p


Lepas habis makan ja, aku beramah mesra kejap ngan budak kuat merap ni. Tetiba dia mintak ais-krim. Nasib baik dia mintak ais-krim. Boleh la jadi alasan nak balik rumah dah. Haha. Sebelum nak balik ni, mama sekat aku lagi. Dia suruh kira kupon lagi. Takpa la.. sempat la bersama mak lama sikit. Bukan selalu. sebab bukan selalu tu yang rasa macam nak pitam ni. Ketaq habaq hang ! :p


Masa nak balik ni, aku perasan mak asyik duk tengok ja aku. Yang mama plak duk bubuh makanan macam-macam dalam plastik. Tapi takpa lagi time ni. Pastu, bila dah rasa semua dah ok, aku pergi la salam lagi dengan mak :) 


Lepas tu, tamat dah. Tamat la sangat. Balik rumah ja, terus on lappy. Lepas tu post status 'still nervous even dah selesai jumpa mak Annuar' kat facebook. Haha.


***********************************


AkuKata : masa duk kat gerai mama tadi, ada la nampak adik-adik hubby :)

Saturday, June 11, 2011

couple Indonesia candid

So sweet .. But not all. Sebab aku dengan hubby lagi sweet. Haha.











Banyak candid yang aku snap dari dalam bas ja. Masa bas duk bergerak-gerak tu aku snap. Ni la untung kalau duduk seat paling belakang sorang-sorang. Korang akan dapat view cantik punya :D